Front Page Google Search Engine Result Page

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO“ dan “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“. Semakin ramai yang minat dengan tajuk SEO ni. Jom kita baca entri SEO yang menarik ini :

Untuk anda kekal berada di muka pertama Google Search Engine Result Page (SERP), sentiasa gunakan hipotesis ini – semakin banyak klik yang didapati dari search page, semakin kuat kedudukan anda di page pertama SERP. Mudah.

Hari ini saya ceritakan sedikit tentang jenis-jenis result page. Ada dua jenis SERP. Yang pertama, carian berdasarkan keyword tidak berjenama. Contohnya, perkataan biasa seperti “dividen“, “beli rumah”, “hartanah” dan sebagainya. Perkataan ini adalah umum dan tiada entiti yang menjadikan perkataan tersebut sebagai jenama mereka. Ranking untuk keyword ini adalah lebih mudah.

SERP lagi satu adalah untuk keyword berjenama. Contohnya, Ariff Shah. Dalam carian untuk keyword tersebut, ada link daripada blogger lain yang tumpang sekaki untuk keyword nama saya. Ini menunjukkan yang banyak klik telah masuk ke entri tersebut melalui search engine.

Contoh lain adalah “blogger” (ada 1.5 billion keputusan carian) dan “Lynas”. Seperti yang anda sedia maklum, blogger adalah produk kepunyaan Google yang mempunyai berjuta-juta blog di bawahnya dan Lynas adalah syarikat pemproses nadir bumi dari Australia yang menjalankan perniagaan berbillion Dollar Australia.

Berdasarkan carian di Google Malaysia (http://google.com.my)

Biasanya keyword yang berjenama akan memaparkan sitelinks laman web jenama tersebut. Walau bagaimanapun, tak semua laman web berjenama mendapat sitelinks. Hal ini mungkin disebabkan struktur laman tersebut yang tidak optimize untuk mendapat sitelinks.

Dalam eBook SEO Untuk Semua, saya ada menerangkan dengan lebih terperinci dan panjang lebar apa yang telah saya lakukan untuk mendapat kedudukan di first page SERP. Pada pendapat saya, semua orang mampu mendapatkan ranking page pertama. Anda cuma perlu tahu beberapa teknik je.

---

  1. tengok kekuatan blog juga. blog mesra dengan search engine, apa topik pun senang masuk first search engine. So, kasi blog kuat dulu. Pastu, main-main siki. Senang aje nak lepas kat search engine.
    Entri terbaru titan – Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012My Profile

  2. hehe bro, nak tanya sikit, aku rasa ada something wrong la
    kalau kita yang login google account then klik G+ kat blog kita tu, secara automatik apa yang aku nampak la, entri ada di first page, sebaliknya kalau kita logout, dipendekkan cerita anonymous/ pelawat biasa, cari keyword tersebut, entri ada page lain pulak? macam mana tu ye..
    Entri terbaru caenz – Sambutan Hebat Drama Vanila CoklatMy Profile

  3. mantap gak blog bro..kena beli gak ebook seo tu :)
    Entri terbaru Wan Gerrard – Tweets Kepada Kapten LiverpoolMy Profile

  4. hebat..setakat ini takda lagi keyword aku yang mendapat antara page 1-12..semuanya 13 kebelakang hehehe

  5. Pernah beberapa kali keyword yang digunakan berada di front page tetapi tidak sekerap AriffShah.
    Entri terbaru akubiomed – Video promo Proton P3-21AMy Profile

  6. kalau mcm kat blog personal saya dulu, saya tiru je kedudukan keyword dr blog2 yang masuk 1st page lpas tu, ubah tajuk skit.. terus dpt masuk 1st page serp..
    Entri terbaru akid – Gambar Baju Kahwin Scha Al YahyaMy Profile

  7. tak berapa nak faham sgt… heheh.. tp pernah jugak lah bbrp n3 mdapat front page google…
    Entri terbaru kakyong – Blog yang di’tinggal’ di beri BE… blog ini bila lagi..My Profile

  8. tak faham.. kena beli jugak ebook ni agaknya..
    Entri terbaru zhazmi – Nota Comot | Nota InspirasiMy Profile

  9. Khidmat Sewa Lori (Perak – Semenanjung)

    saya menyediakan perkhidmatan sewa lori untuk bawa barang

    lokasi

    dari seluruh semenanjung malaysia ke semua daerah di perak

    dari semua daerah di perak ke mana mana lokasi di semenanjung malaysia

    berminat sila hubungi saya di talian

    012-571 2456 / 05-776 6646

    rosli bahari

    tq

  10. aduh..pecah kepala..ilmu2 ni terlalu tinggi..
    Entri terbaru BONI – Awek-Awek Sekolah Zaman Sekarang Makin AdvanceMy Profile

  11. camana nak jadi blogger yg tumpang sekaki glamer tu ek…..
    hihihi

  12. terima kasih diatas perkongsiannya…..
    Entri terbaru marcklly – Pelaburan EmasMy Profile

  13. Thanks, kena ikut ni :) Baru jadi TOP SEO :)
    Entri terbaru Ahmad Hati – WATCH / DOWNLOAD RUNNING MAN EPISODE 85 ENGLISH SUBSMy Profile

  14. pengen juga sih punya blog yang selalu nangkring di halaman utama google !!

  15. Cool… i will grab one mr. ariff…
    Entri terbaru nurmisnan – Cokelat Royce free liqour dan superbMy Profile

Trackbacks

    Artikel pilihan...close