Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
sudah pasti ramai yang tahu apa itu Google dan setiap hari penulis juga tidak terkecuali untuk membuat carian atas talian.
Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California. Misi Google adalah “untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal”.
Sedikit informasi mengenai Google :
- Nama “Google” berasal dari kesalahan ejaan yang umum dari Perkataan “Googol”, yang merujuk pada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar).
- Larry Page dan Sergey Brin pada asalnya menamakan enjin carian mereka “BackRub”.
- Pada asalnya, Google berjalan di laman web Universiti Stanford, dengan domain google.stanford.edu
- Nama domain bagi Google didaftar pada 15 September 1997.
- Anak syarikat Google di Malaysia mula beroperasi di Kuala Lumpur pada Januari 2011 di Menara City Bank, Kuala Lumpur, kemudian berpindah ke KL Sentral pada Ogos 2013.
- 92% rakyat Malaysia mencari informasi di Google
- 1 daripada 3 orang yang menggunakan Google search akan membuat belian secara online
Google nak jadi ‘tuhan’ ?
Dunia sekarang sememangnya serba serbi dengan atas talian. Contohnya di Malaysia sahaja, 25 juta orang online setiap hari dan anggaran 15 juta rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar. Setiap hari purata lebih lima jam seorang melayari internet dan mencari informasi.
Perkataan Google seringkali menjadi sebutan untuk carian di internet malahan sudah sebati dengan kehidupan orang ramai.
“Cuba google tempat makanan yang sedap di Shah Alam”
“Google jap kat mana nak beli iPhone 7 Plus”
Hatta di peta pun ada Google Maps dan pengiklanan juga boleh dibuat dengan Google Adwords. Youtube yang menjadi tempat kedua pencarian atas talian juga menjadi sebahagian dari Google. Sana sini semua Google, pendek kata diandaikan “Google nak jadi God untuk ‘dunia’ “.
Era Digital Menjana Pendapatan Rakyat
Pada tahun 2016 ini, Tim Denaihati Network telah mengikuti jelajah bersama Malaysian Digital Economy Corporation untuk kempen YouCanDuit, satu program yang cukup bagus untuk rakyat Malaysia untuk menambahkan pendapatan secara digital. Banyak lagi ilmu-ilmu yang perlu dipelajari untuk mendominasi apa yang kita usahakan dan seterusnya tidak mustahil menjadi gergasi.
Salah satunya adalah dengan menggunakan Google Adwords.
Sebelum ini, penulis sudah mempelajari teknik asas Google Adwords dan berjaya meraih pendapatan sekitar RM2,000 dalam masa dua minggu. Dan juga rakan-rakan lain dalam bidang perniagaan juga kini menggunakan Google Adwords sebagai salah satu senjata di dalam pemasaran atas talian.
Baru-baru ini telah selesai kelas lanjutan Google Adwords selama 5 hari dan cukup banyak ilmu yang dapat dipelajari serta dipraktikkan. Ilmu itu sangat penting dan yang paling penting adalah istiqomah dalam tindakan praktikal.
Sememangnya kita patut mengikut arus semasa di mana jika dilihat kajian menunjukkan
- Hanya 1 syarikat daripada 4 yang ada website
- Hanya 1 daripada 10 syarikat menggunakan pemasaran sosial media
Apakah kita hanya online berjam-jam setiap hari hanya untuk bersuka-suka? Atau kita ambil peluang dengan ilmu yang ada untuk meningkatkan pendapatan?
Dilihat ramai yang semakin panik kerana ekonomi tahun 2017 diramalkan tidak menentu. Katanya akan berlaku recession, downturn, krisis kewangan, harga rumah jatuh, ringgit menyusut, dan segala ketakutan lain yang menghantui. Itu semua ramalan, namun dengan ilmu yang ada, pasti ada jalan kejayaan.
Malaysia Go Digital , kita bila lagi?
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
55 Comments
terima kasih admin yang budiman kerana sudi berkongsi info yang sangat berguna…
Curahan rasa Ato @ ..keputusan Juara Gegar Vaganza 2016 Musim 3
Info yang admin kongsikan banyak beri manfaat kepada pengunjung setiap hari.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pemasaran Emel Lebih Pantas Dari FB Ads
memang tidak dinafikan bahawa Google memainkan peranan yang penting di seluruh dunia untuk mendapatkan informasi…kita harus ambil peluang yang ada untuk menambahkan pendapatan melalui blog….
Curahan rasa asraff @ ..Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia Disember 2016
Google enjin carian utama seluruh manusia.. sangat berpengaruh.. sebab semua maklumat yang kita perlukan boleh dicarivdengan menggunakan enjin carian google..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
memang tidak dinafikan bahawa Google memainkan peranan yang penting di seluruh dunia untuk mendapatkan informasi…kita harus ambil peluang yang ada untuk menambahkan pendapatan melalui blog….
Curahan rasa asraff @ ..Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia Disember 2016
Setuju.. setuju.. setuju.. saya juga sedang berusaha ke arah itu.. semoga dipermudahkan urusan kita..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
tak dinafikan kita banyak bergantung pada google. apa apa je mesti nak google kan?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lazada Online Revolution: Apa yang Best?
satu hari ntah berapa kali setiap kita menggoogle, semuanya info dihujung jari.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pemasaran digital yang anda perlu tahu selain Facebook
Walau ada Yahoo, Bing, MSN dan Safari, mesti dah biasa nak pakai Google juga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli Rumah Pertama
betul tuh, semua benda boleh google je skrg terus dapat maklumat yang kita nak. lebih memudahkan.
