Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan? Andai dilihat senario hari ini, boleh dikatakan semua ibu bapa sangat menekankan soal pendidikan anak-anak bagi membentuk sahsiah yang baik dan bijak. Malah elemen ini diterapkan sejak bayi dalam kandungan lagi.
Mengungguli terbitan majalah keluaran Kumpulan Media Karangkraf berbahasa Melayu berkonsepkan panduan keibubapaan dan prasekolah sejak 15 tahun lalu, Pa&Ma sentias berusaha memberikan informasi terbaik untuk ibu bapa dalam usaha membesarkan dan mendidik anak-anak sejak dalam kandungan lagi. Majalah Pa&Ma ialah rujukan terbaik dunia keibubapaan untuk ibu bapa mudah khususnya.
Selari dengan matlamat melahirkan anak-anak bijak dan bersahsiah tinggi, buat pertama kali Genius Pa&Ma iaitu terbitan Edisi Khas majalah Pa&Ma telah mula menemui pembaca sejak Oktober tahun lalu. Melihat sambutan yang positif, Edisi Khas ini dipasarkan semula bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia tiga hingga enam tahun.
Masih mengekalkan konsep keibubapaan, Genius Pa&Ma wajar dimiliki oleh ibu bapa, pengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika. Ini kerana ia memberi panduan tentang bagaimana mendidik, memahami dan merangsang pertumbuhan dan perkembangan anak-anak yang semakin aktif dan bijak menerokai dunianya dari segi fizikal, emosi dan kognitif.
Dengan tagline ‘Rujukan Keibubapaan Bentuk Anak Bijak 3-6 tahun’, Genius Pa&Ma diyakini akan menepati citarasa ibu bapa yang mahukan segala-galanya terbaik buat anak-anak merangkumi pendidikan, penampilan dan kesihatan .
“Penerbitan Genius Pa&Ma bertujuan memberi pendedahan dan panduan kepada ibu bapa muda zaman ini betapa pentingnya ilmu keibubapaan berkaitan perkembangan dan tumbesaran awal kanak-kanak. Biasanya, ibu bapa akan membuat persediaan rapi untuk menyambut cahaya mata pertama dan begitu mengambil berat soal penjagaan bayi. Bagaimanapun apabila anak semakin membesar dan pandai berdikari, mereka sering dibiarkan main sendiri malah gajet dijadikan teman rapat. Dan pada masa ada ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat kepada tenaga pengajar di taska dan tadika untuk mengajar anak-anak menulis, membaca, membuat aktiviti kraf, mengaji dan bersolat. Cara ini sebenarnya tidak betul kerana ibu bapa perlu sedar bahawa mereka mempunyai peranan tersendiri dalam proses perkembangan anak-anak ini,” ujar Editor Eizan Ariffin.
Dengan gaya atur letak, fotografi yang trendy dan segar, Genius Pa&Ma bakal melengkapkan ‘keperluan’ ibu bapa yang prihatin untuk memahami tentang tahap perkembangan anak dan lebih peka mengenai apakah bentuk pendekatan yang boleh digunakan bagi merangsang minda dan fizikal si kecil agar membesar cergas dan cerdas.
[box type=”shadow”]
Sponsor Ads
Rahsia didik anak jadi pintar cerdas!!! Klik Sini
Rahsia didik anak menjadi soleh!! Klik Sini
Rahsia mendidik anak cara yang betul! Klik Sini[/box]
Antara segmen menarik Genius Pa&Ma ialah Perkembangan Kanak-kanak, Gaya & Kesihatan, Adik Bijak, Sisipan 32 muka surat tentang Pemakanan Anak, Famili, 10 muka surat Jom Relaks yang mampu menguji minda anak-anak serta segmen Prasekolah yang bakal menjadi kemuncak kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun ini.
TESTIMONI IBU BAPA
- Rosfakihah Hassan
“Kehadiran Pa&Ma Genius memang tepat pada masanya. Saya menjadikan majalah ini sebagai rujukan dalam mendidik anak-anak. Saya sangat suka ruangan masakan yang melibatkan si kecil. Selain daripada itu, saya juga sukakan tip yang memberi panduan berguna agar anak cepat membaca. Segmen Perkembangan juga membantu saya dalam usaha membolehkan saya memantau perkembangan anak sesuai mengikut usia mereka.”
- Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohammad
“Setiap ibu bapa perlu tahu bahawa perkembangan otak kanak-kanak begitu pesat pada usia bawah tujuh tahun. Ketika ini, perkembangan otaknya lebih terarah dan sistematik.
Oleh itu, setiap pembelajaran kepada anak haruslah dengan cara yang betul. Dengan adanya majalah Pa&Ma Genius, ia membantu ibu bapa mendapat arah yang betul dalam mendidik anak secara positif. Isi kandungan majalah ini berkaitan dengan perkembangan anak dapat menjadi kayu pengukur ibu bapa dalam mendidik anak-anak.”
Ibarat jurnal buat ibu bapa yang boleh dijadikan rujukan dalam memberi didikan buat anak-anak di antara umur tiga hingga enam tahun. Pelbagai tip menarik dan artikel berinformasi dikongsi, Dengan ketebalan dan kualiti kertas yang berkualiti, ia boleh dijadikan koleksi. Pendek kata, Pa&Ma Genius padat dan bermanfaat.
Untuk pembelian online, anda bakal mendapat lebih banyak diskaun! Layari http://mall.karangkraf.com/products/Genius-Pa&Ma-(Pre-Order)/3881
REBUT PAKEJ MENARIK INI!
