Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang tanya aku kenapa tak terlibat dengan jual beli matawang atau FOREX. Aku tahu FOREX ini adalah salah satu cabang pelaburan yang boleh memberi keuntungan yang berlipat ganda. Trader yang pandai bermain FOREX boleh membuat keuntungan diluar budaya keuntungan pelaburan yang biasa orang biasa fikirkan. Kita biasa dengan keuntungan 10% setahun jika lebih maka dikatakan skim cepat kaya seperti kisah lebai 200juta Ustaz Harun yang bawa duit melalui syarikat Dina Group Sdn Bhd. FOREX juga seperti Bursa Saham jika pandai bermain pasti boleh membawa keuntungan beratus kali ganda.
Aku memang tahu FOREX boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda tetapi tidak pernah ada minat nak buat atas banyak sebab. Aku memang tidak mahir bermain dengan jual beli FOREX yang sangat sensitif turun naiknya yang telah mengakibat ramai teman-teman kehilangan ratusan ribu ringgit. Mengikut hukum syarak perniagaan FOREX adalah HARUS tapi yang jadi masalah pemain dan broker FOREX lebih suka menaja investor baru yang kurang faham dengan menjanjikan pulangan yang tinggi tanpa menerangkan risiko tinggi yang menunggu mereka. Terdapat juga broker FOREX yang mencipta platform internet sendiri daripada menggunakan platform online yang diiktiraf di peringkat antrabangsa dan akhirnya tidak dapat diuruskan dan menanggung kerugian atau dengan segaja melarikan wang pelabur.
Tak apa lah kalau ada yang kata bodoh aku kerana tak ikut serta dalam jual beli FOREX kerana aku lebih suka dengan pelaburan ekuiti, harta tanah, venture capital dan pelaburan pertanian serta sedikit pelaburan gold yang risikonya lebih terurus. Semua pelaburan pasti ada risikonya samada kecil atau besar tak menentu. Rasanya selepas ini pasti akan ada masalah dengan urus niaga FOREX yang sememangnya dilarang di Malaysia.
Petikan dari Harian Metro : “Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pedagang mata wang yang tidak diberi kuasa termasuk pemain dan broker forex (urus niaga mata wang asing) melalui Internet. Penguat kuasaan itu boleh mengelakkan penindasan dan penyelewengan broker ke atas peserta forex. Menurutnya, tindakan tegas itu juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terjebak dalam aktiviti kewangan tanpa pengawalan pihak berkuasa. “Muzakarah mencadangkan kerajaan dapat melakukan pemantauan terhadap operasi ‘spot forex’ secara individu melalui kaedah elektronik dari semasa ke semasa dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai larangan kerajaan. “Keperluan tindakan ini bagi mengelakkan masyarakat terjebak dalam transaksi yang tidak diharuskan syarak dan undang-undang,” . Melalui muzakarah itu, jual beli mata wang diputuskan harus di sisi syarak. Namun ia perlu mematuhi ketetapan tertentu, selain mengelakkan unsur kesamaran, riba, tipu daya, qabd (pindah milik) yang tidak jelas dan gharar (risiko bahaya) dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik. “Muzakarah mencadangkan perkara ini diperhalusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa fatwa negeri mengenai keharusan amalannya di kalangan umat Islam,”
76 Comments
minggu lepas ada kenalan sorang ustaz suruh join FOREX..suruh trader jalankan trading pasal dia full time jd trader..untung @ rugi share 50-50 dgn trader…
Curahan rasa Nadri @ ..Villa Nabila @ Danga Bay Penuh Misteri
saya dah 3 tahun trade forex….tp tuk diri sendiri je la….tak ajak org lain pun…cuma klu ada kengkawan yg nak belajar….sy tlg la..
peringkat awal dulu…sy spend byk duit utk belajar ilmu forex ni drp bbrp org sifu forex d malaysia….selebihnya…study sendiri thru info d internet..
forex ni sama jer dgn cabang perniagaan yg lain….perlu tau dgn detail ttg perniagaan ni baru la ceburkan diri….pastu tu perlu ada daily trade plan, trading system dan money management yg betul…..baru boleh berjaya.
soal forex nak kena gempur…bukan citer baru….dah berulang2 kali berlaku….mcm choc fudge….kejap ada..kejap takde….hehehehe
belom cuba join forex… ilmu mengenai forex masih cetek..
high risk high income.. ilmu kena mantap ni. 🙂
Curahan rasa tips-kurus @ ..Penangan Nora Elena!!
