Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tiba-tiba terasa pening macam nak pitam ketika Solat Asar lebih kurang jam 4.50pm dan bila sampai ke rumah mertua anak-anak sibuk kata perabot rumah bergoyang. Dalam hati terdetik pasti gempa bumi berlaku di Indonesia. Kejadian ini terus aku post di Fanpage Denaihati untuk dapat kepastian : “Siapa yang ada terasa gempa bumi baru sebentar tadi. Kita tunggu news sebentar lagi pasti ada kejadian Gempa Bumi berhampiran Malaysia ni. SubhanAllah.” Dalam beberapa minit dapat berpuluh respond.
Betul berlaku gempa bumi di Aceh, Indonesia yang kuat iaitu 8.7 magnitude dan diikuti gempa susulan 6.5 magnitude. Gempa bumi Aceh berlaku boleh mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Amarah tsunami telah dikeluarkan di 28 buah negara termasuk Malaysia. Semuga ALLAH SWT beri kekuatan kepada warga Aceh, Indonesia. Inilah janji Allah SWT sebagaimana yang telag tertulis dalam entri Earth Hour 2012.
Penduduk yang tinggal di persisiran pantai di Teluk Andaman, Selat Melaka dan Lautan Hindi diminta berhati-hati dan sentiasa mendengar pengumuman amaran tsunami daripada Pemerintah. Gempa sekuat 5.4 magnitude juga berlaku di Maluku Tenggara pada jam 4.41pm.
Untuk dapat maklumat tsunami terkini boleh semak online di Pusat Bencana Malaysia.
Ada yang kata gempa ini hasil dari percubaan projek HAARP.
Apa itu HAARP? High Freaquency Active Aurora Reseacrh Program..Apa itu”Blue Beam Project”? Ia adalahlah sebuah program angkasa yang dikategorikan sebagai ‘Above Top Secret’ oleh pihak NASA. Program tersebut dirangka dalam empat (4) fasa strategi untuk mewujudkan sebuah ‘agama masa depan’ dengan Anti-Christ (atau disebut & dikenali selepas ini oleh kita sebagai Muslim: “Dajjal al-Masih”) sebagai mastermind. Di sebalik formulasi ini tersembunyi rancangan saintifik yang akan mengimplimentasi teknologi masa depan termaju, dimana ianya dibangunkan bagi tujuan gelap di dalam kerahsiaan yang amat ketat.
Kononnya HAARP adalah untuk mengkaji bencana alam dan bagaimana mengurangkan kesan terhadap peristiwa itu.
HAARP ini sudah dipatenkan dengan nomor 4,686,605 atas nama Bernard J. Eastlund,.
Teknologi HAARP ini diasaskan dari idea dan ciptaan Nikola Tesla (seorang genius yang telah mencipta teknologi wireless pada tahun 1891 dan juga penghantaran tenaga elektrik melalui wireless).
Weapon of Mass Destruction (WMD) yang sebenar ialah HAARP buatan USA itu sendiri. Kalau dilihat dari penerangan “frontend”nya yang terdapat dalam website HAARP, seolah-olah ianya adalah untuk penyelidikan ilmiah. Sebenarnya, HAARP berkemampuan untuk:
1. Senjata Geofizikal (Geophysical Weapon/Warfare)
2. Boleh “lockdown” misil dan peralatan kapal terbang serta komunikasinya
3. Boleh memusnahkan komunikasi sesebuah negara
4. Pengganggu proses mental manusia (kes seperti pelajar universiti yang mengamuk dan membunuh beberapa pelajar lain)
5. Mind Control (sama seperti (4) diatas)
6. Alat “Ex-Ray” bumi
7. Senjata Elektromagnetik
Senjata Geofizikal:
1. Menghasilkan gempa bumi
2. Menghasilkan taufan dan ribut
3. Menghasilkan satu letupan tanpa misil, bom dan bahanapi yang hampir menyamai kekuatan letupan nuklear tanpa sebarang radiasi (impact bomb).
Adakah anda biasa main game Red Alert (Yuri Revenge) dan Red Alert sebelumnya? Kepada siapa yang pernah bermain game ini ia ada SUPER WEAPON yang hebat…kalau di pihak USA anda akan ada super weapon, WEATHER STORM.. senjata ini akan mengeluarkan kilat yang kuat..manakala di pihak Russia ada senjata MIND CONTROL dan NUKLEAR…kalau dunia reality sekarang weather storm itu = HAARP…senjata mind control adalah salah satu cabang di bawah BLUE BEAM PROJECT.
