Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2012 telah melabuhkan tirainya tersimpan dalam lipatan sejarah dan tidak akan kembali lagi. Apa juga prestasi yang dicapai sepanjang 2012 tidak boleh diubah lagi tetapi boleh dibawa ketahun 2013. Yang baik kita tambah baik dan yang kurang baik kita muhasabah diri.
Alhamdulillah 2012 tahun cemerlang untuk blog Denaihati tetapi semuanya tidak akan berhasil tanpa sokongan pembaca setia yang tidak bosan kunjung datang berkongsi idea.
2012 blog Denaihati telah melancarkan dua plugin untuk kemudahan Rakan Blogger.
1. Plugin Waktu Solat : Terbuka untuk semua Blogger WP dan Blogspot. Sehingga hari ini sudah lebih daripada 3000 Rakan Blogger telah memasang plugin ini di blog mereka.
2. Plugin Retweet Count : Plugin berfungsi mengira siapa di antara Rakan Blogger yang suka retweet entri blog. Buat masa ini pengguna plugin tidak terbuka untuk umum. Rakan Blogger perlu memohon untuk untuk menggunakan seperti yang telah dilakukan oleh Blogger INI dan INI. In shaa Allah 2013 plugin ini akan dibuka untuk semua .. akan diumumkan. Buat masa ini kepada yang berminat boleh memohon.
2012 blog Denaihati telah mencalonkan diri untuk Anugerah MSMW 2012 dan DiGi 2012. Kegagalan untuk anugerah DiGi 2012 tidak lansung melemahkan semangat tetapi menjadi motivasi untuk terus lebih kreatif berkarya. Alhamdulillah blog Denaihati telah berjaya dianugerahkan sebagai Best of The Best Blog of The Year 2012 oleh MSMW 2012. Anugerah ini telah mengubah jalan cerita blog Denaihati untuk menjadi yang terbaik daripada yang terbaik.
2012 juga tahun yang merungkai misteri DENAIHATI. Keputusan untuk mula mengambil tempahan iklan daripada syarikat besar secara tidak lansung mendedahkan siapa sebenarnya DENAIHATI. Acara pertama yang dihadiri adalah Test Drive HONDA Insight adalah detik permulaan segala-galanya. Iklan terbesar sehingga viral video DENAIHATI di dunia siber adalah Projek Ultrabook Toshiba Portege Z830. Alhamdulillah blog Denaihati telah menang tempat pertama untuk cabaran Toshiba walaupun terpaksa menunggu sehingga akhir tahun 2012 untuk dapat hadiahnya. Banyak lagi syarikat telah bekerjasama dengan blog Denaihati seperti logo yang telah disenaraikan di footer blog ini.
2012 blog Denaihati banyak menghidangkan entri kembara berdasarkan pengalaman pengembara ke Frankfurt, Prague, Vienna, Venice, Rome, London, Paris, Bangkok, Phonm Penh, Pekanbaru, Macau, Hong Kong dan Doha. Dari maklumat ramai pembaca yang suka sangat dengan entri travelog kerana ianya kisah benar. Blog khas kembara telah lama tersedia di SINI, in shaa Allah akan menjadi salah satu projek besar untuk 2013.
Banyak lagi kisah manis 2012 yang semua terjadi dengan izin Allah dan paling penting sokongan daripada keluarga dan team Denaihati. Terima kasih kepada Anarm, Eizil, Shahril juga kepada Jaws (semuga berjaya dalam dunia bisnis yang diuruskan) dan tidak lupa kepada Kak Jie, Ariff Shah, Abang Ensem, Azman Ishak, Kak Sweetkurma, Abang Khai dan semua Rakan Setia Denaihati lagi yang sentiasa sahaja ada bila perlu untuk membantu DENAIHATI. Tanpa kalian siapalah DENAIHATI tidak dapat diganti dengan semua hadiah, rewards, insentif dan gadget impian.
Kini kita sama-sama melangkah ke tahun 2013 dengan berbagai perancangan. Kepada Rakan BLogger yang belum ada perancangan waspada kerana “Fail to Plan, Plan to Fail“. Langkah pertama 2013 adalah permulaan seribu langkah menuju 31/12/2013. 2013 adalah tahun untuk bekerjasama dengan Rakan Blogger yang lebih berjaya untuk untuk membawa blog DENAIHATI kesatu peringkat yang lebih tinggi yang akhirnya akan membawa manafaat kepada seramai mungkin Rakan Blogger Baru dan Lama.
Semuga ALLAH SWT meredhai segala usaha.
