Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
kisah ini adalah kisah yang membanggakan apabila seorang Ibu muda yang telah dijemput untuk membuat design tshirt yang digunakan untuk kempen Donald Trump. Anak muda bernama Jammnah Maidin yang berasal dari negeri Melaka ini telah membuat rekaan design sejak sekian lama.
Bekerja melalui platform Upwork dan Freelancer beliau telah menjadikan kerjaya reka design ini sebagai aktiviti untuk menjana pendapatan digital dengan matawang USD.
5 design untuk kempen Donald Trump
Semasa beliau dijemput untuk membuat design kemeja-T kempen Donald Trump, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan projek tersebut telah menjemput Jammnah untuk menyediakan 5 design bagi tujuan tersebut. Design-design ini kemudiannya dicetak dan dijual di platform Amazon.com
Semua tugasan yang diberikan dibayar menggunakan matawang USD, ini merupakan antara potensi yang boleh kita rebut untuk menjana pendapatan tambahan mahupun pendapatan sepenuh masa. Platform digital memberikan kita peluang untuk bekerja dengan syarikat dari seluruh dunia.
Soalan sebenar, adakah kita mahukan perkara sebegini?
Menjana purata USD1600 sebulan
Sehingga hari ini, Jammnah berjaya menjana pendapatan melalui platform-platform yang tersedia ini setiap bulan. Purata pendapatan beliau adalah sekitar USD1600 sebulan tanpa perlu pergi ke syarikat-syarikat yang menempah perkhidmatan beliau.
Apa yang penting, mempunyai telefon pintar dan internet serta peralatan untuk beliau membuat design yang diperlukan oleh pelanggan.
Hasil anak Malaysia di persada dunia
Jammnah telah membuktikan bahawa hasil kerja anak Malaysia juga berdiri setaraf dengan pereka-pereka di luar sana. Ini telah dibuktikan apabila beliau dijemput untuk membuat rekaan untuk projek yang begitu besar seperti kempen Donald Trump.
Anda juga boleh melakukan perkara yang sama seperti Jammnah. Belajar bagaimana untuk menggunakan platform ini dengan daftarkan diri anda dengan program latihan eRezeki di bawah kempen #YouCanDuit.
Rebut peluang untuk mendapatkan latihan percuma melalui program ini dan kemudian anda akan boleh memulakan aktiviti menjana pendapatan digital menggunakan pelbagai platform seperti yang dilakukan oleh Jammnah. Tahniah diucapkan kepada beliau, semoga terus menerus mengharumkan nama Malaysia dengan design-design yang akan terpapar di seantero dunia.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Kejayaan dalam perniagaan dalam usia muda bukan lagi suatu yang mustahil
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
- Karnival #YouCanDuit di Sabah Trade Centre
57 Comments
Hebat! Tumpang rasa bangga dengan hasil rekaan ibu muda ni. Usaha, ketekunan, dan kesabaran adalah kunci kejayaan tak kira dalam bidang apa sekali pun.
Curahan rasa Qiya Saad @ ..EXA Global SetiaWalk Outpost – Let’s Explore into the Dimension 12 of Hyper-Reality Entertainment!
Kalau ibu muda boleh buat, anak anak muda pun kena buktikan yang mereka juga boleh berjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Proses Pembelian Rumah Subsale
Terbukti rezeki Allah memang luas. Tahniah untuk Cik Jammnah atas kejayaan beliau menembusi pasaran luar Malaysia. Tak mudah tapi tak mustahil. Semoga perniagaan terus meroket!
