Fenomena artis K-Pop perangkap remaja Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat beberapa tahun lepas ketika aku berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok ketika pemeriksaan masuk tiba-tiba terdengar jerit pekik sekumpulan remaja wanita sambil berlari-lari mengejar sesuatu. Ada yang memegang kamera, ada yang memegang video cam dan ada yang memegang kain sepanduk berlari terjerit-jerit histeria. Pada mulanya pelik juga aku melihat fenomena yang tak pernah aku nampak.

Sebelah baris aku kelihatan beberapa remaja yang menutup kepala juga sedang melalui pemeriksaan masuk. Apabila melepasi pemeriksaan masuk mereka membuka tutup kepala maka terdengarlah jeritan yang kuat dari remaja-remaja perempuan tersebut. Rupanya inilah kumpulan K-Pop yang baru pulang buat konsert di Bangkok yang menjadi kegilaan remaja yang sedang terjerit pekik di luar tu.

konsert kumpulan k-Pop di Malaysia

Beberapa bulan selepas itu ketika aku berada di KLIA menunggu seorang teman suasana yang sama seperti di Airport Suvarnabhumi juga berlaku. Sekumpulan remaja perempuan berlari terjerit-jerit mengejar kumpulan K-Pop yang hendak pulang dari acara anugerah K-Pop yang berlansung di Genting Resorts World. Cuma jangalnya di KLIA terdapat remaja perempuan yang bertudung juga terjerit-jerit mengejar kumpulan K-Pop. Siapa sangka rupanya remaja perempuan Islam yang bertudung bukan sahaja tergila-gila dengan kumpulan K-Pop malah sanggup dipeluk dan dicium oleh penyanyi Korea seperti yang berlaku di konsert K-Pop B1A4.

kumpulan K-Pop B1A4 peluk remaja Islam

Memang ramai remaja perempuan yang terlalu minat kumpulan K-Pop dan pelakun Korea sehingga menjadi fenomena termasuklah anak perempuan aku. Berjam-jam masa mereka habiskan untuk menonton konsert K-Pop dan drama Korea di saluran Astro. Minat tidak salah tetapi yang salah apabila keterlaluan sehingga sanggup dipeluk dan dicium oleh penyanyi Korea di khalayak ramai tanpa memikirkan hukum agama. Menghalang minat remaja perempuan bukan penyelesaian kerana apabila sudah suka berbagai cara akan dilakukan demi minat.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini

Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini

Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]

Teringat kata-kata Prof Dr. Muhaya bahawa anak-anak ini adalah cermin ibu bapa. Jadi jangan salahkan 100% kepada anak-anak remaja bertudung yang bertindak agak keterlaluan memeluk artis K-Pop kerana pasti ada kepincang dalam kehidupan keluarga mereka sehingga mereka tidak dapat membezakan minat dan batas agama.

Ayah tahu kakak minat sangat artis Korea tetapi jangan sampai terperangkap dengan fenomena keterlaluan. Agama lebih tinggi dari segalanya.


Spread the love

129 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!