1) Peringkat permulaan Blue Beam berkaitan dengan keruntuhan dan kemusnahan semua pengetahuan arkeologikal, KEAGAMAAN dan konsep saintifik klasik. Melalui beberapa siri kejadian alam yang direka secara teknologi seperti gempa di beberapa lokasi tepat di atas planet Bumi yang akan memuntahkan dari perutnya beberapa ‘Penemuan baru’ sebagai dakyah program ini kononnya mendedahkan manusia kepada kesilapan besar pada doktrin keagamaan sedia ada.
Pemalsuan maklumat akan mensasarkan untuk meyakinkan umat manusia bahawa ajaran keagamaan telah disalah intepretasikan dan disalahguna berabad lamanya. Ianya adalah fasa persediaan psikologikal untuk menghancurkan asas agama yang kita amalkan, keimanan dengan kaedah melenyapkan semua penanda aras, dan pada apabila tepat waktunya mereka akan menawarkan suatu agama ‘sebenar’ yang akan menyatukan dan menenangkan umat manusia dengan menyerap semua disiplin agama serta semua kepercayaan.
Fasa Kedua
2)Tengan teknologi HAARP ini mereka boleh pancarkan imej slaid yang besais besar dan jadikan awan sebagai layar untuk di paparkan pelbagai imej ibarat skrin TV.
Rencana Dajjal itu akan menggunakan teknologi ‘hologram optikal’ disertai bunyian 3-dimensi, memancarkan sinaran laser imej holografik di beberapa tempat di dunia melalui ribuan satelit yang mengorbit Bumi dengan jarak 60 batu dari permukaan.
Imej-imej yang dijana adalah mengikut kepercayaan atau agama rasmi sesebuah negara sebagai contoh di negara yang mengamalkan ajaran agama samawi berkemungkinan dipertontonkan ‘jelmaan’ Nabi Muhammad s.a.w atau Nabi Isa a.s! Begitu juga dengan janaan imej Buddha dan Krishna dipertontonkan. Dan selepas itu bermulalah kemunculan imej Sang Dajjal yang terbit selepas beberapa ketika imej-imej keagamaan yang muncul sebelumnya akan bersatu dan menjelma dalam bentuk batang tubuh si Kafir Laknatullah.
Itu semua bertujuan untuk memesongkan akidah ummat Islam.
Fasa Ketiga
3) Peringkat selanjutnya adalah juga berkaitan dan pelengkap Fasa Kedua, dimana suatu proses yang kita kenali sebagai ‘telepati’ dijana melalui medium sistem elektronik yang sudah dan sedia ada di sekeliling kita. Pasti anda pernah terlihat menara-menara pemancar yang dikatakan alat telekomunikasi, dibina di mana-mana sahaja seperti bangunan bahkan didirikan seperti pepohon di tepi jalanraya/highway! NASA akan menggodam peralatan-peralatan tersebut untuk menghantar ‘suara Tuhan’ ke dalam sanubari manusia melalui frekuensi ELF, VLF dan LF seolah-olah Sang Tuhan Dajjal menyeru terus kepada mereka.
Selain untuk mendatangkan gempa atau banjir, HAARP ini ternyata dikembangkan sebagai mind control. Penelitian Dr Andrija Puharich di tahun 1956 terhadap kaum Yogi India tentang kemampuan telepati telah diteliti secara ilmiah. Telepati dan hipnotis ini ternyata hanya dengan cara mempengaruhi mangsa dengan frekuensi 8 Hz. Otak manusia didapati boleh di pengaruhi dengan gelombang 8 hz.
Mungkin dengan cara inilah yang dajjal sedang lakukan untuk melakukan mind control terhadap manusia sejagat melalui satelit2 dan pemancar radio di bumi.
Menurut Seorang Pengkaji Dr Rosalie Bertell,biasanya teknologi HAARP akan mengeluarkan kilatan cahaya seakan-akan kilat yang terang ketika gelombang ELF di pancarkan.
12 Mei2008,muncul kilatan cahaya di langit China.Kilatan cahaya terang yang seakan sama juga berlaku di Aceh sebelum berlakunya tsunami besar tahun 2004.
