Fifa worldcup 2010 final : Aku pilih Netherlands

Spread the love

Salam 1Malaysia, demam FIFA Worldcup 2010 sudah sampai kepenghujungnya. Netherlands akan menentang Sepanyol untuk menentukan Juara Piala Dunia 2010. Kedua-dua pasukan kali pertama berpeluang untuk menjulang Piala Dunia sepanjang penglibatan mereka. Walaupun Sotong Paul dari Germany memilih Sepanyol sebagai Juara tetapi aku, Bertobangi, ukmboyz, contestsukasuki, fiezaradzi, khairilafzal dan fazrol tetap setia menyokong Netherlands.
Pasukan Worldcup Netherlands 2010
Kunci kejayaan kedua pasukan adalah pada pemain midfield yang bertaraf dunia yang menjadi bintang di kelab yang mereka wakili sekarang. Siapa yang tidak kenal kehebatan Wesley Sneijder (Inter Milan), Arjen Robben (Bayern Munich), Nigel de Jong (Manchester City), Rafael van der Vaart (Real Madrid), Xabi Alonso (Real Madrid), Cesc Febrages (Arsenal), Andres Iniesta (Barcelona) dan Xavi (Barcelona). Kalau merujuk kepada prestasi semasa Wesley Sneijder dan Arjen Robben antara yang paling berjaya kerana telah membuktikan keupayaan dengan membawa Inter Milan dan Bayern Munich kepertandingan akhir Piala Juara Eropa dan prestasi mereka belum menurun berbanding yang lain yang tidak menentu.
Pasukan Worldcup Sepanyol 2010

Mengikut analisa Pakar Bola Sepak seluruh dunia telah memilih Sepanyol yang bermain pantas seperti Barcelona sebagai juara Fifa worldcup 2010 sebelum sepak mula lagi. Hanspunyablog,  Stewardjohn,  Mieran87, Amriawan,  Prince-aeros,  Untitledlimited, akulahyash,  Hudamcgyver,  aizuddin dan armin-yosh juga memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada pasukan Sepanyol. Kita tengok siapa yang dapat RM250 nanti.

Siapa juara, Sepanyaol atau Netherlands?

Tepat jam 2.30am, 12/7/2010 pasti jutaan peminat bola sepak akan menonton TV pertandingan akhir worldcup melalui RTM1 dan Astro atau secara online melalui Astro B.player. Klik sponsor di bawah ini untuk informasi lanjut.

[ad#advertlets336]


Spread the love

371 Comments

  1. Alhamdulillah, para penjudi dah berhenti berjudi (sebenarnya tidak sekali2 pun mereka berhenti). tapi kira baguslah juga sebab dah kurang sedikit bahang melainkan bahang si sotong kurita yang hendak disalai rebus masak kicap. sedapkah? Weeeeha 🙂
    Curahan rasa ampuan awang @ ..Culture Shock by S-ONE-INC PAINTMy Profile

  2. bro mieran dah siapkan entry spain juara..hehehe..entry yang sederhana sehaja..tp hope mieran dapat menang 😐

          1. @Steward John, rasanye semua gara2 mentaliti dah dikawal oleh sotong Paul.. sbb tu jadi berhati2.. nak terlelap jugak la tengok pagi tadi.. lain kali x patut tunjuk ramalan2 sotong tu.. wat lemah semangat player2 je.. huhu
            Curahan rasa Anarm @ ..Peraduan Copy dan Menang MP3 PlayerMy Profile

          1. @Steward John, ekekeke…saya tak leh lelap…tekanan gila menonton..sebab semalam perlawanan sangat best

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!