Fintech mengubah budaya kewangan dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips penjenamaan bisnis untuk bertahan lama“. Kali ini Abang nak berkongsi ilmu teknologi kewangan baru yang dipanggil Fintech atau Financial Technology.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Gelombang Fintech semakin berkembang bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia. Teknologi kewangan maya yang menganggu sistem kewangan tradisional dunia yang terpaksa diterima oleh industri. Persidangan khas Fintech Asia juga telah dianjurkan di Kuala Lumpur yang diterajui oleh MDEC, tanda betapa pentingnya  inovasi terbaru ini.

Perubahan budaya kewangan sangat ketara, bagaimana dahulu orang hanya boleh berurusan dengan bank di kaunter tetapi kini dengan teknologi  online banking, semua urusan dihujung jari menggunakan telefon pintar.

Begitu juga budaya pelaburan, dengan teknologi dan sistem online pelabur sudah boleh trade saham, forex, komoditi dan metal hanya di hujung jari  tanpa  perlu bergantung pada broker atau remiser saham yang kekadang tidak jujur. Malahan lebih hebat dengan sistem Fintech, kita bukan sahaja boleh menguruskan kewangan peringkat lokal malahan global dari bilik tidur. Boleh jual beli saham buka sahaja di BSKL malahan Nasdaq, Hang Seng, Stok Singapore juga jual beli emas, soya,  forex peringkat global.

Teknologi kewangan juga telah menggubah matawang kertas berganti dengan matawang digital seperti egold, stormpay dan paypal. Terkini teknologi cryptocurrency menjadi budaya baru dalam teknologi kewangan seperti bitcoin dan lain-lain. Mungkin ramai dikalangan kita masih terkebelakang, kurang pengetahuan tentang matawang digital, tapi masih belum terlambat untuk mempelajari.

Fintech bukan sekadar mengubah sistem malahan budaya kewangan dunia. Kepada yang takut-takut dan tidak mahu ambil tahu, akan ketinggalan.

Abang diperkenalkan dengan bitcoin pada tahun 2009, mulanya buat tak kisah tapi akhirnya sebagai pemain online mesti kena ikut juga.

Dulu pegang bitcoin, bila harga naik jual dan tunggu harga rendah beli balik. Perbezaan harga adalah keuntungan. Sejarah akan berubah, mulai saat itu bitcoin akan bekerja untuk Abang untuk pendapatan cryptocurrency setiap hari. Nak tahu cara klik banner di bawah ini.

Duit buat duit biar sedikit tapi istiqomah setiap hari.

Semuga usaha dipermudahkan.

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

34 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!