BELI GENIUS Pa&Ma PERCUMA 1 majalah Pa&Ma isu lepas dengan hanya RM10!
Terhad sepanjang bulan MAC sahaja.
Jom follow di:
Instagram : @Majalahpama
Facebook : majalahpama
Web site : http://pama.karangkraf.com
119 Comments
Majalah yang bagus untuk ibubapa. isi kandungan berkaitan dengan perkembangan anak dapat menjadi kayu pengukur ibu bapa dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah. Nak mendidik anak-anak juga memerlukan ilmu.
Eh dah ada majalah baru? Pa & Ma pun dah lama tak beli. Suka membeli majalah. Tapi baca tak habis-habis pun. huhuuu..
Curahan rasa effa @ ..Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!!
kalau tak habis baca boleh tengok gambar punya ok juga tu..lagipun majalah ada gambar-gambar yang cantik-cantik
Curahan rasa Hanafi Abdullah @ ..Ilmu Untuk Wanita Cari Suami
anak adalah kurniaan Allah yang paling berharga sekali..sebab itu hargai mereka dengan pemupukan budaya ilmu
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Petua Buat Orang Suka Dengan Kita
Education itu sangat penting untuk anak, bagi siapa yang mendidik Anak dengan baik, maka anak tersebut juga akan baik. Dalam agama juga sering ditegaskan bahwa salah satu yang menjamin ornag tua masuk surga adalah anak solih dan solihah.
Curahan rasa ihsan @ ..Cara Mendaftarkan Blog Ke Dmoz.org Situs Baclink Gratis
agama paling penting sekali..teras untuk menjadi anak yang soleh dan solehah..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kelahiran Blog Wordpress Yang Baru
Mendidik anak dengan memberi basic atau dasar agama menjadi sesuatu yang wajib……
salam kenal …
saya setuju dengan pendapat tersebut..agama adalah teras dan dukungan utama..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Petua Buat Orang Suka Dengan Kita
anak-anak akan membesar dengan menjadi soleh dan solehah hasil didikan ibu bapa yang terbaik…semoga menjadi pemimpin yang berpegang teguh dengan ajaran Islam pada masa hadapan….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Cap Khas Pos Malaysia Sempena LIMA 2015
Jadi, untuk dapat lebih banyak diskaun, bolehlah lakukan pembelian secara online. Cepat dan menjimatkan masa.
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Anak yang bijak adalah hasil dari didikan ibubapa yang berkualiti sejak dari kecil lagi.
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
prosesnya juga perlu berterusan..jika tidak hasinya tidak begitu gempak
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kelahiran Blog Wordpress Yang Baru
Gambar, susun atur dan warna majalah ni memang menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang majalah ini.
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
saya belum pernah beli dan baca majalah Pa Ma..jika ada rezeki lebih memang saya mau sembat juga tu..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kelahiran Blog Wordpress Yang Baru
Jadi, kepada para ibubapa, bolehlah langgan majalah ni untuk memantapkan lagi ilmu tentang didikan anak dan keibubapaan…
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Saya belum pernah lagi baca majalah ni. Mungkin sebab saya ni masih bujang. Agak menarik saya tengok review tentang majalah ini.
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
majalan kegemaran sy sejak hamil ank kedua…byk sgt info menarik dan sbgai bahan rujukan..pa&ma the best!!
Curahan rasa maz jamal @ ..Subhanallah! Sedekah Kunci Untuk Kaya Dan Bahagia
bacaan yang bagus.. anak mesti suka! 🙂 sambil didik mereka suka membaca.
Curahan rasa akak vitamin @ ..Penapis Air untuk Keluarga Bajet
anak perlu dididik untuk membaca..jika tak membaca bagaimana nak jadi genius..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Selesaikan Kes Pasangan Curang
Setuju tu, kanak-kanak sekarang sangat jarang membaca, lebih kepada alat gajet..ini salah satu cara nak bagi kanak-kanak kembali membaca
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Halitosis Penyakit Mulut Berbau
membaca jambatan ilmu..ibubapa juga jangan layan sangat gajet..bahaya leka tu
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kelahiran Blog Wordpress Yang Baru
terbaik untuk pendidikan anak-anak daripada beli komik2 tuh, baik le pa and ma.
Curahan rasa encikarman @ ..Cara Buat Duit Dengan Lazada 2015 + Sale March 2015
komik banyak kartun yang ganas..lebih baik baca majalah yang berilmiah seperti Pa& Ma
Curahan rasa Hero Borneo @ ..10 Ciri Isteri Ideal Buat Suami
Kalau komik upin ipin ok juga la kan, sambil berhibur sambil belajar
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Rosemary Tingkatkan Daya Ingatan!
ya..kartun education ok..kartun ganas lebih baik jangan..bahaya dalam jangka masa panjang
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kelahiran Blog Wordpress Yang Baru
Pa & Ma ni memang best terutama cerita tentang penjagaan ibu hamil dan pantang + penyusuan susu ibu. Antara majalah yang menjadi rujukan dulu apabila serius ingin ekslusif breastfeeding anak-anak. Alhamdulillah berjaya..
Curahan rasa emalinmohd @ ..9 Jenis Makanan Untuk Kurus
Ada banyak cara dan petua yang terkini dan yang lama, boleh di jadikan amalan bersama.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi
Saya pun sama, bila start hamil tu memang suka sangat beli PaMa ni..then teruskan lagi beli sebab nak tengok panduan menyusu..sehingga sekarang tetap beli…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perubahan Kulit Semasa Mengandung
Comments are closed.