Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, enam individu antaranya pengarah dan pengurus besar syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai hampir RM5.5 bilion, dua tahun lalu. (27/9/13)
Emas memanglah salah satu sumber menambah pendapatan seperti telah diterangkan dalam entri sebelum ini “Emas dan Perak Sumber Pendapatan Sampingan“. Terbaru pakar ekonomi menjangkakan harga emas akan melangkaui USD2000 atau RM6,158 se ounce dalam tempoh dua tahun. Memanglah sangat menarik untuk berinvestasi dengan emas.
Pada tahun 2005 aku telah didatangan oleh seorang teman yang mengajak untuk berinvestasi emas. Oleh kerana belum pernah mencuba jadi aku mengambil peluang yang diberi. Mengikut cerita sahabat tersebut pelaburan emas tersebut mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM). Dengan modal RM10,000 aku mendapat empat jongkong emas dengan pulangan 3% sebulan. Selepas 4 kali aku mendapat pulangan 3% sebulan syarikat tersebut telah diserbu oleh BNM kerana tidak mengikut peraturan perniagaan yang telah ditetapkan oleh BNM. Sehingga sekarang tak tahu apa jadi pada syarikat tersebut dan aku menghadapi masalah untuk mendapat modal semula kerana ketika join dulu empat jongkong emas yang aku dapat dinilai melebihi nilai harga pasaran. Ketika itu kalau nak jual balik hanya dapat RM3500 sahaja.
Selepas peristiwa tersebut banyak lagi syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh BNM dan harta syarikat dibekukan antaranya Golden Bright Sdn Bhd. Yang terbaru adalah Genneva Malaysia Sdn Bhd bersama dengan tiga syarikat yang lain.
Aku juga telah didatang beberapa orang kawan yang menawarkan peluang pelaburan emas syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd tetapi tidak tertarik atas sebab
1. Menggunakan nama Bank Negara Malaysia secara berlebih-lebihan.
2. Mana-mana syarikat yang berdaftar di Malaysia yang memberi pulangan pelaburan bulanan pasti akan diambil tindakan oleh BNM samada cepat atau lambat.
3. Jongkong emas yang diberi dinilai pada harga yang terlalu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli balik pada harga yang terlalu rendah seperti ada unsur cekek darah. Contohnya kalau harga emas dipasaran 1 gram RM185 tetapi dinilai oleh syarikat sehingga RM250 dan beli balik pada harga RM145.
Sekarang ini ramai pelabur Genneva Malaysia Sdn Bhd yang mengeluh kerugian kerana kehilangan sumber pendapatan katanya. Aku dapat tahu ada pelabur emas bukan sahaja di Genneva Malaysia Sdn Bhd yang berhenti kerja dan tidak buat aktiviti lain untuk menjana pendapatan setelah mendapat pulangan bulanan daripada pelaburan emas yang mereka sertai.
Berhenti kerja dan mengharap seratus peratus pulangan daripada pelaburan emas adalah konsep yang salah. Pelaburan emas adalah salah satu cara mendapat pendapatan sampingan. Seandainya kita telah mendapat pulangan walau sebanyak dan sebesar mana pun … kita mesti berusaha mencari pendapatan daripada sumber-sumber yang lain. Bukankah mendapat income dari berbagai sumber itu lebih baik daripada mengharap hanya daripada satu sumber. Pelaburan pasti ada risikonya jadi jangan mengharap seratus peratus daripada satu pelaburan.
Sepatutnya dengan pulangan lumayan yang diperolehi daripada pelaburan emas tersebut boleh digunakan untuk menjana pendapatan lain. Contohnya seorang teman telah menggunakan hasil pendapatan untuk membeli emas fizikal yang kemudian diletakkan di Ar Rahnu, Bank Rakyat. Ada rakan lain yang menggunakan keuntungan untuk jual beli saham di BSKL. Ada juga yang membeli property untuk disewakan tapi jangan pulak beli property super mahal sebab susah nak disewa atau dijual balik.
Kalau bijak memang boleh kita kembangkan keuntungan pelaburan dan bolehlah bersara awal seperti Blogger Ini atau Blogger ini yang ada berbagai sumber pendapatan.
Ingat kata-kata orang tua “Dengar guruh di langit, Air di tempayan dibuang jangan”. Apa sahaja pelaburan sekecil mana pasti ada risikonya dan kita perlu bersedia apabila menjejaki kaki dalam dunia pelaburan. Jangan takut untuk melabur tetapi mesti melabur ikut kemampuan risiko.
