Front Page Google Search Engine Result Page

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO“ dan “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“. Semakin ramai yang minat dengan tajuk SEO ni. Jom kita baca entri SEO yang menarik ini :

Untuk anda kekal berada di muka pertama Google Search Engine Result Page (SERP), sentiasa gunakan hipotesis ini – semakin banyak klik yang didapati dari search page, semakin kuat kedudukan anda di page pertama SERP. Mudah.

Hari ini saya ceritakan sedikit tentang jenis-jenis result page. Ada dua jenis SERP. Yang pertama, carian berdasarkan keyword tidak berjenama. Contohnya, perkataan biasa seperti “dividen“, “beli rumah”, “hartanah” dan sebagainya. Perkataan ini adalah umum dan tiada entiti yang menjadikan perkataan tersebut sebagai jenama mereka. Ranking untuk keyword ini adalah lebih mudah.

SERP lagi satu adalah untuk keyword berjenama. Contohnya, Ariff Shah. Dalam carian untuk keyword tersebut, ada link daripada blogger lain yang tumpang sekaki untuk keyword nama saya. Ini menunjukkan yang banyak klik telah masuk ke entri tersebut melalui search engine.

Contoh lain adalah “blogger” (ada 1.5 billion keputusan carian) dan “Lynas”. Seperti yang anda sedia maklum, blogger adalah produk kepunyaan Google yang mempunyai berjuta-juta blog di bawahnya dan Lynas adalah syarikat pemproses nadir bumi dari Australia yang menjalankan perniagaan berbillion Dollar Australia.

Berdasarkan carian di Google Malaysia (http://google.com.my)

Biasanya keyword yang berjenama akan memaparkan sitelinks laman web jenama tersebut. Walau bagaimanapun, tak semua laman web berjenama mendapat sitelinks. Hal ini mungkin disebabkan struktur laman tersebut yang tidak optimize untuk mendapat sitelinks.

Dalam eBook SEO Untuk Semua, saya ada menerangkan dengan lebih terperinci dan panjang lebar apa yang telah saya lakukan untuk mendapat kedudukan di first page SERP. Pada pendapat saya, semua orang mampu mendapatkan ranking page pertama. Anda cuma perlu tahu beberapa teknik je.

Comments

  1. says

    memang menarik ni.. baru tahu mcm mane nak kekalkan kedudukan entri kat 1st page serp.. dpt gaji insyaallah nak beli ebook tu..

Trackbacks