Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Peminat bola sepak boleh klik link “jadual dan keputusan English Premier League 2017/18“ untuk tengo keputusan terkini setiap minggu. Kali ini Abang nak kongsi kisah perlawan tinju Mayweather Jr lawan McGregor.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sudah lama sangat tidak menonton siaran lansung tinju peringkat tinggi selepas zaman legenda tinju dunia Mike Tyson dan Muhammad Ali. Ingat dulu ketika zaman kegemilangan Muhammad Ali apabila ada pertarungan pasti satu sekolah akan berehat untuk menonton. Paling menarik zaman tersebut belum ada letrik jadi guna engin untuk dapatkan kuasa letrik untuk menonton TV. Pasti pembaca-pembaca muda tidak dapat nak bayangkan kerana zaman sekarang dimana sahaja sudah ada letrik.
Seronoknya menonton tinju zamanMuhammad Ali, peminat akan menyaksikan persaingan yang lama dengan teknik tarian yang menarik. Masuk ke zaman Mike Tyson sudah berbeza. Peminat tak sempat nak menonton pertandingan yang menarik, tak sampai beberapa minit lawan Tyson sudah tumbang dengan kiraan KO.
Perlawanan paling bosan ketika menyaksikan perlawanan Muhammad Ali menentang jaguh gusti ketika itu, tak ingat namanya, yang berakhir dengan seri. Jaguh tinju menentang jaguh gusti pasti konsep berbeza.
Kenapa Abang tertarik dengan perlawanan Mayweather vs McGregor.
- Pertama kali perlawanan antara Juara Tinju dan Juara UFC (Ultimate Fighting Championship)
- Floyd Mayweather sudah berusia 40 tahun menentang Conor McGregor berusia 29 tahun
- Floyd Mayweather keluar daripada persaraan khas untuk perlawanan yang menyediakan hadiah lebih USD100 juta.
Promosi perlawanan antara Mayweather Jr lawan McGregor memang panas dengan berbagai cara untuk menarik peminat tinju dunia.
Ketika masukkan dalam gelanggan raut muka Mayweather memang tidak menyakinkan berbanding McGregor yang nampak sungguh yakin. Mayweather masih tersenggeh-senggeh pada perlawanan pusingan pertama dan kedua yang dikuasai McGregor.
Rupanya semua itu hanya strategi Mayweather, dia sengaja membawa McGregor kepusingan yang lebih lama. Masuk ke pusingan ke lapan McGegor kelihatan sangat penat dan ketika ini Mayweather menunjukkan belang. Akhirnya pada separuh pusingan ke sepuluh, pengadil memberhentikan perlawanan apabila Mayweather tidal berhenti-henti membelasah McGregor. Pengadil mengumumkan Mayweather menang dengan teknikal KO dengan undian 50 – 0.
McGregor kurang berpuasahati kerana pengadil memberhentikan pertarungan tetapi menerima keputusan dengan hati terbuka manakala Mayweather berkata ini adalah perlawanan terakhir. Keputusan tetap untuk terus bersara daripada dunia tinju walaupun ditawarkan dengan hadiah yang lebih lumayan.
Pengajaran yang boleh kita perolehi daripada pertarungan ini ialah dalam bisnis kita mesti ada strategi sebagaimana strategi yang ditunjukkan oleh Mayweather. Muda bukan semestinya tiket untuk berjaya apabila menentang yang lebih tua kerana pengalaman menjadi guru terbaik.
Dalam bisnis pun begitu siapa yang boleh bertahan lama dalam persaingan marathon yang panjang pasti peluang untuk sampai ke garis penamat memang cerah. Kalau awal-awal sudah lari pantas, keluar segala tenaga memang pasti ada yang akan kecewa dan berhenti ditengah jalan.Misi kita bukan setakat nak tamat di garis penamat tapi nak jadi juara, nak jadi jutawan.Tapi kalau salah pilih bisnis, walaupun tenaga dan stamina kita tengah banyak tapi bisnis sudah padam pun susah juga. Jadi perlulah kita belajar daripada usahawan yang berpengalaman cara memilih bisnis yang boleh bertahan lama.
