Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau mengikut informasi di blog Yanmieonline gangguan bekalan air di KL dan Selangor yang akan dihadapi oleh lebih 1juta penduduk akan berlaku pada 14/3/12. Khabarnya banyak kawasan di Petaling, Klang dan Kuala Lumpur akan terjejas kalau nak tahu kawasan yang terjejas boleh baca di entri “Gangguan Bekalan Air“. Kalau ikut senarai itu syukur kawasan kami memang tidak terlibat sebabnya susah kalau tak ada bekalan air melebih 6 jam. Boleh tengok jadual Gangguan Bekalan Air berjadual di website Syabas.
Belum pun sampai tarikh 14/3/12 paip dah tak keluar air. Sudah dua malam berturut-turut air tidak keluar tapi syukurlah siang hari ada air walaupun tidak sekuat mana. Siasat punya siasat rupanya air kena catu kerana lumpur yang masuk ke pusat pengumpulan air akibat banjir yang melanda Lembah Kelang sehingga ada seorang remaja yang terkorban kerana tertimbus tanah runtuh. Warga Kuala Lumpur terperangkap berjam-jam dalam kesesakan jalanraya akibat banjir dan terowong smart yang ditutup. Sekarang dah ada sistem yang kita boleh semak secara online status bencana alam. Di masa depan bolehlah semak di website banjir dan bencana alam online supaya tidak lagi terperangkap dalam kesesakan teruk.
Alhamdulillah lori bekalan air pun ada datang membantu penduduk yang tidak menyimpan air yang banyak. Teringat pulak kisah Nabi SAW bahawa ALLAH SWT akan bertanya apa yang manusia lakukan dengan setiap nikmat yang dikurniakan walaupun segelas air putih. Air ini terasa berharga apabila tiada tetapi kalau dah banyak kita buang begitu sahaja. Jadi janganlah membazir kerana membazir adalah sifat syaitan.
114 Comments
Apa2 pun .sediakan payung sebelum hujan.
Curahan rasa budakserius @ ..14 Makanan Paling Sadis di Beijing
sesekali terfikir juga… lebih baik tiada elektrik daripada tiada air…
namun begitu, simpati ke atas kejadian yang menimpa
Curahan rasa yangbaik @ ..Blog dan Tanpa Nama
air mmg lebih penting dari elektrik…
tapi kalo tak ada elektrik, adooiiii saya agi tak tahan….
Curahan rasa Nana @ ..Esok cabut, sayang…
Seharusnya bagaimanakah cara mensyukuri rejeki yang berlebihan ini ?
Ada yang tahu ? terus terang saya tak tahu cara yang tepat bagaimana terutama masalah banjir, seringkali banjir malah menjadi momok untuk saya yang berlokasi di dekat sungai besar
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Mendaftar dan Memasang Google Analytics di Blog
Bencana banjir memang selalu mendatangkan masalah2 lain yang, seperti penyakit, kurangnya bekalan air dan lain sebagainya…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT Garam (Persero) Maret 2012
kat saya sni tak pernah la ada banjir besar…
Curahan rasa Nana @ ..Esok cabut, sayang…
bsyukur ler…takut juga klau banjir…
Curahan rasa Nana @ ..Esok cabut, sayang…
Cuaca teruk sangat, tiba-tiba hujan lebat….banjir lah….
Cuaca ekstrim di awal tahun… membuat banjir dimana-mana.
Kita semua harus waspada dan mempersiapkan diri secara dini.
Kesian org Selangor.
harap2 dapat setel segera
Curahan rasa zool @ ..Terima penyata insuran
Banyak sekali yang diakibatkan oleh banjir diantaranya adalah kurangnya bekalan air…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT Garam (Persero) Maret 2012
aiseh…kena beli tong besar la camni…
Curahan rasa Adibah @ ..Persiapan melancong ke Vietnam
kalau gak ada air bersih pasti repot
Curahan rasa obat herbal jantung koroner @ ..ciri ciri kanker payudara
betul, sedangkan manusia khususnya sangat membutuhkan air untuk kelangsungan hidupnya..
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT Garam (Persero) Maret 2012
ish2..kena jimat air la skrg..
saya bakal mengalami gangguan bekalan air.
Curahan rasa rosezha @ ..My Pinky Moments
macam mana nak pergi kerja kalau air takda nanti
Curahan rasa rosezha @ ..My Pinky Moments
memangnya tempat tinggal mbak ros kena banjir juga…?
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT Garam (Persero) Maret 2012
Gimana di Tasik Kang..?
Tasikmalaya secara keseluruhan tidak banjir bang…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT Garam (Persero) Maret 2012
apalagi daerah saya…karena termasuk dataran tinggi…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT Garam (Persero) Maret 2012
Kat msia ni air terlalu mudah nk dapat…tu yg rakyat suka sgt membazir je tu….
Curahan rasa yas @ ..POLIS JUMPA HANTU SEMASA BERTUGAS MALAM
Kalau benar la tarikh tu….alhamdulillah gak…sebab time tu aku gi melepak jap ngan family….hehehe
Curahan rasa yas @ ..Projek 100 Bloggers Bro Framestone
dengar kat berita siang tadi.. kesian juga kat remaja yg jadi mangsa tertimbus tu…
semoga keadaan kembali spt sediakala..
memang susah bila takdak air ni… di Ipoh ni (kwsn perumahan kakyong la) pernah terjadi… dar jam 8 am sampai jam 5 petang x dak air.. air tangki dah la tinggal sikit..
bila air ada semula… aduhh.. berkeladak.. air karat… esoknya baru air elok.. itu pun was2 pulak nak guna…
Curahan rasa kakyong @ ..Prestasi blog kakyong[dot]com© – February 2012
kami di miri belum lama ni pernah ada masalah air kerana pencemaran minyak. betul2 sensara rasanya. nak beli air mineral water pun susah kerana kehabisan stok.
Curahan rasa Nana @ ..Esok cabut, sayang…
Comments are closed.