Google Search bantu tingkatkan pendapatan affiliate

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Seminar Buat Duit dengan Blog telah membuka mata ramai Rakan Blogger bahawa pendapatan online bukan sahaja bergantung harap pada iklan terutama dari agensi-agensi tertentu. Kesedaran ini bermakna matlamat penganjuran SBDdB13 tercapai iaitu membuka peluang kepada Rakan Blogger bahawa pendapatan online boleh diperolehi dari berbagai cara.

Ramai yang tertarik dan terpegun dengan perkongsian Toke Cendol Banting, Saudara Titan bagaimana beliau mengumpul duit kocek daripada berbagai program affiliate luar dan dalam negeri. Bukan senang nak tarik idola Blogger seperti Titan untuk jadi panel SBDdB13 apatah lagi nak jadi peserta terutama Top Blogger yang sudah berjaya dan mempunya network yang besar.

panel SBDdB13

Banyak tips buat duit dengan affiliate yang dikongsikan oleh Saudara Titan tapi yang paling aku tertarik dan pasti ramai terlepas pandang adalah buat sekurang-kurangnya lima blog entri untuk setiap program affiliate yang kita sertai. Ramai yang mengidam nak hasil lumayan daripada program affiliate tapi soalnya ada tak kita buat entri berulang kali program affiliate yang kita sertai??

Menulis entri setiap program affiliate yang kita sertai adalah untuk memberi kefahaman kepada pembaca blog tentang produk affiliate yang kita promosikan. Menulis entri program affiliate berulang-ulang kali pula tujuannya untuk menarik perhatian Google Search untuk meletakan entri blog kita dikedudukan top 10 google dan ini sudah pasti akan menarik pembeli produk affiliate luar daripada network kita melalui trafik organik.

Contohnya lebih 500 Rakan Blogger yang telah menyertai program affiliate eQurban.com termasuklah Denaihati tetapi berapa ramai yang telah membuat entri khas qurban dan aqiqah di Kemboja berulang-ulang kali. Ada yang hanya menampal banner eQurban dan mengharap bulan jatuh ke riba tanpa memperkenalkan apa itu eQurban kepada pembaca mereka. Bayangkan kalau kita rajin menulis tentang eQurban.com pasti entri kita akan masuk top 10 google search untuk keyword qurban dan aqiqah. Trend terkini ramai umat Islam di seluruh dunia yang ingin menempah qurban dan aqiqah akan mencari link di google search dan pasti blog kita akan menjadi pilihan kalau berada di top 10 google search untuk keyword yang dicari.

Tips Buat Duit dengan affiliate

Affiliate eQurban Denaihati telah dapat mengumpul 14,082 klik dengan jumlah komisen RM2,430. Bayangkan dengan kuasa SEO dan google search dengan entri berulang-ulang pasti lebih banyak trafik organik dihasilkan dan ini sudah pasti akan meningkatkan jumlah komisen. Kalau 140 ribu klik tak mustahil boleh dapat komisen RM24 ribu .. banyak tak???

Mengikut pembentangan En Halim, Pengurus Besar eQurban Resources lebih RM23,000 telah dikeluarkan untuk membayar komisen affiliate sejak eQurban dilancarkan. Dengan unjuran tempahan qurban dan aqiqah sebanyak RM1 juta untuk tahun 2013 maka lebih RM100 ribu disediakan untuk komisen affiliate. Ini satu jumlah yang sangat besar untuk Rakan Blogger rebutkan bersama. Qurban memang setahun sekali tetapi yang lebih hebat adalah aqiqah dimana setiap hari ada sahaja baby muslim dilahirkan. Kepada yg belum jadi rakan niaga eQurban dan kepada yang nak buat tempahan qurban online sila klik SINI website eQurban dengan wajah baru ni.

Kalau nak ikut tips buat duit dengan blog oleh Suhaimy yang menasihatkan Rakan Blogger fokus kepada blog dengan niche seperti di kongsikan di SINI bagus juga kalau buat blog niche qurban dan aqiqah pasti boleh menambah pendapatan lumayan masuk kocek.

eQurban hanyalah salah satu program affiliate dan ada banyak lagi program affiliate yang boleh anda sertai. Denaihati ada juga menyertai Affiliate lain seperti “37 teknik luar biasa kekeringan idea berblog” nak tahu joom klik SINI dan Sponsored Tweet di SINI.


Spread the love

82 Comments

  1. SEO tu sangat penting tu. Kalau jenis produk yang orang desperate sangat. Dorang akan terus search google je. Mana landing page terbaik, konfem ada sale. Yang penting cuba main keyword long tail hehe
    Curahan rasa Bidadari @ ..Wanita : Tips Ibu BekerjaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!