Semuga sahabat sukses dalam apa juga projek yang diusahakan. Jangan pernah putus asa selagi belum berjaya.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
41 Comments
pertandingan seru dari Mayweather yang merupakan petinju kelas dunia yang penampilannya keren.
Curahan rasa Aneka Wisata Bogor @ ..Inilah Mitos Jembatan Merah Kebun Raya Yang Buat Putus Cinta
dah layan semalam hehe…budak2 lawan otai…last sekali otai menang…tu la cakap byk sgt..hehe..astro siap ade channel kene beli nak layan ni..huhu
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Nama Pokok yang Diberikan Kepada Pemenang Pingat Sukan SEA KL 2017
suka tengok perlawanan tinju ni dari zaman kegemilangan Muhammad Ali dan Mike Tyson..Terbaik
Curahan rasa hiburanpengetahuan @ ..Biodata Thanabalan Nadarajah
sekarang tak ada lagi petinju kelas berat semacam mereka semua mutunya menurun setelah era mike tyson
Curahan rasa jalan jalan @ ..RESEP UDANG TEPUNG GENDUT MAKNYUSSS!!
Orang lelaki lagi suka tengok tinju agaknya
tak tahulah apa yang nak di capai dengan tumbuk menumbuk ni
Kalau tumbuk lesung batu dapat sambal tumis
Hehe
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..9 Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung & Gula normal!
Rajin tuan tonton perlawanan ni ya
Memang kurang ambil tahu sukan tinju sebab nampak ganas
Hmm
Nanti anak mama bertinju di rumah
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Bina rumah atas sendiri atau beli sahaja? Ini 5 Perkara untuk Di Pertimbangkan
Strategi Maywether defensif memang hebat.. Bila Mvgregor kepenatan, baru Mayweather bertukar menjadi agresif
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Meditasi dan Kebaikan Meditasi Kepada Diri dan Orang Lain
banyak juga baca cerita pasal pelawanan tinju ni. katanya ianya adalah pelawanan tinju paling mahal di dunia. 🙂
Curahan rasa Mrejoy @ ..Percutian mengejut ke Johor Bahru (Part 1)
Dah lama tak menyaksikan Sukan Tinju ni… Dulu semasa zaman Mc Tyson dulu rajin jugak tengok…
Curahan rasa Anuar @ ..Teknik nak dapatkan RM30 Ribu untuk Kahwin dan Beli Kereta Tanpa Personal Loan
dulu, selalu gak follow benda nih.
la nih..malas benar rasanya.
haha
Curahan rasa titan @ ..Sindrom Burung Hantu yang COMEL.
Betul sangat, strategi sangat penting. Dalam apa jua bidang.
Walaupun saya bukan peminat tinju, tapi pengajaran yang boleh diambil di sebalik kisah peninju juara dunia ni sangat bermakna, berguna dan releven sepanjang masa.
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Vitamin Semulajadi Bantu Kecutkan Cyst Semasa Mengandung
Mungkin Mayweather amalkan pepatah ‘jangan lebih lajak dari laju’. Walaupun dah berpengalaman luas dalam tinju, beliau tetap tidak memandang mudah kepada lawannya yang lebih muda.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
Yang menang dapat wang, yang kalah juga dapat wang. Juta USD pula tu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Perubatan Gred UD41
saya sangat suka dengan kenyataan ini…
jangan berputus asa selagi belum berjaya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Jurus Sakti Untuk Skrip Copywriting
boxing sekarang lebih seronok sebab teknology yg amat canggih.. slow motion.. yup.. muda bukan tiket utk berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Antara yang Menarik di Traveloka Sempena Sukan Sea 2017
Kalau baca kisah McGregor, beliau bangkit dari keluarga yang bukan senang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beza Pakaian Jururawat Hospital Kerajaan
Terbaik perkongsian bro ini, dalam maksudnya tu , ada tersurat dan tersirat untuk dijadikan landasan dan panduan di dalam berbisnes
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk
Lihat sahaja strategi Mayweather memanjangkan perlawanan, beliau mahu menghabiskan tenaga lawan macam kisah Real Steel.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beza Pakaian Jururawat Hospital Kerajaan
Comments are closed.