Assalamualaikum dan salam sejahtera,
anak muda yang tamat belajar tidak kira di Institut Pengajian Tinggi agak ramai saban tahun. Namun seperti yang kita ketahui, ramai juga yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Muhamad Haziq bin Badrul Hisham yang berumur 23 tahun, graduan Universiti Malaysia Sarawak menyertai program eRezeki ini sejak 7 minggu lalu. Walaupun belajar di dalam bidang Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik, Haziq minat dengan rekabentuk grafik dan selepas ditemuduga pusat eRezeki, beliau memulakan kelas pada 18 Julai 2016.
Minat Grafik Bukan Penghalang
Apa yang dipelajari pada peringkat permulaan adalah untuk menguasai beberapa platform yang menjadi pilihan untuk menjana duit secara atas talian. Ramai anak-anak muda mempunyai kemahiran tetapi tidak dapat menterjemahkannya ke bentuk pendapatan. Contoh yang paling mudah adalah seperti Haziq yang minat grafik.
Permintaan di luar negara juga sentiasa ada untuk mereka yang berkemahiran di dalam bidang grafik. Rekabentuk poster, brosur, logo, banner dan lain-lain lagi sememangnya ada keperluan dan semuanya dibayar kira-kira serendah USD50 untuk satu logo sebagai contoh.
Buat Duit dengan USD
Setakat lima minggu Haziq di pusat eRezeki Cyberjaya, beliau sudah mendapat USD150 hanya dengan merekabentuk logo dan poster sahaja. Dua minggu pertama adalah pengenalan dan minggu ketiga beliau sudah menuai hasil. Bagi yang mahukan kelas lanjutan, pemerhatian selama tiga bulan dikenakan kepada mereka yang belajar di pusat eRezeki.
Inshaa Allah beliau sedang menyasarkan untuk menjana lebih lagi pendapatan digital ini dengan bantuan dan latihan di pusat eRezeki. Belajar tanpa guru lebih menyusahkan dan Haziq gembira dengan tunjukajar yang menjadikannya lebih bersemangat di dalam program ini.
Syarat minima adalah berumur 18 tahun ke atas dan umur bukan penghalang untuk menjana duit kerana Encik Zulkifli telah buktikan Umur 57 tahun Boleh Buat Duit Online.
Bagi yang minat untuk menyertai program eRezeki ini, boleh terus ke eRezeki.
28 Comments
alhamdulillah, melimpah ruah rezeki…dalam bentuk USD plak tu…berganda-ganda hehe
Curahan rasa siti hazreen @ ..Hutang: Saya Bertuah Sebab Ada Yang Tolong Ingatkan
bestnye tengok orang buat duit dengan USD.. untk berlipat ganda. just wow
Curahan rasa nikkhazami @ ..Panduan Jual Burger Menguntungkan
Wahhhh… Seronok melihat kejayaan orang lain.. kejayaan sendiri insyaAllah bakal menyusur.. dan akan jadikan kejayaan orang lain sebagai pemangkin kejayaan..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Gembirakan Hati Anak – Penting Ke??
Wah untung nya, ada guru untuk tunjuk ajar nak belajar.
Curahan rasa Kereta Sewa @ ..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-59 – Kereta Sewa
untungnya graduan Unimas ini yang telah berjaya memperolehi pendapatan tersebut
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mudah Dapat Duit Online
Bagi pelajar di universiti lain. Boleh cuba juga jana income dengan program ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Cuti Merdeka
Harap dengan pendedahan sebagini akan lebih ramai lagi pelajar yang cuba benda yang bagus ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Cuti Merdeka
Tahniah buat pelajat unimas ni. Rasanya memang bagus pelajar buat kerja ni. Boleh tambah duit poket.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cerita Merdeka Kami 31 Ogos
Jadi pelajar pun boleh buat kerja untuk tampung kos belajar semasa di universiti. bagus program ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cerita Merdeka Kami 31 Ogos
Tahniah…semoga berjaya. Moga murah rezeki dan diberkati selalu, Tahniah Denaihati di atas usaha menjayakan cari duit secara online.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Muzium Tentera Darat Port Dickson
Alhamdulillah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Semoga terus maju jaya.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Solat Hajat Sempena UPSR & UPKK 2016
terbaiklah.. jana pendapat dalam usd tu. bukan calang-calang..semoga terus sukses!
Curahan rasa doa qunut @ ..Doa Iftitah dalam Arab Rumi dan Maknanya
Ni lah kelebihan berniaga secara online… Boleh tembus ke pasaran antarabangsa.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Pakej Combo Pemasaran Internet.. Tengah murah sekarang ni.
Tahniah… gembiranya melihat anak muda yang sudah mampu berdikari mencari duit sendiri tanpa mengharapkan orang lain…
Curahan rasa yangbaik @ ..Biarlah Iman Berbicara
Yurp… Semoga kejayaan anak muda ini dapat dicontohi oleh anak-anak muda yang lain. Anak muda kena beusaha gigih. Banyak peluang terbentang dihadapan mata..
Curahan rasa Anuar @ ..Pakej Combo Pemasaran Internet.. Tengah murah sekarang ni.
Sekarang ada terlalu banyak cara nak buat duit secara online… tinggal kita nak buat atau tak nak buat jer..
Curahan rasa anuar @ ..Komisyen ke 3 Rahsia Uber
Tahniah.. satu lagi testimoni kejayaan peserta erezeki didedahkan.. Semoga ramai lagi rakyat Malaysia yang akan mengikuti jejak langkah beliau…
Curahan rasa anuar @ ..Komisyen ke 3 Rahsia Uber
Comments are closed.