Fasa Keempat
4) Penipuan peringkat akhir akan dilengkapi dengan agenda pengawalan secara total keatas manusia melibatkan kejadian luarbiasa (supernatural). Dibahagikan lagi kepada tiga pecahan umpan:
i – Mewujudkan kepercayaan terhadap penjajahan makhluk asing (E.T, UFO) keatas manusia di setiap pelusuk bandar utama di dunia.
ii -Pemalsuan seterusnya adalah kejadian-kejadian akhir zaman yang dicatat di dalam Injil akan berlaku dalam bentuk yang menakjubkan. Kedua-dua proses diatas adalah bertujuan bagi mengumpulkan kumpulan manusia yang enggan tunduk kepada fitnah Sang Pemain Boneka sebelum ‘Peristiwa Abad Ini’ bermula.
iii -Umpan ketiga ini adalah pelengkap keempat-empat Fasa dengan mengoptimumkan penggunaan semua jenis alat komunikasi moden untuk memancarkan gelombang bagi melemahkan manusia secara individu
dan halusinasi kolektif.
229 Comments
Semoga tidak ada lagi gempa susulan di Aceh….
Curahan rasa Dadan @ ..Toshiba Excite 13 | Tablet PC Terbesar di Dunia
Barusan ada berita di TVOne bahwa menurut kabar BMKG bahwa ancaman tsunami di Aceh telah berakhir….
Curahan rasa Dadan @ ..Toshiba Excite 13 | Tablet PC Terbesar di Dunia
Alhamdulillah…semoga benar2 keadaan Aceh normal kembali….
Curahan rasa Dadan @ ..Toshiba Excite 13 | Tablet PC Terbesar di Dunia
syukur lah semuanya selamat..tapi kena awasi selalu..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Syarat Nak Jadi Lelaki Kacak
sama sama kita berdoa….insyaAllah
kena beringat selalu….musibah berlaku tak kira masa..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Syarat Nak Jadi Lelaki Kacak
wahhh bapak saya berada disana semoga dia berada pada lindungan allah…amin
semoga bapak anda dan semua warga disana baik-baik saja…
Curahan rasa Dadan @ ..Toshiba Excite 13 | Tablet PC Terbesar di Dunia
Semoga rakyat Aceh tabah menghadapi dugaan daripada Allah
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Gempa Bumi 8.9 Magnitud Melanda Aceh 11 April 2012
semoga apa yang berlaku akan lebih mengingatkan kita dengan kematian…aminn..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Syarat Nak Jadi Lelaki Kacak
semoga semuanya selamat.
Curahan rasa sukacuka @ ..Tahun Depan Kita Undi Orang Malaysia
Ya ALLAH Ya Tuhanku Jauhkanlah kami dari segala malapetaka dan lindungilah kami dari segala bencana
Curahan rasa JAI @ ..Gempa Bumi Di Aceh 11 April 2012 | AMARAN Tsunami di Keluarkan
Aminnn,,, semoga doa kita dapat diterima…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi
Harap semua selamat dan dijauhi malapelaka ini
Dekat area sitiawan, manjung dan lumut perak terasa juga gegaran
Aku rasa banyak lagi tempat2 yg ada terasa gegaran tersebut…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi
sini (kelantan) turut terasa….kuat betul gegaran tu..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Syarat Nak Jadi Lelaki Kacak
saya pun terasa kuat gak bergoyang..lebih kuat dari mula2 dulu 2004.
Curahan rasa azmanisma @ ..Gempa di Acheh
saya baru tahu DH, Allahuakhbar
Curahan rasa azura @ ..Lelaki Kacak
semoga disana tak de perkara buruk berlaku
ni dengar kata ada amaran tsunami..
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Cara Mudah Pembayaran Bil Celcom Online
alhamdulillah telah ditarik balik amarannya…
Curahan rasa dzuandiey @ ..Syarat Nak Jadi Lelaki Kacak
Harap2 saudara kita di sana selamat…
Curahan rasa Blog Rilek-Rilek @ ..Betul Betul Unik – Rumah Berbentuk Cengkerang Siput (10 Gambar)
Semoga semua selamat dari bencana ni…. amin
Curahan rasa auc dot com @ ..Terkini: Gempa Bumi Di Acheh Amaran Tsunami di keluarkan
Astagfirullahal’adzim….saya baru tahu beritanya sekarang, karena tadi berada di luar rumah
Curahan rasa Dadan @ ..Toshiba Excite 13 | Tablet PC Terbesar di Dunia
semoga tak terjadi apa-apa dan diselamatkan Allah SAW….
Curahan rasa Dadan @ ..Toshiba Excite 13 | Tablet PC Terbesar di Dunia
Bro semoga selamat segalanya..hati-hati
Curahan rasa JAI @ ..Gempa Bumi Di Aceh 11 April 2012 | AMARAN Tsunami di Keluarkan
semoga selamat semuanya..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Syarat Nak Jadi Lelaki Kacak
Comments are closed.