Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kesinambungan dari Malaysia Ngaji Perdana yang telah berlangsung pada 29 June di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, kini sedang merancang untuk gerakan seterusnya yang lebih besar.
World #QuranHour adalah kesinambungan dari inisiatif sejak tahun 2013 melalui #AktifkanRumahNgaji dan #MalaysiaNgaji yang diadakan pada setiap 24 Ramadhan.
Sehingga kini dibawah Rumah Ngaji lebih 1000 pusat beroperasi menawarkan pengajian percuma, bagi mengajak ummah untuk berinteraksi dengan Al-Quran; membaca, memahami dan mengamalkannya sehingga lahir Quranic Mindset dan akhlak mulia berlandaskan Al-Quran.
World #QuranHour yang julung kali diadakan pada tahun ini, adalah acara kemuncak penyatuan hati seluruh ummah dengan al-Quran di seluruh dunia dengan iltizam melakukan kebaikan berlandaskan ajaran al-Quran. Setelah berinteraksi dan memahami al-Quran, manifestasinya adalah keikhlasan dalam bentuk tindakan, dan fokus melakukan perbaikan yang mampu kita lakukan sebagai hamba dan khalifah Allah di dunia.
Sempena perjumpaan terbesar umat Islam di hari Arafah, pada 9 Zulhijjah, kita ingin bersatu hati, mengajak diri kita, keluarga, kakitangan dan ummah seluruhnya untuk menghidupkan al-Quran dalam kerja dan tindak tanduk, mengeluarkan nilai dari al-Quran dan potensi diri menjadi realiti.
Usaha ini telah mendapat sokongan Jakim serta majlis Agama Negeri-Negeri dengan menggabungkan seluruh rakyat dan komuniti, keluarga, guru, guru ngaji, syarikat, Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Seluruh dunia akan berinteraksi dengan Al-Quran). Untuk pelaksanaan World #QuranHour Perdana di Malaysia, adalah mengikut butiran berikut:
TEMPAT : Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Kuala Lumpur
TARIKH : 9 Zulhijjah 1437H
WAKTU : 9:00 pagi hingga 10 pagi (Ketibaan mulai 8:15 pagi)
AGENDA : WORLD #QURANHOUR “Sejam Bersama Al-Quran” (BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN)
TEMA : “Love & Gratitude”
TETAMU : Pemimpin Politik, Pemimpin Agama, Pemimpin Organisasi, Para Tokoh, Pemimpin NGO, selebriti dan wakil ummah dari 115 buah negara, komuniti, pencinta al-Quran dan rakyat.
Lokasi Hot Spot World #QuranHour di seluruh dunia adalah di 4 kategori lokasi utama iaitu:
Padang Arafah (Jemaah Haji Malaysia dan negara-negara bergabung)
Malaysia – acara Perdana di UIA dengan pelaksanaan lain di 14 negeri membabitkan gabungan Rumah Ngaji Negeri, Agensi Kerajaan, Majlis Agama, syarikat korporat, masjid dan surau (sama ada berseorangan atau berkumpulan).
Lokasi di luar negara melibatkan rakyat Malaysia di luar negara
Kerjasama dengan Negara lain: Alumni UIA di 31 Chapters di luar negara, Madrasah Tahfiz Sulaimaniyah di lebih 156 negara, Bayyinah dan gabungan Muslim NGO seluruh dunia.
Semoga dengan bergabung dalam naungan al-Quran, kita tinggalkan legasi ummah ikhlas yang jiwanya terisi dengan al-Quran, akhlaknya berlandaskan al-Quran dan meniatkan tindakan dalam hidupnya.
26 Comments
Bagus sekalu acara seperti inibisa diadakan …karena sudah jarang orang mau menekuni isi dlm kandungan Alquran …
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
Program seperti ini memang sepantasnya kita dukung dgn sepenuh hati ….
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengerjakan Sholat Jenazah Yang Baik dan Benar –
bagus perkara ini ketengahkan sebab kita makin lupa dengan quran karim..cuma ada time puasa barulah kita sentuh..katanya pahala dalam bulan ramadha
Curahan rasa suri @ ..Pukau Hati Cara Buat Jubah Baju Kurung Moden Pahang Terkini Pelbagai Lagi
rasa inilah peluang dekat pada al quran sebagai aras panduan kehidupan kita
Curahan rasa suri @ ..Cara Lengkap Cepat Mudah Buat Pizza, Topping Homemade Sendiri
al Quran adalah manual agung yang paling sempurna ..tiada sesiapa yang menolaknya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua Blogger Sarawak Mencipta Sejarah
kalau dah ada 1000 pusat mengaji tu..saya dah anggap memang terbaik..tahniah dan alhamdullilah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Terbongkar Dah Rahsia Aplikasi Duit
program sebegini sepatutnya mendapat hebahan besar-besaran supaya semua menjayakannya. In shaa Allah…akan cuba sertai bersama suami dan anak-anak..
Curahan rasa maria @ ..Tips Elak Anak Jadi Mangsa Gajet. Jom Ajak Anak Main Kinetic Sand!
kita lah yang sepatutnya gembar gemburkan perkara ini di media sosial
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua Blogger Sarawak Mencipta Sejarah
Comments are closed.