Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Peminat bola sepak boleh klik link “jadual dan keputusan English Premier League 2017/18“ untuk tengo keputusan terkini setiap minggu. Kali ini Abang nak kongsi kisah perlawan tinju Mayweather Jr lawan McGregor.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sudah lama sangat tidak menonton siaran lansung tinju peringkat tinggi selepas zaman legenda tinju dunia Mike Tyson dan Muhammad Ali. Ingat dulu ketika zaman kegemilangan Muhammad Ali apabila ada pertarungan pasti satu sekolah akan berehat untuk menonton. Paling menarik zaman tersebut belum ada letrik jadi guna engin untuk dapatkan kuasa letrik untuk menonton TV. Pasti pembaca-pembaca muda tidak dapat nak bayangkan kerana zaman sekarang dimana sahaja sudah ada letrik.
Seronoknya menonton tinju zamanMuhammad Ali, peminat akan menyaksikan persaingan yang lama dengan teknik tarian yang menarik. Masuk ke zaman Mike Tyson sudah berbeza. Peminat tak sempat nak menonton pertandingan yang menarik, tak sampai beberapa minit lawan Tyson sudah tumbang dengan kiraan KO.
Perlawanan paling bosan ketika menyaksikan perlawanan Muhammad Ali menentang jaguh gusti ketika itu, tak ingat namanya, yang berakhir dengan seri. Jaguh tinju menentang jaguh gusti pasti konsep berbeza.
Kenapa Abang tertarik dengan perlawanan Mayweather vs McGregor.
- Pertama kali perlawanan antara Juara Tinju dan Juara UFC (Ultimate Fighting Championship)
- Floyd Mayweather sudah berusia 40 tahun menentang Conor McGregor berusia 29 tahun
- Floyd Mayweather keluar daripada persaraan khas untuk perlawanan yang menyediakan hadiah lebih USD100 juta.
Promosi perlawanan antara Mayweather Jr lawan McGregor memang panas dengan berbagai cara untuk menarik peminat tinju dunia.
Ketika masukkan dalam gelanggan raut muka Mayweather memang tidak menyakinkan berbanding McGregor yang nampak sungguh yakin. Mayweather masih tersenggeh-senggeh pada perlawanan pusingan pertama dan kedua yang dikuasai McGregor.
Rupanya semua itu hanya strategi Mayweather, dia sengaja membawa McGregor kepusingan yang lebih lama. Masuk ke pusingan ke lapan McGegor kelihatan sangat penat dan ketika ini Mayweather menunjukkan belang. Akhirnya pada separuh pusingan ke sepuluh, pengadil memberhentikan perlawanan apabila Mayweather tidal berhenti-henti membelasah McGregor. Pengadil mengumumkan Mayweather menang dengan teknikal KO dengan undian 50 – 0.
McGregor kurang berpuasahati kerana pengadil memberhentikan pertarungan tetapi menerima keputusan dengan hati terbuka manakala Mayweather berkata ini adalah perlawanan terakhir. Keputusan tetap untuk terus bersara daripada dunia tinju walaupun ditawarkan dengan hadiah yang lebih lumayan.
Pengajaran yang boleh kita perolehi daripada pertarungan ini ialah dalam bisnis kita mesti ada strategi sebagaimana strategi yang ditunjukkan oleh Mayweather. Muda bukan semestinya tiket untuk berjaya apabila menentang yang lebih tua kerana pengalaman menjadi guru terbaik.
Dalam bisnis pun begitu siapa yang boleh bertahan lama dalam persaingan marathon yang panjang pasti peluang untuk sampai ke garis penamat memang cerah. Kalau awal-awal sudah lari pantas, keluar segala tenaga memang pasti ada yang akan kecewa dan berhenti ditengah jalan.Misi kita bukan setakat nak tamat di garis penamat tapi nak jadi juara, nak jadi jutawan.Tapi kalau salah pilih bisnis, walaupun tenaga dan stamina kita tengah banyak tapi bisnis sudah padam pun susah juga. Jadi perlulah kita belajar daripada usahawan yang berpengalaman cara memilih bisnis yang boleh bertahan lama.
Semuga sahabat sukses dalam apa juga projek yang diusahakan. Jangan pernah putus asa selagi belum berjaya.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
41 Comments
suka nonton juga nich denaihati, kalau di lihat ngga seimbang lawannya,,
Curahan rasa ade sunandar @ ..7 Tanda Gejala Stroke, tanda dan pengobatan
tak tengok live. saya tengok rakaman di youtube sahaja. memang Mayweather seorang yang berpengalaman dalam dunia tinju.
