Final Piala Malaysia 2011 : Trengganu vs Negeri Sembilan

Spread the love

Assalamualaikumm dan salam 1Dunia, Final Piala Malaysia 2011 memang paling panas bukan kerana kehebatan pasukan yang masuk final tetapi harga tiket RM50 yang telah ditetapkan oleh FAM. Tak percaya bacalah komen-komen panas yang tak bersetuju dengan pendapat aku dalam entri “Rm50 Tiket Final Piala Malaysia Nak Diskaun“. Aku memang tak bersetuju apabila ada yang godam website FAM dan paling aku tak setuju bila Persatuan Bola Sepak Trengganu dan Negeri Sembilan beri subsidi kepada penyokong. Jangka masa pendek memang bagus tapi untuk jangka masa panjang memang tak bagus kerana peminat akan terus menuntut subsidi pada perlawanan bola sepak akan datang dan ini tidak bagus untuk pembangunan bola sepak Malaysia. Setiap perubahan mesti dibuat dengan teratur dan pasti akan ada tentangan. Tapi tu lah FAM ni selalu sangat buat keputusan mengejut dan selalu sangat ubah polisi. Susah juga tu.

Final Piala Malaysia 2011 antara Trengganu vs Negeri Sembilan akan berlansung di Stadium Shah Alam pada 29/10/2011, jam 8.45pm. Kepada peminat bola sepak yang tak nak bayar RM50 boleh menonton live Trengganu vs Negeri Sembilan di Astro Arena 801 atau boleh ikut live streaming di Zulkbo.com atau live di twitter dengan menggunakan hashtag #Trengganu atau #NegeriSembilan.

Ramai yang kata Trengganu mempunyai peluang yang lebih besar untuk jadi Juara Piala Malaysia 2011 tapi bola itu bulat kalau permain tak performance maka yang terbaik boleh jadi pasukan terburuk.

Keputusan Final Piala Malaysia 2011 : Trenagganu vs Negeri Sembilan : 1 – 2

Jadi pada tekaan teman-teman SIAPA JUARA?


Spread the love

97 Comments

  1. Negeri Sembilan Memang Terbaik. Dan membuktikan tidak mudah putus asa sehingga wisel berbunyi. 2 Piala Malaysia dalam tempoh 3 tahun. Penyokong pun terbaik. Tiada gangguan dan tiada kerusi atau stadium terbakar. Tahniah.

    ps: Dapatkan Medikal Medikal Kad tanpa had sepanjang hayat. cuma 1 kad diperlukan untuk 1 keluarga. Tiada Had jumlah anak. untuk anak tiri dan anak angkat pun cover. lawati http://cwainvestment.blogspot.com/2011/08/aia-afg-takaful-medik-unlimited-medical.html
    Curahan rasa REDUAN @ ..AIA AFG Takaful Product Line Up-Why We Need Protection?My Profile

  2. mudah-mudahan juga penyokong tidak berbalah … tak suka sungguh tengok orang besar berbalah, tambahan pula hanya kerana sebiji bola yang hanya berisi angin bukannya ada emas segumpal ker atauy intan berlian dalam bola tu… 🙂
    Curahan rasa yangbaik @ ..Kegunaan lampu signal untuk apa?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!