Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun pasti ada fenomena gerhana bulan dan untuk 2015 pada 4/4/2015 bermula jam 5.01 pm akan berlaku sekali lagi fenomena gerhana bulan penuh di Malaysia. Fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra. Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra. Murut ANGKASA fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun 2015.
Aku telah menyaksikan banyak fenomena gerhana bulan separa, gerhana bulan penuh dan gerhana bulan berdarah sebelum ini yang telah dikongsikan dalam entri-entri sebelum ini. Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Apabila terjadi gerhana bulan, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana bulan atau solat kusuf sebanyak dua rakaat, dan sunat pula dikerjakan secara berjemaah. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak bulan mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya bulan terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu. Boleh juga saksikan cara solat sunat gerhana di video solat sunat gerhana bulan.
Kita hamba yang Maha Kerdil. Semuga kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa ingat kepada ALLAH setiap masa. Selamat beramal.
83 Comments
begitu besar ciptaan allah ….cantik..tiada yg berkuasa selain dia
alahai sayangnya tak nampak pun gerhana bulan malam tu…punye excited tapi tak nampak…
Curahan rasa huda @ ..3 Bulan Turun 26 kg Dengan Cinch Shake Shaklee
Ruginya tak tengok gerhana bulan ni. Takut sebab anak-anak ada sekali. Lain kali kena dapatkan info yang betul supaya tak terlepas pengalaman indah ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Peluang Buat Side Income Dari Rumah Dengan Mudah
Saya xdapat tengok bulan malam tu.. ada hal sikit, alhamdulilah denai hati ada buat sharing
Curahan rasa MamaAlya @ ..Ramai Usahawan Tidak Dapat Tinggalkan Zon Selesa Mereka.
Tak sempat nak tengok Gerhana Bulan Penuh sbb masa tu dok layan pancing … dok tgk pancing je lebih dari tgk bulan ….
Bulan pun cari tak jumpa . haha ..
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..40 Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
Dapat tengok di TV je. InsyaAllah lain kali boleh bersedia dengan peralatan yang lebih canggih.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terujanya Bila Tengok Suasana Pembelajaran Anak di Little Caliphs Semenyih
Harap dpt tgk jika berlaku fenomena mcm ni lepas ni. Sungguh hebat kuasa allah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Satu Juta Gelas McDonalds Frozen Fanta Percuma
Sayang waktu itu di tempat kami tinggal cuacanya mendung , jadi tidak sempat melihat gerhana.
Curahan rasa obat pelangsing alami @ ..Obat Pelangsing Yang Aman, 0877 2805 5580 ( XL )
Terlupa sangat hari tu ada gerhana bulan walaupun ada kawan dah share cara solat sunat dan sebagainya..erm…
Terlepas kali ini..
Curahan rasa emalinmohd @ ..Cara Mengurangkan Bacaan Gula Semasa Mengandung
Wahh… x sempat tengok malam tu… cuaca mendung.. tgok di internet saja.
Curahan rasa Azlan Saleh @ ..LG G4 Spesifikasi, Harga dan Tarikh Pelancaran
tahun ni tak berkesempatan untuk join qariah surau solat sunat..
last year seronok jugak beramai kat surau..
Curahan rasa maria @ ..Angkara Sembelit Kronik, Si Bapa Terpaksa Seluk Tangan Untuk Keluarkan Najis. Kasihan Sangat!
Sekali lagi terlepas untuk merakamkan fenomena ini. Gerhana ini tidak kelihatan seperti mana di jadualkan disebabkan awan tebal di semenanjung Malaysia. Cuma jelas kelihatan dari indonesia.
Curahan rasa Ohmy @ ..Centella asiatica or Pegaga Bulat
alhamdulillah. masih sempat tngok gerhana bulan tahun ni. trima kasih jugak share khaifiat solat sunat gerhana bula.huhu
Eh nampak ye??? Kat area cheras awan tebal sgt… Next year lah
Curahan rasa Ohmy @ ..Centella asiatica or Pegaga Bulat
Aa.. memang cantik woo permandangan gerhana bulan penuh.Alhamdullilah dapat tengok.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib?
Sangat cantik pemandangan semasa gerhana berlaku..Subhanallah dengan ciptaan Ilahi…
Comments are closed.