Assalamualaikum dan salam 1dunia, entri kali ini adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Artikel kali ini sekadar ingin berkongsi tips atau amalan yang perlu kita ambil perhatian dalam melakukan aktiviti atas talian menggunakan capaian internet percuma. Seringkali kita dinasihati untuk tidak melakukan perbankan atau urusan-urusan yang sensitif untuk privasi data kita apabila menggunakan perkhidmatan internet percuma yang disediakan oleh para pengusaha restoren dan seumpamanya.
Mungkin ada yang mula bertanya, tapi mengapa? Bukankah internet sama sahaja di mana-mana, bezanya hanya kelajuan setiap capaian internet tersebut dan dari mana langganan yang dibuat.
Jawapan mudahnya, kerana mereka boleh memantau trafik yang melalui peralatan dan perisian yang mungkin ditambah dalam mengawal perkhidmatan internet percuma yang diberikan. Perkara ini mungkin tidak dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang popular, tetapi jika kita menggunakan perkhidmatan internet percuma di restoren-restoren atau gerai-gerai biasa, kebarangkalian untuk mereka memantau kegiatan atas talian kita semasa menggunakan capaian internet mereka adalah tinggi. Terdapat banyak cara untuk memantau kegiatan kita ini, buat masa ini cukuplah kita mengetahui bahawa mereka boleh memantau kegiatan kita.
Selain itu, pasti ramai juga yang menggunakan capaian internet terbuka yang mungkin terdapat dalam persekitaran perumahan anda, penggunaan tanpa atau dengan kebenaran pemilik capaian internet itu juga mempunyai risiko yang hampir sama. Tambahan jika anda menggunakan capaian internet mereka tanpa kebenaran, mungkin anda merasakan anda bijak untuk mengetahui atau memecah masuk kata laluan internet yang mereka telah tetapkan, tetapi jangan lupa, mungkin pemilik capaian internet itu juga cukup bijak untuk memastikan semua trafik yang melalui capaian internet beliau akan direkod menggunakan apa juga perisian yang beliau pasang.
Semoga kita menjadi pengguna internet yang lebih berhati-hati selepas ini, cuba elakkan aktiviti yang memerlukan kita untuk memelihara data tersebut apabila menggunakan perkhidmatan internet seperti ini, kerana khuatir kita akan menjadi satu lagi mangsa penyalahgunaan internet. Terlalu banyak kebarangkalian yang boleh berlaku apabila data yang sensitif ini terlepas ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
154 Comments
Berhati-hati serta lebih waspada akan hal ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Buta Warna Dan Jenisnya
wah, kita orang harus berhati-hati nih, terima kasih infonya
thanks artikelnya mantap izin bookmark ya..^_^
Benar itu, sebaiknya memang harus berhati-hati, kadangkala memang kita mudah terlupa yang dikarenakan mendapat fasilitas gratis,,
Curahan rasa yonobae @ ..Tips to Prevent the Occurrence of Fogging Windows on Your Car
Terima kasih untuk info ni.
Berhati-hati bila menggunakan fasilas hotspot ni
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Penyakit DHF Demam Berdarah
bahaya jugak pake wifi free kan…?
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Berhimpun Di Arafah
Serem juga ya. Emang lebih baik langganan sendiri… 🙂
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Whey Protein untuk Menurunkan Berat Badan
betul tu…bagus lagi guna line sendiri. biar berbayar asalkan selmaat…
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Berhimpun Di Arafah
langgan streamyx je senang 😀 mmg bahaya guna wifi free kat tmpt awam
Curahan rasa Shahrul @ ..YouTube Sediakan Siaran Langsung Ibadah Haji dari Mekah
untuk surfing saja tak ada masalah rasanya
Curahan rasa beckhr00y @ ..Buah Pelik Tembikai Bentuk Segiempat Dan Pelbagai Bentuk
erk =.=” bhye jgak rpenya curi line org ni..haha..lepas ni blh la tulis bagaimana mane care nk pantau tu plak XD
Oleh itu langganlah internet sendiri.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Aktiviti Hujung Minggu | Birthday Boy @ Pantai Batu Buruk
saya guna modem biasa saja untuk langganan belum cukup budget
Curahan rasa Metrolisa @ ..Hasil Akhir Liga Champion Matchday 3, Nightmare!
hehehe…saya malam saja pake bband. siang hari pake wifi free la…lepas ni kena hati2 la. jangan buat transksi bank mengunakan wifi free…
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Berhimpun Di Arafah
hish, bahaya ni. terima kasih utk info
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Makan-makan @ Restoran Abi Ahmadi: 4 tema dalam 1
Terimakasih atas artikel yang bermanfaat ini.
Sukses selalu
Salam Wisata
Curahan rasa Ejawantah Wisata @ ..SAUNG ANGKLUNG MANG UDJO SANG LEGENDARIS SENI TRADISIONAL ANGKLUNG INDONESIA
phising ni memang bahaya
sama² kita berhati-hati
Curahan rasa cikgu naman @ ..Macam Mana Rasanya Menjaga 30 Blog?
huhu.. memang bahaya.. baru tahu.. nasib baik selalu guna berukband di kedai mamak.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT
Peringatan yg bagus. Lepas ni kalau blh buat artikel tips menggunakan wifi percuma, contohnya guna vpn etc.
Curahan rasa Affan @ ..3 Tahun Dari Sekarang…
Comments are closed.