Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setahun yang lalu baru aku tahu Gadaian Emas boleh buat duit selama ini ingat hanya mereka yang kesempitan duit je pergi Pajak Gadai. Ilmu buat duit dengan Emas ini dapat daripada Bos Al Ansar Properties Sdn Bhd. Caranya pun unik tak perlu keluar banyak modal untuk beli gold bar hanya perlu keluar 30% daripada harga belian. Caranya mudah Gold Bar Supplier bawa produk ke Ar-Rahnu Agro Bank dan serahkan kepada Pegawai Bank untuk mengurusan Gadaian Emas. Setelah selesai urusan gadaian supplier akan mengambil wang tunai 70% yang diperolehi dari Agro Bank dan aku perlu tambah 30% sebagai bayaran keseluruhan gold bar yang dibeli. Jadi modal pembelian gold bar yang aku keluarkan hanya 30% kerana selebih dibayar dari wang Gadaian Emas.
Sayang juga kalau kena lelong tak boleh lagi nak dapat keuntungan daripada harga emas yang terus melonjak naik. Nak tahu berapa harga emas terkini pada 24/2/12 di Ar-Rahnu Agro Bank, jangan terperanjat harga terkini RM200.40 maknanya aku sudah untung RM200.40 – RM153.00 = RM47.40 untuk setiap gram. Kalau gold bar aku 100gm maka keuntungan aku adalah RM4,740.00 tapi kalau gold bar aku 1000gm maka keuntungan aku adalah RM47,400.00. Macam lumayan tak?
Fakta Gadaian Emas di AR-Rahnu Agro Bank.
1. Hanya menerima barang kemas/jewelry lebih daripada 18karat.
2. Gold Bar tidak diterima.
3. Maksimum jumlah keseluruhan gadaian adalah RM150k untuk seorang.
4. Maksimum jumlah gadaian sehari adalah RM50k untuk seorang.
5. Tempoh gadaian hanya 6 bulan dan boleh disambung 3 bulan sebelum ditebus atau renew surat gadai.
Ramai kawan-kawan yang aktif dengan pelaburan emas mungkin boleh berkongsi ilmu dengan kami yang tak berapa nak pandai ni.
Berikut harga emas terkini dunia berdasarkan USD per Ounce.
Ketika entri ini ditulis harga emas pada USD1778/oz kita tengok apa yang berlaku dalam tempoh 2 – 3 tahun dari sekarang. (1 Ounce = 28.3gm)
132 Comments
ada prospek pelaburan emas ni. mungkin akan cuba gk oneday. skg blom cukup duit lg. teringin nk buat investment dlm commercial properties dulu
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..55 Blair Road: Renovasi Minimalis Rumah Kedai Oleh Ong & Ong
wahh ada properties lagi masyuk, bisnes besar ni.. bleh la share bang.. hehe
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
Menarik ni, lagi untung dari simpan ASB, 😀
Curahan rasa Terbaik.my @ ..Moyang terlampau, gadis belasan tahun jadi buruan
dua2 pon ok, cuma emas tmpk lebih selamat dan stabil. tp still ada naik turunnya gk.
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..55 Blair Road: Renovasi Minimalis Rumah Kedai Oleh Ong & Ong
yup.. untung asb stakat 6-8% jer, tapi emas boleh sampai ke 40% setahun.. jauh kan
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
ertinya kalau harga emas rm153/g, untuk 1000 g harganya rm153,000.00 la ye? dan saya hanya perlu bayar 30% dari rm153,000.00 je? betul ke?
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Skon Buttermilk Asas | Basic Buttermilk Scone
Macam saya, saya beli di Maybank as a platform of investment Guna PTPTN Beli Emas
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..VIDEO : Eksklusif Walimatul Urus Yusri & Lisa Surihani
beli dari mana2 pun ok asalkan dapat emas yang baik. jgn kena tipu sudah
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
Salam. Rugi kalau takde ilmu pelaburan emas ini…Beli atau tidak perkara kedua. Yang penting ilmu mesti ada. Tapi kalau dah ada ILMU for sure akan beli. Adik2 yang baru mula kerja dan ibubapa jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu di sini. Jemput ke blog http://publicgold999.blogspot.com/
TQ very much denaihati.com kerana menyediakan platform ini 🙂
Curahan rasa Haryati @ ..Emas Penyimpan Nilai Terbaik
tumpang masih muda ni mmg elok kalau buat pelaburan awal.
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..55 Blair Road: Renovasi Minimalis Rumah Kedai Oleh Ong & Ong
yaa publicgold ada senaraikan beberapa ilmu untuk melabur dalam emas..
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
Sedikit sebanyak ilmu tentang pelaburan emas dapat dipelajari daripada artikel ini. terima kasih tuan kerana berkongsi pengalaman dalam urusan gadaian emas.
Curahan rasa Mat Monavie @ ..Benarkah Kolestrol Punca Penyakit Jantung?
emas logam kuning yang bernilai tinggi. punya aura tersendiri
Curahan rasa GodamOtak @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
mmg menarik pelaburan emas ni. Cuma nak kena ada ilmu. Paling tidak, dapat jugak sikit hint dari bro DH hari ni. Thanks Bro DH.
Sama2 kita buat pelaburan tp kena hati2 jugak.. =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Projek Review Blog di Alexa.com Bermula
memang terbaik.. tapi belum cuba plak..
Curahan rasa zool @ ..Keputusan pusingan kedua Le Tour De Langkawi – 25.02.2012
kena cuba bang. sempoi labur emas ni.
Curahan rasa GodamOtak @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
wow… mmg lumayan dan terbaik..sya pon baru berjinak-jinak ni..:)
wahh nanti dah ada untung boleh la kongsi khabar.
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
Kalau 1000gram tu, besar mana barang kemas tu yer? hehehehe
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Putrajaya sesak dipagi Jumaat
tu mesti dah gabung rantai, gelang tangan, gelang kaki, segala gelang, cincin,anting2 heheeee
Curahan rasa yanmie @ ..Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim
women know better. hehe
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Starbucks Coffee Fukuoka: Ilham Kengo Kuma Daripada D-Day?
besar rantai pagar rumah kot..hehe
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
selain daripada sebagai barang hiasan, emas juga boleh menjadi sebagai satu aset pelaburan yang menguntungkan.bentuk pelaburan sama ada dalam fizikal atau buku.
Ya, saya pun pernah dengar kabar tentang emas sebagai aset pelaburan.
Curahan rasa KDN @ ..Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
ini bukan kabar dah, ini hakikat.. pelaburan bijak
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
ya benar, labur dengan emas untuk masa depan.
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
terimakasih atas info pentingnya
Curahan rasa obat herbal penyakit tipes @ ..obat herbal penyakit tipes
br jer nk start..hehe
Curahan rasa Jebeng Otai @ ..Aku anak Felda
Cepat…cepat… harga dah cecah RM200 dah nih
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Putrajaya sesak dipagi Jumaat
nampaknye, dah lebih RM200 segram =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Projek Review Blog di Alexa.com Bermula
jom kita start beramai ramai dalam arena emas
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
untung simpan emas!
untung yang amat besar, lagi besar lagi untung
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
Comments are closed.