Salam 1Malaysia, demam FIFA Worldcup 2010 sudah sampai kepenghujungnya. Netherlands akan menentang Sepanyol untuk menentukan Juara Piala Dunia 2010. Kedua-dua pasukan kali pertama berpeluang untuk menjulang Piala Dunia sepanjang penglibatan mereka. Walaupun Sotong Paul dari Germany memilih Sepanyol sebagai Juara tetapi aku, Bertobangi, ukmboyz, contestsukasuki, fiezaradzi, khairilafzal dan fazrol tetap setia menyokong Netherlands.
Kunci kejayaan kedua pasukan adalah pada pemain midfield yang bertaraf dunia yang menjadi bintang di kelab yang mereka wakili sekarang. Siapa yang tidak kenal kehebatan Wesley Sneijder (Inter Milan), Arjen Robben (Bayern Munich), Nigel de Jong (Manchester City), Rafael van der Vaart (Real Madrid), Xabi Alonso (Real Madrid), Cesc Febrages (Arsenal), Andres Iniesta (Barcelona) dan Xavi (Barcelona). Kalau merujuk kepada prestasi semasa Wesley Sneijder dan Arjen Robben antara yang paling berjaya kerana telah membuktikan keupayaan dengan membawa Inter Milan dan Bayern Munich kepertandingan akhir Piala Juara Eropa dan prestasi mereka belum menurun berbanding yang lain yang tidak menentu.
Mengikut analisa Pakar Bola Sepak seluruh dunia telah memilih Sepanyol yang bermain pantas seperti Barcelona sebagai juara Fifa worldcup 2010 sebelum sepak mula lagi. Hanspunyablog, Stewardjohn, Mieran87, Amriawan, Prince-aeros, Untitledlimited, akulahyash, Hudamcgyver, aizuddin dan armin-yosh juga memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada pasukan Sepanyol. Kita tengok siapa yang dapat RM250 nanti.
Siapa juara, Sepanyaol atau Netherlands?
Tepat jam 2.30am, 12/7/2010 pasti jutaan peminat bola sepak akan menonton TV pertandingan akhir worldcup melalui RTM1 dan Astro atau secara online melalui Astro B.player. Klik sponsor di bawah ini untuk informasi lanjut.
[ad#advertlets336]
371 Comments
terus terang waktu itupun aku pilih netherlands
Hehe.. tak pe bro.. dah berlalu pun.. piala ni dah ada dekat Spain.. hehe
Comments are closed.