Assalamualaikum dan Salam Jumaat,
alhamdulillah harini kita bertemu lagi dalam penghulu segala hari, hari jumaat. Semoga semua urusan dipermudahkan dan kita mendapat keberkatan daripada apa yang diusahakan.
sebelum ini, kita telah sama-sama belajar bagaimana Encik Zul yang telah berjaya menjana pendapatan menggunakan platform online, walaupun telah berumur 57 tahun, baca kisahnya dalam artikel Usia 57 tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online.
Jana pendapatan hanya menggunakan platform online
Kelebihan menggunakan platform eRezeki ini, semua individu berpeluang untuk memilih bidang yang sesuai dengan diri masing-masing. Contohnya dalam kisah kali ini, saudari Maisarah Abdul Kadir dan Siti Nurain Adnan, telah menjadikan kerja alih bahasa sebagai tugas utama yang dijalankan.
Dalam tempoh 2 bulan, cik Maisarah telah berjaya menjana lebih RM8,000 manakala untuk cik Siti Nurain, beliau telah berjaya menjana lebih RM3,000 dalam tempoh yang sama.
Peluang kepada muda mudi untuk menjana pendapatan digital
Ini adalah peluang untuk muda mudi, sama ada yang sedang belajar mahupun telah tamat pengajian, tetapi masih mencari jalan untuk menambah pendapatan, platform eRezeki mendekatkan kita dengan pembekal-pembekal kerja yang terlibat dengan platform eRezeki ini.
Menggunakan internet, peluang untuk menjana pendapatan online adalah sangat luas. Platform eRezeki tidak terhad kepada tugasan dalam negara sahaja, bahkan terdapat banyak tugasan atau kerja yang disediakan oleh syarikat dari luar negara.
Peluang menjana pendapatan menggunakan platform ini amatlah luas, soalnya, adakah kita mahu atau sebaliknya.
MDEC memberikan kemudahan kepada semua
Platform yang disediakan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini memang memudahkan untuk sesiapa sahaja menambah pendapatan peribadi dan keluarga. Apa yang paling penting adalah tindakan kita untuk memajukan diri.
Terdapat latihan dan bantuan yang disediakan oleh pihak MDEC melalui program eRezeki ini untuk memastikan semua yang terlibat dengan program ini akan dapat berdaya saing dan memberikan perkhidmatan atau hasil kerja yang setanding dengan pekerja mahir di luar sana.
Sekiranya anda sedang mencari cara bagaimana untuk menambah pendapatan, boleh terus ke halaman eRezeki untuk mendaftarkan akaun bersama mereka dan belajar selok belok mendapatkan kerja melalui platform ini.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- Okinawa tempat percutian indah dan menarik
36 Comments
Luar biasa bapak Encik Zul ini ,,sukses selalu pa Grosir kemeja flanel
Nampaknya banyak yang sudah sukses dengan program MDec ini … Yang penting tekun dan rajin
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Menguburkan Jenazah Menurut Syariat Islam –
Yang penting kena usaha dan rajin.
Saya sendiri sedang menimba ilmu perniagaan online. Doakan semoga saya berjaya.
Yang penting kena usaha dan rajin.
Saya sendiri sedang menimba ilmu perniagaan online. Doakan semoga saya berjaya.
Curahan rasa sharimah @ ..SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA PENDUDUK KG KEEB
siapa yang bijak merebut peluang amat beruntung…boleh jana duit tu dengan teknik dan cara yang bijak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Terbongkar Dah Rahsia Aplikasi Duit
Memang menjadi trend sekarang dimana perniagaan tanpa sempadan atau atas talian jadikan peluang yang diberikan kerajaan sebagai platform yang berguna
siapa yang bijak dan ada ilmu untuk merebut peluang ..memang akan berjaya.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua Blogger Sarawak Mencipta Sejarah
Alhamdullilah platform nak menambahkan pendapatan diri sendiri atau family ada banyak. Cuma nak atau tidak kita berusaha…
Curahan rasa Kereta Sewa @ ..Kereta Sewa Toyota Vellfire oleh Admin Kereta Sewa
Alhamdulillah….berita gembira bagi anak anak siswazah yang sentiasa berusaha mencari jalan bagi menjana pendapatan
Alhamdullilah, satu usaha yang baik dan anak muda harus rebut peluang ini untuk tambah pendapatan.
Curahan rasa Projek Perumahan Baru @ ..Projek Perumahan Baru di Selangor ( 012- 666 7536 )
Alhamdullilah, satu usaha yang baik bagi membantu anak muda menambah pendapatan. Saya sokong program seumpama ini dan harap ramai anak muda akan ambil peluang ini
Curahan rasa Projek Perumahan Baru @ ..Projek Perumahan Baru di Selangor ( 012- 666 7536 )
Semoga bantuan ini dapat di teruskan. Di harap kita sama2 dapat menjana pendapatan yang berterusan untuk graduan.
Curahan rasa alpha lipid lifeline @ ..Mencari Alpha Lipid Lifeline ?
Semoga bantuan ini dapat di teruskan secara istiqamah. Di harap kita sama2 dapat menjana pendapatan yang berterusan
Semalam dan hari ni kursus keusahawanan digital anjuran MDEC diadakan di tempat saya bekerja..
Curahan rasa anuar @ ..Chen Long, Jaguh China Kedua Menghampakan Lee Chong Wei di Pentas Olimpik
Kursus berlangsung selama 2 hari.. dari pagi sampai petang.. tapi saya tidak dimaklumkan pun tentang adanya kursus tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Chen Long, Jaguh China Kedua Menghampakan Lee Chong Wei di Pentas Olimpik
tengah hari semalam baru dapat tahu tentang adanya kursus ini.. itu pun semasa saya sedang adakan training chess dengan student saya..
Curahan rasa anuar @ ..Chen Long, Jaguh China Kedua Menghampakan Lee Chong Wei di Pentas Olimpik
Nak join bengkel tu rasa serba salah pula.. sebab ada student tgh training bersama saya pada masa tu.. kemudian di sebelah petang pula ada jemputan kenduri… huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..Chen Long, Jaguh China Kedua Menghampakan Lee Chong Wei di Pentas Olimpik
Harap lepas ni ada lagi program macam ni dianjurkan di tempat saya bekerja..
Curahan rasa anuar @ ..Chen Long, Jaguh China Kedua Menghampakan Lee Chong Wei di Pentas Olimpik
perniagaan atas talian nie sgt bagus utk org yg baru nk start meniaga tp tidak mempunyai modal. boleh bermula dengan platform percuma seperti mudah.my, facebook dan instagram.
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Kebaikan Mengamalkan Pil Vimax
pendapatan digital bukan lagi suatu igauan pada masa kini..ayuh usaha sesuatu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Gempar Terjebak Beli Aplikasi Duit
Comments are closed.