Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kesinambungan dari Malaysia Ngaji Perdana yang telah berlangsung pada 29 June di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, kini sedang merancang untuk gerakan seterusnya yang lebih besar.
World #QuranHour adalah kesinambungan dari inisiatif sejak tahun 2013 melalui #AktifkanRumahNgaji dan #MalaysiaNgaji yang diadakan pada setiap 24 Ramadhan.
Sehingga kini dibawah Rumah Ngaji lebih 1000 pusat beroperasi menawarkan pengajian percuma, bagi mengajak ummah untuk berinteraksi dengan Al-Quran; membaca, memahami dan mengamalkannya sehingga lahir Quranic Mindset dan akhlak mulia berlandaskan Al-Quran.
World #QuranHour yang julung kali diadakan pada tahun ini, adalah acara kemuncak penyatuan hati seluruh ummah dengan al-Quran di seluruh dunia dengan iltizam melakukan kebaikan berlandaskan ajaran al-Quran. Setelah berinteraksi dan memahami al-Quran, manifestasinya adalah keikhlasan dalam bentuk tindakan, dan fokus melakukan perbaikan yang mampu kita lakukan sebagai hamba dan khalifah Allah di dunia.
Sempena perjumpaan terbesar umat Islam di hari Arafah, pada 9 Zulhijjah, kita ingin bersatu hati, mengajak diri kita, keluarga, kakitangan dan ummah seluruhnya untuk menghidupkan al-Quran dalam kerja dan tindak tanduk, mengeluarkan nilai dari al-Quran dan potensi diri menjadi realiti.
Usaha ini telah mendapat sokongan Jakim serta majlis Agama Negeri-Negeri dengan menggabungkan seluruh rakyat dan komuniti, keluarga, guru, guru ngaji, syarikat, Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Seluruh dunia akan berinteraksi dengan Al-Quran). Untuk pelaksanaan World #QuranHour Perdana di Malaysia, adalah mengikut butiran berikut:
TEMPAT : Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Kuala Lumpur
TARIKH : 9 Zulhijjah 1437H
WAKTU : 9:00 pagi hingga 10 pagi (Ketibaan mulai 8:15 pagi)
AGENDA : WORLD #QURANHOUR “Sejam Bersama Al-Quran” (BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN)
TEMA : “Love & Gratitude”
TETAMU : Pemimpin Politik, Pemimpin Agama, Pemimpin Organisasi, Para Tokoh, Pemimpin NGO, selebriti dan wakil ummah dari 115 buah negara, komuniti, pencinta al-Quran dan rakyat.
Lokasi Hot Spot World #QuranHour di seluruh dunia adalah di 4 kategori lokasi utama iaitu:
Padang Arafah (Jemaah Haji Malaysia dan negara-negara bergabung)
Malaysia – acara Perdana di UIA dengan pelaksanaan lain di 14 negeri membabitkan gabungan Rumah Ngaji Negeri, Agensi Kerajaan, Majlis Agama, syarikat korporat, masjid dan surau (sama ada berseorangan atau berkumpulan).
Lokasi di luar negara melibatkan rakyat Malaysia di luar negara
Kerjasama dengan Negara lain: Alumni UIA di 31 Chapters di luar negara, Madrasah Tahfiz Sulaimaniyah di lebih 156 negara, Bayyinah dan gabungan Muslim NGO seluruh dunia.
Semoga dengan bergabung dalam naungan al-Quran, kita tinggalkan legasi ummah ikhlas yang jiwanya terisi dengan al-Quran, akhlaknya berlandaskan al-Quran dan meniatkan tindakan dalam hidupnya.
26 Comments
Sama2lah kita share program sebegini. Mungkin ada yg berminat tapi tak tau,jadi jom sebar2kan
Curahan rasa jida @ ..Tips Bagi Anda Yang Baru Mula Nak Ambil Vitamin
semoga ramai yang mengikuti program ini dan semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Curahan rasa umiadam @ ..Lelaki Ini Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Untuk Selamanya
usaha yang bagus, ada terbaca di fb baru-baru ni. semoga ramai yang terpanggil untuk join
Curahan rasa Raihanah @ ..Shaklee Produk Terbaik Disokong Dengan Kajian Klinikal
Wahhh… satu acara yg menarik nih… semoga ramai orang-orang islam menjoinkan diri nanti nih.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kepentingan Tulang Sihat
Tidak ramai yang tahu mengenai program ini ini rasanya kerana tidak banyak kelihatan promosi mengenainya.
Curahan rasa yangbaik @ ..Antara doa untuk negara tercinta
Iyer lah betul tuh, nak kena ada 1 medium yang war-warkan hal nih ke ramai baru lah ramai yang tahu nih.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kepentingan Tulang Sihat
Alhamdulillah. Semoga program mulia seperti ini dapat dipanjangkan ke semua agensi seluruh negara.
Curahan rasa yangbaik @ ..Antara doa untuk negara tercinta
Lagi ramai yang dapat join nih lagi lah bagusnya, ramai yang akan mendapat manfaatnya nih nanti
Curahan rasa Supernifz @ ..Kepentingan Tulang Sihat
Assalamualaikum
Alhamdulillah sama sama menolong kepada agama Allah, melalui beriman dengannya, membacanya , mentadaburkan, mempraktikkannya serta menyampaikannya kepada yang lain.
Al-quran, penerang bagi kita di alam bazar nanti, semoga admin yang menganjurkan acara ini dapat meneruskan acara nih ke tahun2 yang mendatang.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kepentingan Tulang Sihat
bagusnya..satu usaha yang terbaik setakat ini untuk meningkatkan rasa cinta kita kepda Al Quran.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Gempar Terjebak Beli Aplikasi Duit
bagus bagus.. program terbaik dalam memantapkan pegangan generasi muda terhadap al quran
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Semak Lenovo Original
Alhamdulillah…. Satu usaha yang sangat murni dan bagus untuk dijadikan panduan dan teladan bagi generasi muda.
Inshaa Allah, semoga Rakyat Malaysia sentiasa melazimi pembacaan Al-Quran serta mengaplikasikan ilmu dan pengajaran yang terdapat dalam Al-Quran. Ayuh kita melahirkan generasi Al-Quran bermula daripada diri kita sendiri seterusnya keluarga, masyarakat dan negara. Peringatan untuk diri sendiri, letakkan lah Al-quran di hati dan bukannya hanya di atas almari.
Curahan rasa Ubat Kuat Lelaki @ ..Gambir Emas Performance Gel 4 in 1
Alhamdulillah … semoga usaha mulia ini dapat diteruskan untuk anak2 muda kita in sha Allah …. jazakallah
Curahan rasa palm homestay putrajaya @ ..Aquathlon Putrajaya 2016
Alhamdulillah. Di harap article ini dapat di teruskan secara istiqamah. Saya doakan yang terbaik
Alhamdulillah..semoga usaha terbaik ini dapat direalisasikan di semua peringkat dan mendapat sokongan semua.. jom sama-sama dapatkan pahala dan bekalan ke sana.
Alhamdulillah.. semoga ramai yang akan menyertai program ini.. lagi pun program ni di buat semasa cuti sekolah.. elok sangat tarikh yg dipilih..
Curahan rasa anuar @ ..Chen Long, Jaguh China Kedua Menghampakan Lee Chong Wei di Pentas Olimpik
Comments are closed.