Taktikal dan strateginya berjaya menyebabkan Groger cepat penat dan masa itulah Mayweather terus mengasak hingga menang.
Memang berbaloi untuk ditonton
Curahan rasa razis @ ..Metz 1 – PSG 5: Barisan Penyerang Bernilai $400 juta +++ PSG Menunjukkan Taring
ada banyak juga moral of story dari perlawanan tinju ini ..
misalnya mayweather pun boleh menang..
saya pun tak sangka
Curahan rasa mrhanafi @ ..TEDxKenyalang 2017 Kembali Dengan Tema Be The Best
tak pernah tengok tinju, tapi tahniahla kepada pemenang. nak menang tu perlukan keazaman dan latihan yang konsisten.
Curahan rasa raihanah @ ..Keradangan dan Risiko Penyakit Kronik
terbaik sungguh, teknikal knock out ni memang kejam, tapi itulah beza otai dengan budak baru, tahniah mayweather.
Curahan rasa Dila @ ..6 Tin Minuman Ringan Setiap Hari, Umur 21 Tahun Dah Kena Diabetes
Perlawanan yg mmg panas sebelum pertarungan bermula. Nampaknya marketing mereka mmg menjadi sehingga mereka berdua mengaut keuntungan yg mmg wow utk tempoh 30 minit pertarungan.
Terbaik
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan | Exam online Separa Perubatan U29
Interesting article. Glad to read this article. This blog is useful for everyone. Thanks for sharing. – sameday shirdi flight package from bangalore, bangalore to shirdi sameday flight package
http://myshirditrip.com/bangalore-to-shirdi-sameday-flight-package.html
Pengalaman mayweather banyak membantu..
lagipun mcgregor bukan boxer.. dia kena terima hakikat ianya berbeza berbanding MMA
Curahan rasa zool @ ..Melaka guna sistem i-Cycle untuk mengatasi masalah pembuangan sampah
Dua pertembungan yang hebat.. tapi apabila mc greagor ckp yg dia nk kejar CRISTIANO RONALDO sebagai atlet paling kaya, tu ada boleh jadi jugak sbb sukan tinju skrg mcm makin dapat sambutan ajeee hehehe
teringat movie Real Steel lakonan Hugh Jackman..strategi yg sama..tarik masa lawan supaya lawan lebih keletihan, masa tu time utk kita beraksi..
Curahan rasa JMR @ ..Tips Jimat : RM6 vs RM16
memang x kenal mereka berdua ni sebab x tgk gusti pun, bila tgk di youtube, menarik juga perlawanan mereka ni
Curahan rasa rujukan @ ..Ladang Digital Rakyat 1 Malaysia Oleh Kodinar Berhad
Sama, saya pun tak kenal, tapi mula ambil tahu masa muka mereka muncul di instagram.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Jenis Modal Dalam Perniagaan
Melihat dari raut muka jelas kelihatan Maywaether masih mudah berbanding Mcgregor, Strategi yang sudah terancang sebelum memulakan perlawanan memberikan beliau kelebihan untuk mengambil kesempatan bila pihak lawan dalam keadaan lemah.. Memang menarik tu!
Curahan rasa Sani @ ..Sejak Abang Joing Group Ni Hidup Abang Huru-Hara!
Tak sangka Mayweather yang dah 40 tahun boleh kalahkan Conor yang baru 29 tahun.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Jenis Modal Dalam Perniagaan
Semalam tidur sejam je. Tengok streaming perlawanan ni. huhuhuh. Kerja half day je. Sambung cover waktu tidur
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..[NiagaFb] Panduan pemasaran Facebook yang anda wajib miliki
untuk menang tidak semestinya menggunakan kekuatan fizikal tetapi kekuatan mental juga perlu..
siapa yang menang pasti rasa berbaloi dengan taktik tersebut.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jutawan App Penipu Atau Sebaliknya
sebenarnya memang hal mudah bila mayweather nak menang sejak semula lagi tapi ini adalah bisnis bisnis maka dibuat panjanglah pertandingan ini
Curahan rasa jalan jalan @ ..RESEP UDANG TEPUNG GENDUT MAKNYUSSS!!
bagi Mcgregor kalah pun tak ambil kisah di bayar begitu besar cukup untuk pensiun
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Roti Goreng Isi Coklat Sederhana dan Mudah
Comments are closed.