Goodbye 2012, Welcome 2013
110 Comments
projek kembara 2013? heeeee marilah bekerjasam dgn sha 🙂
Curahan rasa sha @ ..iPhone 5 Gadget Impian
selamat tahun 2013 buat big boss
Curahan rasa nazray @ ..Info tentang Glass project dari google.
mudah mudahan kita semua terarah kepada kebaikan sempena kedatangan tahun baru ni..
Curahan rasa pipoq @ ..Kembali ke sekolah 2013
Selamat tahun baru 2013 buat DH dan semua rakan bloggers…
semoga lebih sukses seiring dunia dan akhirat… amin…
p/s: hidup di dunia mmg saling memerlukan…. 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Ranking Google (SERP) terkini top 10 peserta contest iPhone 5 gadget impian
Selamat tahun baru 2013 buat DH dan semua rakan bloggers…
semoga lebih sukses seiring dunia dan akhirat… amin…
p/s: hidup di dunia mmg saling memerlukan…. 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Ranking Google (SERP) terkini top 10 peserta contest iPhone 5 gadget impian
teringin nak bekerjasama dengan denaihati he3…
Kenapa tidak kalau boleh memberi kebaikan kepada semua.
Kejayaan yang telah diraih Denaihati akan menjadi inspirasi bagi semua Rakan Blogger
Curahan rasa Dawaihati @ ..Menyikapi Pergantian Tahun
Sukses selalu buat Denaihati.com
Curahan rasa Dawaihati @ ..Menyikapi Pergantian Tahun
Kejayaan Denaihati adalah kejayaan Rakan Blogger, semoga di 2013 ini Denaihati lebih banyak lagi meraih kejayaan
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Calon Tamtama PK TNI AL TA 2013
Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada Tuan Denaihati dan para pembaca blog ini.. Semoga pencapaian tahun 2013 lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini….
Curahan rasa Anuar @ ..Selamat Tahun Baru 2013
alhamdulillah 2012 telah berlalu dan tak kan kembali lagi, sinar harapan ada di wajah 2013, moga kita sama sukses di dunia untuk bekalan di akhirat… terimakasih tak terhingga juga kepada denaihati atas segalanya yang dihulurkan semuanya dengan izin Allah
Curahan rasa sweetkurma @ ..tudung tudung beli tudung
Semoga blog DH sentiasa berjaya dlm apa juga ilmu yg ingin di kongsi…In Shaa Allah..
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Ombak Besar Tahun Baru
Blog DH bnyk membantu blogger2 yg baru nak bertapak…tq
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Ombak Besar Tahun Baru
Pengalaman kembara sangat berguna bagi kita bila suatu saat bisa berkunjung pula ke tempat tersbut.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Gending Sriwijaya – Perpaduan Antara Sastra, Tari, Kebudayaan, Kejayaan dan Keagungan Kerajaan Sriwijaya
Saya sangat yakin dengan kerja Tim yang tidak diragukan lagi, Denaihati akan lebih berjaya di tahun mendatang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Gending Sriwijaya – Perpaduan Antara Sastra, Tari, Kebudayaan, Kejayaan dan Keagungan Kerajaan Sriwijaya
Terima kasih kepada denaihati.com yang sudah memberi saya sangat banyak dalam setahun ini. Sahabat, Ilmu, backlink dan Hadiah yang banyak tentunya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Gending Sriwijaya – Perpaduan Antara Sastra, Tari, Kebudayaan, Kejayaan dan Keagungan Kerajaan Sriwijaya
Permohonan maaf yang tulus bila selama berkomentar disini ada hal yang tidak berkenan terutama kepada founder DH dan sahabat semuanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Gending Sriwijaya – Perpaduan Antara Sastra, Tari, Kebudayaan, Kejayaan dan Keagungan Kerajaan Sriwijaya
Alhamdulillah.. jika dilihat dari pencapaian 2012, blog DH
banyak memberi inspirasi + memberi.. Yang best tuh blog travelog. Aku suka mengembara tempat2 orang.. Masih juga dalam pembikinan blog travel sendiri..
Happy new year 2013 to DH team.. wish u all d best..
berapa lama karang ni? hehe..
Curahan rasa titan @ ..Tahun 2012. Sayonara.
Heeee kenapa tak ok ke?? Tak lah lama sangat tak sampai satu jam.
semoga terus berjaya buat denaihati dot com
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Sudah Pandai Ber’posing’
dan semuga semua Rakan Denaihati juga akan terus berjaya
Comments are closed.