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
Kisah kejayaan beliau jadi inspirasi pada golongan ibu dan golongan bujang untuk berjaya dalam bisnes.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Terbaik …
Skill design macam ni bukan ramai yang ada
Ianya satu anugerah dan kelebihan
Semoga semakin ramai usahawan Malaysia jana pendapatan di luar negara
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Selamat Menyambut Ramadan 2017 1438 Hijrah
Benar, semua orang ada kemahuan dan kemahiran, tetapi bezanya ialah tindakan 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
pandai cari market. mesti t shirt ni laris masa pilihan raya US hari tu.. rakyat america mmg obses kutuk trump
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Selamatkan Telefon Masuk Air
BAGUS PERKEMBANGAN BEGINI … CUMA BAB MR. TRUMP TU YG TAK BERAPA SEDAP.. APA PUN SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA
Curahan rasa nikrohayu @ ..Cun melecun bila boleh pakai princes maxi design sendiri saiz sendiri!!!!
Beruntungkan siapa yang pandai design ni.. taknkisahlah design apa pun.. pasti ada rezeki di mana-mana..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Kena pula designer yang pandai menghasilkan design yang kreatif lain daripada yang lain.. lagilah ramai yang berminat..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
itulah kelebihan menggunakan bakat yang sedia ada..
memang terbaik bagi mereka kreatif
Curahan rasa mrhanafi @ ..2 Kaedah Jana Pendapatan Sampingan
selamat ya bu,,dapat rizki besar dari hasil kreatif designnya. Tahniah
Curahan rasa ade sunandar @ ..Tasly Margarita Plus Capsule Tasly
Skill kreatif tu memang tinggi nilainya.
mungkin kita takde dalam field design tapi boleh cari yang lain..
Curahan rasa zool @ ..Lawatan ke MAGIC
Tahniah! Bestnya bila kreatif. Semua benda boleh buat. In Sha Allah, akan ku jadikan kisah ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang sehingga berjaya.
Curahan rasa Cik Norizam @ ..Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna
Betul tu! Setuju.. sesuai sangat dengan satu ebook yang tengah hot sekarang ni.. macamana jual cenderahati boleh dapat jualan RM15 ribu sebulan..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Wow keren neh bang, semoga sukses selalu ya blognya, maju terus dan hidupnya abang berkah dunia akhirat .. aamiin ya robbal ‘alamiin ya mujiibassailiiiin…
bannga baca kejayaan anak muda Malaysia ni..
keep it up
Macam macam cara kempen pilitik nak dapat sokongan orang ramai
Pak trump ni
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Betul ke Pakai Krim Siang Malam Bagus Untuk Kulit Cantik?
ada skills hebat, senang buat duit.
takde skill dan kemahuan.
susah nak buat duit.
So, belajar skills baru dan polish skill itu sekarang.
Curahan rasa titan @ ..Tambah Duit Raya dengan Jobdirumah
Betul..betul..betul..
Skills tak semesti yang tersembunyi atau yang unik je..
Ada juga skill yang tak memerlukan talent..
kena pandai cari kat mana-mana
Curahan rasa zool @ ..GRAB, RAKAN PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PANGGILAN KERETA BAGI ACARA SUKAN SEA KE-29 DAN SUKAN PARA ASEAN KE-9
Ya betul.. setuju..
Skill boleh digilap..
Tapi seni dan kreativiti merupakan bakat semulajadi..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Saya boleh belajar skill guna adobe photoshop.. skill buat khat kuhfi..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Tapi bab seni.. bab susunan gambar, Pemilihan warna.. memang saya akui citarasa saya tak setanding dekat bakat seni yang isteri saya miliki..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
wow..Hebat bila pandai cari peluang . Zaman sekarang ni kena berani dan lebih outstandinh untuk orang nampak apa yang kita sediakan.
Curahan rasa Attiey @ ..Wanita Ini Alami Penyakit Hypertiroid dan Disahkan Hamil. Sukarkah Untuk Melaluinya?
Ada ramai lagi usahawan yang bergerak secara senyap senyap di luar negara, tapi jika dikenali ramai akan dapat membantu lebih banyak pendedahan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Artikel Tular Dapat 27 Ribu Pembaca Sehari
Betul tu… ini yang kita dapat kesan.. yang kita tak dapat kesan, mungkin ramai lagi usahawan internet Malaysia buat sales diam2 di luar negara..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Comments are closed.