143 Comments
Kalau ambil deposit tanpa kelulusan memang cepat kantoi hehehe..
Rakan saya kerugian RM100k..sampai sekarang masih belum dapat balik tuntutan kepada syarikat geneva ini..katanya dalam proses..dah menanti hampir 10bulan..
yang terbaik ialah beli emas 999 dari kedai emas…lepas tu tengok pergerakan harga semasa….apabila rasa sesuai boleh jual balik emas tu…kalau melabur dalam syarikat yang bertopengkan emas ni takut-takut terjebak dalam skim ponzi..
Curahan rasa timizero @ ..Kata Gembleng
seeloknya hubungi pihak yang berkaitan dengan undang2 spt suruhanjaya sekuriti atau BNM untuk kepastian
Curahan rasa Myra Jay @ ..Abu Bakar As Siddiq dituduh sama dengan iblis
pikir 1000 kali dulu….jangan main ikut orang jer…
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Melontar Jamrah
sepatutnya jika mahu membuat pelaburan harus difikirkan dahulu baik buruk. bertanya kepada yang lebih arif. orang yang nk menarik kita hanyalah menceritakan yang manis sahaja tanpa menceritakan kesan buruk dalam sesuatu pelaburan
Curahan rasa Myra Jay @ ..Abu Bakar As Siddiq dituduh sama dengan iblis
sesal kamudian tiada gunanya….
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Melontar Jamrah
Janji hanya tinggal janji. Lain kali hati-hati sahabat
Curahan rasa radzi9684 @ ..Ada pihak yang jual identiti kita?
betul tu…sekarang ni macam2 hal boleh blaku…
Curahan rasa Nana @ ..Aidiladha Disambut Pada 26 Oktober
sukses selalu
semoga bermanfaat
Curahan rasa Seragam linmas, kaos murah, seragam TNI POLRI @ ..Syarat Tender Pengadaan Seragam
Semoga bisa punya banyak modal supaya bisa melabur emas
Curahan rasa Metrolisa @ ..Ayo Berkurban dengan Mudah Membantu saudara Muslim di Kamboja
sebelum melabur pastikan syarikat pelaburan itu boleh di percayai…
Curahan rasa Nana @ ..Aidiladha Disambut Pada 26 Oktober
mengharapkan supaya semua yg terlibat dikenakan tindakan sewajarnya sekiranya salah ..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Awek Bunuh Diri Selepas Gambar Buah Dadanya Tersebar Di Internet..
yalah…kesian juga tgok mangsa2 tu,….
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Melontar Jamrah
Harus benar-benar berhati-hati bila hendak melabur emas
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pengumuman Kelulusan CPNS Kemenkumham 2012
elok lagi bt pelaburan di tempat yg selamat kan kawan..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Awek Bunuh Diri Selepas Gambar Buah Dadanya Tersebar Di Internet..
harap2 jangan ada lagi yg terkena..~
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..18 SX: Wanita Seksi Lelong/Jual Dara Untuk Hubungan Seks Tujuan Kebajikan..?
perkara yang blaku ini harus dijadian pgajaran untuk kita semua…
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Melontar Jamrah
Sebenarnya byk lagi syarikat tersembunyi yg mcm nie..
cuma tak didedahkan je kan..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Ngeri Gila..! Daging Manusia Dijual Di Pasar..?
siasat latar blakang syarikat tersebut sebelum membuat plaburan…
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Melontar Jamrah
Apa yang di maksudkan dengan menggunakan nama Bank Negara Malaysia secara berlebih-lebihan?
Manusia ni mudah sangat dilalaikan dengan kesenangan. Padahal benda tu tidak betul.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Pengalaman Menjadi Pekak
bila dah nampak wang je,sume lupa..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..18 SX: Wanita Seksi Lelong/Jual Dara Untuk Hubungan Seks Tujuan Kebajikan..?
sudah lumrah kehidupan manusia…
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Melontar Jamrah
Perkara sama akan berulang-ulang kerana simply manusia mudah lupa. Bila skim diolah berlainan orang ingat dia skim bagus.
Curahan rasa Rem @ ..Minggu Yang Sibuk
Aku rasa ramai yang tertipu termasuk professional dan yang berpelajaran. Ini kerana tamak atau greed dan suasana semasa yang memerlukan pendapatan tambahan yg banyak dari pelaburan. Kenaikan harga barangan menyebabkan nilai ringgit jatuh, maka ramai perlukan ringgit untuk membeli dan seterusnya terjebak dalam pelaburan seperti ini.
Curahan rasa Rem @ ..Minggu Yang Sibuk
Comments are closed.