FOREX bakal digempur

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang tanya aku kenapa tak terlibat dengan jual beli matawang atau FOREX. Aku tahu FOREX ini adalah salah satu cabang pelaburan yang boleh memberi keuntungan yang berlipat ganda. Trader yang pandai bermain FOREX boleh membuat keuntungan diluar budaya keuntungan pelaburan yang biasa orang biasa fikirkan. Kita biasa dengan keuntungan 10% setahun jika lebih maka dikatakan skim cepat kaya seperti kisah lebai 200juta Ustaz Harun yang bawa duit melalui syarikat Dina Group Sdn Bhd. FOREX juga seperti Bursa Saham jika pandai bermain pasti boleh membawa keuntungan beratus kali ganda.

Klik untuk tahu RAHSIA buat duit dengan EMAS

Aku memang tahu FOREX boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda tetapi tidak pernah ada minat nak buat atas banyak sebab. Aku memang tidak mahir bermain dengan jual beli FOREX yang sangat sensitif turun naiknya yang telah mengakibat ramai teman-teman kehilangan ratusan ribu ringgit. Mengikut hukum syarak perniagaan FOREX adalah HARUS tapi yang jadi masalah pemain dan broker FOREX lebih suka menaja investor baru yang kurang faham dengan menjanjikan pulangan yang tinggi tanpa menerangkan risiko tinggi yang menunggu mereka. Terdapat juga broker FOREX yang mencipta platform internet sendiri daripada menggunakan platform online yang diiktiraf di peringkat antrabangsa dan akhirnya tidak dapat diuruskan dan menanggung kerugian atau dengan segaja melarikan wang pelabur.

Pak cik kayo pak cik kayo

Tak apa lah kalau ada yang kata bodoh aku kerana tak ikut serta dalam jual beli FOREX kerana aku lebih suka dengan pelaburan ekuiti, harta tanah, venture capital dan pelaburan pertanian serta sedikit pelaburan gold yang risikonya lebih terurus. Semua pelaburan pasti ada risikonya samada kecil atau besar tak menentu. Rasanya selepas ini pasti akan ada masalah dengan urus niaga FOREX yang sememangnya dilarang di Malaysia.

Petikan dari Harian Metro : “Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pedagang mata wang yang tidak diberi kuasa termasuk pemain dan broker forex (urus niaga mata wang asing) melalui Internet. Penguat kuasaan itu boleh mengelakkan penindasan dan penyelewengan broker ke atas peserta forex. Menurutnya, tindakan tegas itu juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terjebak dalam aktiviti kewangan tanpa pengawalan pihak berkuasa. “Muzakarah mencadangkan kerajaan dapat melakukan pemantauan terhadap operasi ‘spot forex’ secara individu melalui kaedah elektronik dari semasa ke semasa dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai larangan kerajaan. “Keperluan tindakan ini bagi mengelakkan masyarakat terjebak dalam transaksi yang tidak diharuskan syarak dan undang-undang,” . Melalui muzakarah itu, jual beli mata wang diputuskan harus di sisi syarak. Namun  ia perlu mematuhi ketetapan tertentu, selain mengelakkan unsur kesamaran, riba, tipu daya, qabd (pindah milik) yang tidak jelas dan gharar (risiko bahaya) dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik. “Muzakarah mencadangkan perkara ini diperhalusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa fatwa negeri mengenai keharusan amalannya di kalangan umat Islam,”


Spread the love

76 Comments

  1. sebenarnya forex tak perlu modal besar nak main, paling penting tau dgn tak tau nak main jer…. profesional trader modal usd 10 pun boleh main…. dalam seminggu boleh beranak jadi usd 1000… ini adalah perkara benar dlm forex…. jaguhan forex biasa untung 10 juta hingga 100 juta sehari….. tapi gunakan margin yg agak besar !! mereka ini sdh berpengalaman lbh 10 tahun dalam forex dan kebanyakkan belajar sendiri dari pengalaman sendiri…. usah percaya kpd kursus kursus forex juga org perseorangan atau broker yg menawarkan trade dan bg keuntungan sbb semuanya itu PENIPU !! sbb jika sdh handal bermain forex buat apa nak kolek duit org lagi yg tak seberapa sen tu….

    utk jd otai dlm forex bukan mudah… kena dedahkan diri paling kurang 2-3 tahun barulah dpt cara yg main yg semua…. sebenarnya forex itu adalah computer programering script…. itu sbb ia boleh di pelajari, di kesani, dan di agak pergerakkannya…. jika tak ikut program & script komputer.. mmg langsung tak akan ada org dlm dunia ni g mampu menang & kaya dlm forex !!
    nasihat sy kalau nak main forex kena fahami betul chart & indikator yg anda guna… chart & indikator tak penah tip.. cb pengguna nya saja yg selalu tertipu dgn rasa takut & tamak yg menguasai diri…
    ciow bella………

  2. assalamualaikum saudara,saya selaku pemain trading forex menerima pandangan anda,tapi kalau boleh saya tanya,saya memang bermain trading bukanlah untuk senang lenang mendapatkan duit melalui bisnes online merketiva,saya tahu semua manusia nasib mereka lain-lain, tapi sandara ada tahu tak semua orang nasibnya baik,saya tahu setakat sijil SPM yang saya ada apa lah kan,saya dah banyak kali berkerja dengan apa yang saya ada tapi keputusannya gagal dan gagal,saya dibuang kerja dan macam2 hal lagi,saya rasa sedih dan putus asa untuk meneruskan hidup,tetapi apabila saya bertemu dengan seorang master dia membimbing saya untuk berkerja dan meneruskan hidup dengan bisnes Trading Forex marketiva,dah berbagai teknik rahsia saya pelajari, Alhamdullilah saya mampu hidup berdikari tanpa bergantung dengan orang tua saya,ini semua adalah petunjuk jalan rezeki saya dari yang Mha Esa Allah…

  3. ade sorang brader ni ,die bf kpada kakak gf aku..dia dri WINDSOR brokers.,die ajak aku mlabur 10U$D utk plaburan forex,aku mcm tak yakin,tpi bile dngr die cter mcm best.. 🙁 ..aku nk tnye pda org yg mahir,tp aku xtau nk tnye sape 🙁 somebody help me..klau ni ujian dri tuhan,aku pon xtau,,klau ni rzeki dri tuhan,aku lagi la xtau..hehehe penin2..sbb die jnjikan pulangan wang plaburan 4U$D utk sbulan,aku takut jgk..sape yg xnk weh duit tu,huhuhu..,please sape2 yg lgi mhir tlong blas komen aku ni,

    1. Bro 9/10 kawan aku yang masuk Forex ni tak kira lah USD10k atau USD100k semua melingkup. Ada yang trade sendiri dan ramau terkena bila kawan2 janji mereka boleh bagi 10-20% sebulan. Nak cuba boleh tetapi cari duit yg tak guna jadi kalau rugi USD10k tu tak memudaratkan hidup. Jangan pulak guna duit nak bayar rumah, kereta atau yuran sekolah anak.
      Curahan rasa denaihati @ ..Blogger Trafik HunterMy Profile

    1. jgn ‘main’ forex tp TRADE forex…..klu main…tu dah kira cam main tikam2…belasah jer…tanpa ilmu yg betul….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!