Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim BPL 2013/14 lebih banyak drama berbanding 5-6 musim yang lepas. Musim pertandingan yang lama benar-benar menguji bukan sahaja kepakaran pengurus dan pemain tetapi kesetiaan penyokong. Berapa ramai penyokong yang lari apabila kelab mereka tewas dan tewas dan tewas, ada juga yang tidak berani menunjuk muka apabila pasukan kesayangan mereka kalah. Paling tak best apabila pasukan mereka menang sanggup kutuk penyokong kelab lain macam mereka dah julang piala. Banyak yang kita boleh belajar untuk kehidupan dari sepak terajang bola sepak untuk kemajuan diri bukan sekadar menyokong tanpa hala tuju.
Pada awal musim kelihatan Arsenal seperti akan menjuari BPL 2013/14 walaupun keputusan perlawanan Arsenal bermula dengan kekalahan kepada Aston Villa tetapi akibat kecederaan ramai pemain utama seperti Walcott, Ramsey dan Welshere harapan tinggal harapan. Pada akhir musim kelihatan Liverpool pula bakal menjulang piala BPL yang sudah 24 tahun ditunggu tetapi kecewa setelah tewas persaingan dengan Manchester City. Paling mengecewakan apabila Manchester United terpelosok ke tangga ke tujuk sehingga terpaksa membuang David Moyes di akhir empat perlawanan akhir. Itulah drama bola sepak yang bulat tetapi menarik untuk diikuti sehingga keakhir musim kalau satu dua pasukan sahaja yang dominan pun tak seronok.
Arsenal sudah sembilan tahun tidak menjulang piala yang menjadi ejekan penyokong kelab lain. Ejekan yang tidak adil kerana ada kelab lain yang lebih lama sehingga 24 tahun tak menjulang piala. Arsenal hampir menjulang piala liga pada musim 2011/12 tetapi tewas kepada Birmingham City. Kenapa Pengurus Arsenal tak kena buang seperti pengurus kelab lain, jawabannya mudah walaupun sembilan tahun tak julang piala tetapi selama 17 musim Arsenal tidak pernah tercicir Champions League yang pendapatan besar kepada kelab. Lihat sahaja musim ini MU kehilangan pendapatan RM130juta kerana tidak layak CL.
Badi sembilan tahun Arsenal pasti akan hilang malam ini apabila dapat menewaskan Hull City untuk perlawanan akhir FA Cup 2014. Hull City bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan di Wembley tetapi Arsenal tiada pilihan. Kemenangan Arsenal 3 – 0 menewaskan Hull City dalam perlawanan liga bukan rekod yang boleh menjanjikan kemenangan mutlak. Aku dan jutaan peminat setia Arsenal sangat mengharap semua pemain Arsenal yang beraksi akan bermain pada tahap maksima untuk menewaskan Hull City.
Keputusana Arsenal vs Hull City : 3 – 2
Gol Arsenal dijaringkan oleh Cazorla, Koscielny dan Ramsey.
Video jaringan Arsenal dan Hull City di final FA Cup 2014
Aku dan rakan-rakan Blogger penyokong setia Arsenal yakin dengan kemampuan Arsenal menjulang piala FA 2014 dah tahniah kerana Arsenal masih menjadi pasukan empat terbaik England untuk 17 tahun berturut-turut. Ko ada??
Live Arsenal vs Hull City FA Cup Final 2014 @ Twitter
104 Comments
ingat nak support Arsenal balik laa haha..tapi takot pasni ada badi lagi 9tahun heheh
Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
SAYA TETAP SETIA DENGAN GUNNERS WALAU APAPUN JADI FAN FOREVER HUHU
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Abang Ensem Di Mata Aku
Baru nak tumpang tgk video 3-2..dah takde dah…hohoh
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming Terengganu vs Lions XII
Tahniah buat Arsenal…. usaha yang berterusan tanpa rasa jemu akhirnya membuahkan hasil yang mengembirakan. Semoga Arsenal labih berjaya dapat anugerah atau piala lain lagi selepas ini. Selamat maju jaya buat team Arsenal.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Hati Ceria Di Secret Recipe
Oklah tu. Ada jugak piala musim ni..tahniah Arsenal!!!
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming Terengganu vs Lions XII
Tahniah lah buat arsenal. Nampaknya usaha selama ini berhasil dan pulang dengan kejayaan!
Curahan rasa KiD @ ..Kisah PUTERI dari Les Copaque September 2014
tahniah buat pasukan arsenal atas kejayaan yang menjulang piala fa setalah hampir 9 tahun tidak menjulang apa apa trofi. walaupun arsenal tidak berbelanja besar seperti kelab yang lain khusus buat Chelsea Dan Manchester city namun dengan strategi Dan teamwork adalah kunci utama kejayaan Telah dibuktikan penting dalam satu pasukan bukan Duit semata mata.. tahniah kerana berjaya menutup mulut pengkritik yang yakin dengan kuasa Duit bukan kekuatan teamwork .. luv u gunners tak Kira menang atau kalah ..
Selamat untuk Arsenal, setidaknya Wenger bisa pergi dengan kenangan yang menyenangkan.
wenger tak jadi pergikan? sambung kontrak lg 2 tahun?
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming Terengganu vs Lions XII
Tahniah Arsenal, yg kalah tu chill lah. Boleh cuba tahun lain.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..BANK RAKYAT UMUMKAN 15% DIVIDEN TUNAI
ramsey terbaek tahun ni.. sayang kecederaan membantutkan usaha arsenal menang liga tahun ni..
harap musim depan tak banyak kecederaan untuk team arsenal
Curahan rasa zool @ ..Emel Jemputan ke Kilang Mamee
hahaha akhirnya arsenal mengakhiri juga puasa gelarnya.. selamat dah buat opa wenger.. 😀
Ga kadi dipecat..hee
Curahan rasa Kaos Distro Bola @ ..Kaos Distro Bola Arsenal GD 13
Wenger bila dah nak kena pecat baru la menjadi..biasa la..menang orang akan puji..kalah pula orang akan keji..lumrah manusia yg x pernah puas..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blog tak banyak Komen? Belajar Tips dan Cara Denaihati
Hampir mustahil Wenger kena pecat sebab dah bertahun-tahun Arsenal untung walaupun tak dapat piala sebab tu owner sayang kat dia.
Curahan rasa denaihati @ ..Urfa Turki kota para Nabi
hoho..wenger dan arsenal dan macam kuku n kulit..serasi
Curahan rasa hafizmd @ ..Badminton Piala Thomas 2014 Malaysia Boleh!
itulah kita kalau kalah suka menunding jari. Sampai bilakan. Kalau kehidupan diteruskan tak akan kemana kita.
Curahan rasa suri @ ..Barang Untuk Ubat Guna Guna Pengasih Penampar
alahai janganlah sedihkan tak best bila kita mengutuk ini itu ada dalam sukan bola
Curahan rasa suri @ ..Lubuk Emas Tiada, Tapi Rasa Terharu Sangat Bila Awak Tegur..
tahniah to arsenal. . in arsene we trust
Comments are closed.