Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim BPL 2013/14 lebih banyak drama berbanding 5-6 musim yang lepas. Musim pertandingan yang lama benar-benar menguji bukan sahaja kepakaran pengurus dan pemain tetapi kesetiaan penyokong. Berapa ramai penyokong yang lari apabila kelab mereka tewas dan tewas dan tewas, ada juga yang tidak berani menunjuk muka apabila pasukan kesayangan mereka kalah. Paling tak best apabila pasukan mereka menang sanggup kutuk penyokong kelab lain macam mereka dah julang piala. Banyak yang kita boleh belajar untuk kehidupan dari sepak terajang bola sepak untuk kemajuan diri bukan sekadar menyokong tanpa hala tuju.
Pada awal musim kelihatan Arsenal seperti akan menjuari BPL 2013/14 walaupun keputusan perlawanan Arsenal bermula dengan kekalahan kepada Aston Villa tetapi akibat kecederaan ramai pemain utama seperti Walcott, Ramsey dan Welshere harapan tinggal harapan. Pada akhir musim kelihatan Liverpool pula bakal menjulang piala BPL yang sudah 24 tahun ditunggu tetapi kecewa setelah tewas persaingan dengan Manchester City. Paling mengecewakan apabila Manchester United terpelosok ke tangga ke tujuk sehingga terpaksa membuang David Moyes di akhir empat perlawanan akhir. Itulah drama bola sepak yang bulat tetapi menarik untuk diikuti sehingga keakhir musim kalau satu dua pasukan sahaja yang dominan pun tak seronok.
Arsenal sudah sembilan tahun tidak menjulang piala yang menjadi ejekan penyokong kelab lain. Ejekan yang tidak adil kerana ada kelab lain yang lebih lama sehingga 24 tahun tak menjulang piala. Arsenal hampir menjulang piala liga pada musim 2011/12 tetapi tewas kepada Birmingham City. Kenapa Pengurus Arsenal tak kena buang seperti pengurus kelab lain, jawabannya mudah walaupun sembilan tahun tak julang piala tetapi selama 17 musim Arsenal tidak pernah tercicir Champions League yang pendapatan besar kepada kelab. Lihat sahaja musim ini MU kehilangan pendapatan RM130juta kerana tidak layak CL.
Badi sembilan tahun Arsenal pasti akan hilang malam ini apabila dapat menewaskan Hull City untuk perlawanan akhir FA Cup 2014. Hull City bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan di Wembley tetapi Arsenal tiada pilihan. Kemenangan Arsenal 3 – 0 menewaskan Hull City dalam perlawanan liga bukan rekod yang boleh menjanjikan kemenangan mutlak. Aku dan jutaan peminat setia Arsenal sangat mengharap semua pemain Arsenal yang beraksi akan bermain pada tahap maksima untuk menewaskan Hull City.
Keputusana Arsenal vs Hull City : 3 – 2
Gol Arsenal dijaringkan oleh Cazorla, Koscielny dan Ramsey.
Video jaringan Arsenal dan Hull City di final FA Cup 2014
Aku dan rakan-rakan Blogger penyokong setia Arsenal yakin dengan kemampuan Arsenal menjulang piala FA 2014 dah tahniah kerana Arsenal masih menjadi pasukan empat terbaik England untuk 17 tahun berturut-turut. Ko ada??
Live Arsenal vs Hull City FA Cup Final 2014 @ Twitter
104 Comments
bila tengok permainan bola sepak, ia bukan soal kemenangan seorang pemain sahaja, tetapi melibatkan semua pemain untuk mencapai kemenangan.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa Perubatan
di rumah ada satu jersi arsenal yang lama, dulu masa zaman belajar memang sokong arsenal.
Curahan rasa ikhwan @ ..Nak Ramping Cara Mudah Dan Cepat
Arsenal mestilah berburu pemain untuk mendapatkan prestasi lebih bagus lagi tahun ini
pemain2 arsenal hensome mehh aduhh hidung depa boleh sangkut baju aihh..hihii
saya tak mnat epl tapi kalau tngok bola mesti sokong MU, tak tahu kenapa
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
seronok la penyokong arsenal musim lepas. maklumlah dah lama tak menang piala
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Adakah dengan kemenangan ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan Arsenal untuk musim 2014/15? Dengan permulaan baik dengan memenangi Community Shield Cup diawal musim menjadi satu petanda positif… namun kini seakan goyah pula! Mampukah Arsenal?
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!
Dulu sebelum wawa minat MU, minat juga dengan arsenal ni. Baru-baru ni wawa kirim juga kakak wawa beli baju arsenal dekat uk, nak cakap demam piala fa, tak pernah tengok. Agaknya ganas jugak wawa ni bila semakin lama semakin tertarik dengan bola lepas baca entri di blog tuan denaihati.com walaupun entri tu dah lama di post.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Memberi manfaat pencerahan dan pengetahuan yang banyak buat saya. Mungkin banyak juga pembaca lain yang memberi komentar bagus untuk website ini, semoga menjadi pemicu semangat untuk lebih maju lagi.
Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing Manis
Kalau dapat jersi arsenal best jugak ni..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Dah menang contest Arsenal..nanti leh la pakai ramai2..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Keputusan Kongres FAM ke-50 vs Final Piala Thomas
Nama Wanger akan terus dijulang sebagai seorang yang bijak membuatkan Arsenal diiktiraf sebagai pengurus yang berjaya.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Hati Ceria Di Secret Recipe
Penantain Arsenal selama ini akhirnya berbaloi… ia bukan sekadar tuah tapi usaha berterusan.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Hati Ceria Di Secret Recipe
Tahniah Arsenal, penantian selama bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Hati Ceria Di Secret Recipe
Comments are closed.