Masa exam kerja kerajaan pun ramai calon calon Google contoh jawapan sebab nak cepat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Walau bermacam kata diberi kepada google, yang baik atau buruk, kehidupan kita memang sudah terlekat kepada kemudahan ini. Sudah tidak boleh ditinggalkan. Jadi guna sajalah. Cuma dengan sikap yang berhati-hati. Kawalan diri tetap diperlukan. Jadikan ia tempat menambah informasi. Bukan tempat rujukan yang tetap.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Buku Ashaari Muhammad
Benar, ada info yang baik dan buruk, benar dan salah. Gunakannya dengan bijak untuk bezakan yang betul dan salah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerja Sebab Nak Bayar Kereta
Bukan mudah nak tawan hati Google, kena bijak memanfaatkan kemudahan mereka dahulu 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..15 Tips Untuk Uber Partner Baru
zaman pun dah berubah..tapi pesaing terdekat Google adalah Facebook yang dalam ke arah menjadi salah satu enjin carian juga…
Curahan rasa reezluv @ ..Rujukan Pantas Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29
Facebook search engine…wow…kita tunggu nanti…pasti google juga telah bersedia dgn kemunculan fb ni…
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 S29
Sehingga hari ini, Google masih lagi nombor satu, Facebook pula masih nombor tiga menurut kedudukan dunia.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beza Untung Pembiayaan Dan Riba
Pada saya real business wajib ada website. Perniagaan online betul-betul berjaya mengembangkan perniagaan jika diguna dengan cara betul.
setuju…dunia mmg betul2 dihujung jari..byk benda bergantung pd carian di google..hati2 juga dgn mcm2 limphan berita yg tidak benar di google
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 S29
Bergantung pada jenis bisnes, ada bisnes yang tak perlukan website, contohnya kedai atau bengkel motorsikal.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Benar tu tuan. Melalui google semua maklumat boleh kita cari. Nak jalan pi mana2 pun senang. Google maps jer. Tak payah waze dah. Hehe..
Ada sesetengah keadaan Waze lebih efektif berbanding Google Maps, bergantung pada keadaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
dulu sebelum google, semua guna yahoo. sekarang google ambil alih. semua website atau element populat dunia yg ramai pengguna semua diambil alih goole. youtube dan play store contohnya.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lazada Online Revolution: Apa yang Best?
yahoo…dah makin jauh agaknye..bagaimana yahoo nak kembali mnjdi pesaing google?
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 S29
dah jauh tinggalkan saingan terdekat dulu, semua orang guna google sebagai enjin carian utama.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger Movie Day Out Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Yahoo dah jatuh sekarang, dulu Google nak jual dia tak mahu beli, sekarang syarikat kecil yang beli Yahoo.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
Ilmu adwords ni memang aku zero tak tahu apa pun cara nak setting…sapa yang ada bisnes online tu memang patut gi belajar ilmu ni
Curahan rasa Blogger Lelaki @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29
samalah ambe..zero walaupun ada jugak sesekali dapat emel google adwords nak bagi kupon tu
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 S29
tu yg kena belajar tu….heeee. kalau bisnes online dah kira wajib belajar kot kalau nak kembangkan lagi bisnes.
Curahan rasa Denaihati @ ..Mira Filzah, usahawan digital; antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2016
Masih sempat belajar ilmu Google Adwords, susah mula mula je, lama lama senang bila dah faham.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Salam Jumaat Bro DH.. dipetik pengguna membuat andaian.. “Google ingin menjadi GOD pada ‘dunia’…” mungkin agak terlajak because pengguna itu sendiri yg kerterlaluan mengabdikan diri atau obses dengan Google atau perkhidmatannya…
Google is a provider, learn users needs, tackles user problems. Itu yg menyebabkan ia jauh terkedepan dr kompetitor mereka & membuatkan bisnes model mereka maju. Sama seperti Fb dll.
Semakin dunia maju, semakin banyak pengguna menghadapi masalah dan perlu mencari jalan penyelesaian dengan pantas & cepat.. – itu Big G telah berjaya capai sebagai sebuah brand sehinggakan ia sinonim bila user perlukan maklumat pantas.
Seperti manusia, sesorang tidak akan puas terhadap sesuatu.. serupa dengan bisnes. Mesti nak lagi.. maju lagi.. Jika tidak bagaimana ingin menampung survival dln arena masing2.. sama juga apa yg tim anda laksanakan. Boleh merancakkan industri… Boleh membuka ruang & peluang… IMHO
Curahan rasa irsah @ ..Publish Blogger Posts with Valid AMP Page — Stuffs to Consider & Workaround
terima kasih pendapat bro yg panjang dan berguna ni, mudahan sama2 kita terus maju.
Curahan rasa Denaihati @ ..Peluang menjana income ketika nilai USD meningkat
Ya, Google mahu jadi dewa dalam internet, dewa yang jadi rujukan pada semua netizen, manusia juga yang obses dengan dewa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Semoga kita akan terus merebut peluang yang terbentang luas bagai hamparan di lautan yang sedia menanti anda kalian. Moga kita terus berjaya.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Teaser 10 : Itinenary di Tokyo
Aminn. peluang terbaik, rugi kalau tak gunakan sebaiknya zaman ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Mira Filzah, usahawan digital; antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2016
Benar, peluang datang dengan baik dan buruk, kena guna Google dengan bijak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Comments are closed.