Google PageRank 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, baru-baru ni aku terima komen dari Yangbaikmasih lagi di PR2, dah setahun lebih tak naik2… cam ner?”. Ini bukan komen yang pertama blogger mengeloh PR blognya tidak berubah. Alhamdulillah blog ni masih kekal dengan PR4 tapi bukanlah bermakna aku orang yang mahir bab-bab PageRank ni. Untuk itu aku jemput AriffShah untuk cerita perkembangan terkini seputar Google PageRank 2011. Jom kita selongkar ilmu PageRank ni.

Sepanjang tahun 2010, Google seolah-olah tidak mengendahkan Pagerank meter yang diletakkan bersama di dalam Google toolbar. Banyak webmaster merungut tentang nilai Pagerank mereka yang masih menunjukkan angka 0 walaupun blog/laman web mereka telah lama disiapkan dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Google. Baru-baru ini, seorang pekerja Google tampil memberikan penjelasan berkaitan hal ini dan perancangan mereka pada tahun 2011 untuk Google Pagerank di forum Webmaster Central. Antara perkara penting dalam penjelasan staf tersebut adalah:

  • Google masih lagi mengemaskini Pagerank secara dalaman, maksudnya link masih diberi Pagerank dan diberikan keutamaan berdasarkan lebih 200+ petunjuk lain untuk disenaraikan dalam Search result page. Blog & laman web  yang mengikut garis panduan SEO yang ditetapkan oleh Google dan tidak terlibat dengan masalah teknikal lain seperti malware akan menerima Pagerank yang sewajarnya dan dapat dilihat oleh mereka sahaja.
  • Downtime sesebuah laman web pada jangka masa yang terlalu lama akan menyebabkan kehilangan Pagerank serta merta. Ini pernah berlaku pada subdomain aku sendiri semasa pemindahan server, aku lupa untuk set semula subdomain tersebut. Selepas lebih kurang 3 hari, Pagerank untuk subdomain tersebut hilang. Rugi sebab subdomain tu tak ada backlinks langsung daripada mana-mana tapi masih lagi boleh dapat Pagerank 1.
  • Walaupun majoriti webmaster melaporkan tidak mendapat update untuk Pagerank mereka, ada sebilangan laman web masih lagi menerima Pagerank update pada tahun 2010.
  • Google menjanjikan Pagerank update secara besar-besaran untuk tahun 2011. Update akan berlaku seawal penghujung bulan Januari (selaras dengan jadual tahunan mereka update Pagerank).
  • Pagerank yang tinggi tidak menjamin kedudukan link pada muka pertama Google search kerana ia dipengaruhi oleh lebih daripada 200 petunjuk lain yang tidak diketahui umum.

Dalam artikel dari sumber lain pula berkata, patent Pagerank yang dipegang oleh Google secara eksklusif akan tamat tempoh pada tahun ini. Jadi sekiranya Google tidak memperbaharui patent tersebut sebagai pemegang eksklusif, kita mungkin akan dapat melihat Pagerank dari search engine lain seperti Yahoo & MSN. Patent Pagerank akan tamat pada tahun 2017, dan ini bermaksud mana-mana search engine akan boleh menggunakan Pagerank algorithm tanpa sebarang sekatan daripada sesiapa atau bayaran pada sesiapa.

Sumber: Webmaster Central: Opinion about PR updateineedhits Blog: Google PagerRank to be Phased Out

Keterangan PenulisEntri 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau  Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

213 Comments

            1. Nah Itu sudah pasti tu Bang Iwan.. sepertinya satu bonus untuk kita.. bukan kerna mau menunjuk.. tapi biar jadi pemangkin untuk terus berblogging dan berkongsi maklumat.

      1. Walaupun ada pihak yg kata PR ni tak releven tapi bagi aku PR adalah indicator yg baik yg menunjukkan blog kita mengikut spec yg ditetapkan oleh google.

      1. Tujuan utama blogging adalah untuk berkongsi ilmu dan PR tu bonus je jadi terus berblogging dan biarkan google menentukan PR kita bila tiba masanya

  1. oh pagerank, mengapakah dikau tidak meningkat-ningkat lagi? bagi aku, pagerank ni dah macam takda makna. macam ego semata-mata, memang aku akui pagerank tinggi akan mendapatkan kedudukan terbaik dalam SERP. tapi kalau pagerank 0 pun boleh dapat kedudukan baik apa kalau kena dengan caranya. hopefully google dapat mengemaskini pagerank secepat mungkin, agar tidak ada yang merungut lagi. nak PR7 boleh? hehe
    Curahan rasa Mohd Isa @ ..Tips Dalam Menggunakan Anchor Text Untuk Off-page OptimizationMy Profile

    1. itu sebabnya dalam penjelasan google tu, walaupun pr 0, mungkin dalaman diorang dah assign pr. cuma toolbar tu je diorang tak update sangat tahun lepas.

      pada aku, pr ni penting kalau nak compete dengan site yang ada niche sama. macam blog-blog artis dan sebagainya. kalau blog personal, yeah.. lebih kepada ego tapi lebih mudah untuk diorang dapat trafik.
      Curahan rasa ariff @ ..30 Soalan Serius &amp Kelakar TanyaNajibMy Profile

      1. kalau dah ada niche memang mudah nak capai PR tinggi, bg aku kalau blog personal memang aku tak kisah sgt pasal PR ni.just nak dapatkan trafik jerk. tapi kalau nak gak kejar PR tinggi dengan personal blog, rajin2lah tulis benda yg sama jerk. hehe
        Curahan rasa Mohd Isa @ ..Google Pagerank Akhirnya DikemaskiniMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!