Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
harini ini dan esok, Global Entrepreneurship Community 2016 sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, dua hari yang penuh dengan pelbagai sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh penceramah dari dalam dan luar negara.
Acara yang diadakan percuma ini memberikan pendedahan dan peluang untuk bertemu usahawan-usahawan pelbagai industri termasuk yang bergiat cergas dalam platform digital. Banyak perbincangan mengenai bagaimana perkembangan industri dan apa yang perlu dipersiapkan oleh para usahawan menjelang tahun 2017.
Belajar daripada pengalaman usahawan dari seluruh dunia
Acara ini diadakan dengan menjemput usahawan-usahawan besar dari dalam dan luar negara berkongsi bagaimana mereka bermula dan berkembang menjadi syarikat yang bernilai billion dollar. Sebagai usahawan yang baru bermula atau sedang ingin mengembangkan perniagaan masing-masing, menghadiri program seperti ini akan memberikan kita sudut pandang yang berbeza.
Sekiranya kita berada dalam kelompok usahawan yang sama sahaja, sudut pandang kita akan terhad kepada pengalaman dan kemahiran kelompok usahawan tersebut sahaja. Ianya tetap mendatangkan faedah, tetapi apabila boleh mengetahui bagaimana usahawan daripada negara luar juga memulakan perniagaan mereka dan berkembang, ianya adalah ilmu yang sangat berharga.
Potensi masa hadapan, persiapan sebagai usahawan
Ada beberapa sesi perbincangan dalam acara harini yang berkisar mengenai perkembangan ekonomi dan potensi perniagaan yang mendatang. Perkara yang perlu kita persiapkan diri, apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk mengembangkan perniagaan dan ada banyak lagi tips-tips keusahawanan yang dikongsikan.
Barisan usahawan-usahawan hebat yang berkongsi sepanjang 2 hari ini memang mengagumkan, pengalaman mereka yang luas dalam bidang keusahawan, pengurusan, pemasaran dan banyak lagi semuanya dikongsikan kepada peserta yang hadir dalam sesi 2 hari ini.
Para usahawan di Malaysia seharusnya mengambil peluang untuk menghadirkan diri ke acara seperti ini untuk mendapatkan pendedahan dunia usahawan pada skala yang lebih besar. Ekonomi digital pasti akan berkembang pesat di Malaysia, banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan perbincangan yang berlaku sepanjang Global Entrepreneurship Community ini.
Tahniah kepada penganjur MaGIC yang menguruskan program di bawah Kementerian Kewangan dan National Entrepreneurship Development Office kerana menyediakan program yang memberi begitu banyak manfaat kepada peserta yang hadir.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
34 Comments
Usahawan malaysia wajib rebut peluang hadiri majlis sebegini
.
Saja nak luaskan lingkungan dan buka minda
.
Nak networking ke
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set Kurus Shaklee Harga & Review Terbaik 2017
Speakers yang diundang pun semuanya hebat hebat nih. memang bagus untuk masa depan usahawan malaysia yang mengikutinya.
Curahan rasa MeqZa Abdul Rahman @ ..Jenis-jenis Kegagalan Buah Pinggang
Emang nih perlu dipelajari bagaimana menjadi seorang pengusaha .. jangan nggantungin diri jadi pegawai mulu .. ujung2 nya daftar malah nyogok hadeeeh .. kya temen ane nih jualan sandal di http://aslilamongan.com/category/teknologi/
Setuju dengan apa yang dipaparkan. Kita perlu juga menekuni pengalaman usahawan luar untuk mengambil manfaat daripada mereka. Usahawan yang berada dalam kelompok sendiri perlu dikembang luaskan lagi agar potensi yang ada dapat dipertingkatkan lagi.
Comments are closed.