Assalamualaikum dan Salam Jumaat,
alhamdulillah harini kita bertemu lagi dalam penghulu segala hari, hari jumaat. Semoga semua urusan dipermudahkan dan kita mendapat keberkatan daripada apa yang diusahakan.
sebelum ini, kita telah sama-sama belajar bagaimana Encik Zul yang telah berjaya menjana pendapatan menggunakan platform online, walaupun telah berumur 57 tahun, baca kisahnya dalam artikel Usia 57 tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online.
Jana pendapatan hanya menggunakan platform online
Kelebihan menggunakan platform eRezeki ini, semua individu berpeluang untuk memilih bidang yang sesuai dengan diri masing-masing. Contohnya dalam kisah kali ini, saudari Maisarah Abdul Kadir dan Siti Nurain Adnan, telah menjadikan kerja alih bahasa sebagai tugas utama yang dijalankan.
Dalam tempoh 2 bulan, cik Maisarah telah berjaya menjana lebih RM8,000 manakala untuk cik Siti Nurain, beliau telah berjaya menjana lebih RM3,000 dalam tempoh yang sama.
Peluang kepada muda mudi untuk menjana pendapatan digital
Ini adalah peluang untuk muda mudi, sama ada yang sedang belajar mahupun telah tamat pengajian, tetapi masih mencari jalan untuk menambah pendapatan, platform eRezeki mendekatkan kita dengan pembekal-pembekal kerja yang terlibat dengan platform eRezeki ini.
Menggunakan internet, peluang untuk menjana pendapatan online adalah sangat luas. Platform eRezeki tidak terhad kepada tugasan dalam negara sahaja, bahkan terdapat banyak tugasan atau kerja yang disediakan oleh syarikat dari luar negara.
Peluang menjana pendapatan menggunakan platform ini amatlah luas, soalnya, adakah kita mahu atau sebaliknya.
MDEC memberikan kemudahan kepada semua
Platform yang disediakan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini memang memudahkan untuk sesiapa sahaja menambah pendapatan peribadi dan keluarga. Apa yang paling penting adalah tindakan kita untuk memajukan diri.
Terdapat latihan dan bantuan yang disediakan oleh pihak MDEC melalui program eRezeki ini untuk memastikan semua yang terlibat dengan program ini akan dapat berdaya saing dan memberikan perkhidmatan atau hasil kerja yang setanding dengan pekerja mahir di luar sana.
Sekiranya anda sedang mencari cara bagaimana untuk menambah pendapatan, boleh terus ke halaman eRezeki untuk mendaftarkan akaun bersama mereka dan belajar selok belok mendapatkan kerja melalui platform ini.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- Okinawa tempat percutian indah dan menarik
36 Comments
macam-macam kaedah ada sekarang ni, nak seribu daya, tak nak seribu dalih je 🙂
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tahniah Pelajar Matrikulasi Lolos ke Universiti!
senang sekali melihatnya
semoga bermanfaat yah 🙂
yeah 😀 semangat semua pasti bisa kita lakukan
Luar biasa bapak Encik Zul ini. Perpaduan pengalaman, bisnis dan digital menghasilkan rezeki tak terkira. Semoga menular strategi dan semangatnya.. amin
Senang sekali ketika membaca artikel diatas … Semoga bisa memberikan manfaat buat semua….
wah, bgusnya MDEC ada platform mcm ni, kalau org ramai tahu, mesti xde yang masuk skim peleburn yg mrugikn..alih bahasa ni mmg blh jana pendapatan lumayan, lg banyak bahasa yang dikuasai lg byk kerja blh dpt..
Lepas ni boleh cuba daftar juga program ni. Mana tahu dapat hasil macam mereka juga. Boleh buat kerja dari rumah aje.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Ibadah Korban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
Satu usaha murni yang pihak mdec buat untuk bantu rakyat malaysia menjana income secara online.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Ibadah Korban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
Tengok mereka yang berjaya macam ni. rasanya lepas ni ramai yang cuba benda ni. Bagus program ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Ibadah Korban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
Semoga lebih ramai yang berjaya lagi dengan program ini. Boleh bantu ringankan beban rakyat dan ibu bapa yang ada anak di universiti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Ada kemudahan macam ni boleh bantu palajar jana income. Tak perlu bergantung kepada PTPTN lagi.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Satu usaha yang bagus yang disediakan oleh pihak mdec. Harap lepas ni lebih ramai lagi yang berjaya dengan program ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
dalam zaman serba moden ni, ramai yang memilih jana pendapatan secara online. selain mudah, ianya memberi pulangan yang sangat hebat! alhamdulilah! rezeki Allah datang dalam pelbagai cara.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Suspek bunuh kanak-kanak 5 tahun adalah saudara terdekat??
Untungnya dapat menjana pendapatan dari online…tak perlu lagi makan gaji macam orang dulu dulu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Gambar Cantik Goh Liu Ying
Tahniah… semoga terus menjadi inspirasi kepada graduan yang masih menunggu dan mencari peluang kerjaya
Alhamdulillah.. gembira membaca testimoni kisah kejayaan graduan ini setelah memanfaatkan platform yg disediakan oleh MDEC dgn sebaiknya…
Curahan rasa anuar @ ..Suami ku seorang ‘Cleaner’ Homestay
Comments are closed.