Setuju tu high risk high return aku pun buat juga tapi tak akan ajak kawan2 kecuali mereka faham n sanggup take the risk.
saya tak berani join FOREX coz pada saya risikonya tinggi. saya lebih suka pelaburan emas dan hartanah
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..15 maut keracunan Ecoli di Eropah
ada la main sikit2 dulu..itu pun ngan kekawan pakat…tak lah besar sangat untung dapat pun..jadi le..taktau ar bile nak start balik..tunggu depa abih rush kot..:D
aku main yang demo pun tak lepas2 lagi
Curahan rasa Apih @ ..Advertlets Memang Penipu Ke
Saya nak belajar dulu tentang Forex ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto Finalis Miss Indonesia 2011
kenalah tuntut ilmu dulu sebelum melabur.
Curahan rasa PenaDigital @ ..Denaihati VS Teratak Usang
Wajib tuntut ilmu…
Curahan rasa wawank @ ..Malam Galau
Yah… menuntut ilmu adalah ibadah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto Finalis Miss Indonesia 2011
Yang tu mesti. Tapi yang kesiannya, yang setengah tu tak tahu apa-apa, kena tipu macam tu je.
Curahan rasa yaaser @ ..Tutorial- Menukar icon blog di address bar
Dulu ada terjebak tidak sempat keluar pulangan modal tiba-tiba Bank Negara Malaysia mengharamkannya. Langsung portal tidak boleh akses setelah disekat oleh SKMM.
Sejak dari itu tidak lagi masuk mana-mana skim yang meragukan 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Dj Baby Aslah in d house let’s play music
perghh.. sedih giler kalau kena macam tu!
Curahan rasa yaaser @ ..Tutorial- Menukar icon blog di address bar
di Malaysia ni cuma boleh trade sendiri je according to Exchange Control Notice 9, itu yg digunapakai oleh retail trader. tp x boleh collect duit org ramai atau pool money utk trade.. yg Exchange Control Act tu pula merujuk kpd pengurup mata wang berlesen… klu sendiri tak trade, tp org lain tolong trade kan, itu memang salah dan dikira collect deposit haram. itu yg Akubiomed join tu.. belum ada lagi retail trader kena tangkap setakat ni..yg duk kena gomo dek BNM tu yg kaki kutip duit org, kaki tolong trade… detail aku tulis di http://betarian.tguest.com
Memang banyak mendengar penipuan terhadap ‘permainan’ ini. Sesuatu yang tidak jelas itu membawa risiko yang amat besar. Asas saya belajar mengatakan ‘high risk, high return’. Namun pada saya lebih suka untuk sesuatu yang nampak jelas. Perniagaan yang nampak jelas’produk’nya lebih selesa. ‘Ekuiti market’ yang sudah dipisahkan syariah dan non syariah atau ‘unit trust’ lebih jelas dari FOREX.
forex? macam pernah dengar
yang lain dah join ke..
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Wordless Wednesday 1
nice post
those who are risk takers and hav tons of money la kot masuk..
Curahan rasa Pereman @ ..Bangga Dengan adindaevans!!
info yang menarik..baru tau hukumnya harus,tapi bg pendapat sy,lebih baik jika buat pelaburan yang lebih selamat.Harta dunia tak kemana,jadi kita tak perlu tamak nak untung cepat nak untung berlipat ganda.Forex ni setahu saya risikonya terlalu tinggi..silap haribulan..nak kaya boleh jadi bankrap!
setuju sgt2!
Curahan rasa ekspresiruang @ ..NONO Chair- Kerusi Ramping Ilham Daripada Kasut Tumit Tinggi
Comments are closed.