Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat beberapa tahun lepas ketika aku berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok ketika pemeriksaan masuk tiba-tiba terdengar jerit pekik sekumpulan remaja wanita sambil berlari-lari mengejar sesuatu. Ada yang memegang kamera, ada yang memegang video cam dan ada yang memegang kain sepanduk berlari terjerit-jerit histeria. Pada mulanya pelik juga aku melihat fenomena yang tak pernah aku nampak.
Sebelah baris aku kelihatan beberapa remaja yang menutup kepala juga sedang melalui pemeriksaan masuk. Apabila melepasi pemeriksaan masuk mereka membuka tutup kepala maka terdengarlah jeritan yang kuat dari remaja-remaja perempuan tersebut. Rupanya inilah kumpulan K-Pop yang baru pulang buat konsert di Bangkok yang menjadi kegilaan remaja yang sedang terjerit pekik di luar tu.
Beberapa bulan selepas itu ketika aku berada di KLIA menunggu seorang teman suasana yang sama seperti di Airport Suvarnabhumi juga berlaku. Sekumpulan remaja perempuan berlari terjerit-jerit mengejar kumpulan K-Pop yang hendak pulang dari acara anugerah K-Pop yang berlansung di Genting Resorts World. Cuma jangalnya di KLIA terdapat remaja perempuan yang bertudung juga terjerit-jerit mengejar kumpulan K-Pop. Siapa sangka rupanya remaja perempuan Islam yang bertudung bukan sahaja tergila-gila dengan kumpulan K-Pop malah sanggup dipeluk dan dicium oleh penyanyi Korea seperti yang berlaku di konsert K-Pop B1A4.
Memang ramai remaja perempuan yang terlalu minat kumpulan K-Pop dan pelakun Korea sehingga menjadi fenomena termasuklah anak perempuan aku. Berjam-jam masa mereka habiskan untuk menonton konsert K-Pop dan drama Korea di saluran Astro. Minat tidak salah tetapi yang salah apabila keterlaluan sehingga sanggup dipeluk dan dicium oleh penyanyi Korea di khalayak ramai tanpa memikirkan hukum agama. Menghalang minat remaja perempuan bukan penyelesaian kerana apabila sudah suka berbagai cara akan dilakukan demi minat.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini
Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini
Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]
Teringat kata-kata Prof Dr. Muhaya bahawa anak-anak ini adalah cermin ibu bapa. Jadi jangan salahkan 100% kepada anak-anak remaja bertudung yang bertindak agak keterlaluan memeluk artis K-Pop kerana pasti ada kepincang dalam kehidupan keluarga mereka sehingga mereka tidak dapat membezakan minat dan batas agama.
Ayah tahu kakak minat sangat artis Korea tetapi jangan sampai terperangkap dengan fenomena keterlaluan. Agama lebih tinggi dari segalanya.
129 Comments
yang best itu kenapa banyak cewek cantik pakai tudung suke dengan kpop …..??
Curahan rasa ihsan @ ..Eric Martin Pemuda ini Kaya Lewat Internet
Salam,
Yang best nyer, yang duk tunjuk kat tv tu, remaja perempuan yang pakai tudung yang naik pentas dan dipeluk oleh artis k-pop ni. Yang tak pakai tudung tu tak nampak pulak! Adakah ni satu sabotaj. Organizer atau pengacara secara lansung pilih yang bertudung aje… Yang tu nampak lagi tak bermaruahnya remaja perempuan melayu islam ni.
Curahan rasa tokjogho @ ..Konsep Rumahtangga Dalam Islam
Apa nak jadi dengan remaja islam sekarang. Mudah sangat terikut-ikut dengan budaya orang lain.
Curahan rasa BloggInspired @ ..Contest Best Of Malaysia Blog 2015 Memang Mencabar
rumah adalah sekolah pertama anak-anak, ibu bapa adalah guru pertama anak-anak… mari sama-sama kita meriahkan pembelajaran PERTAMA anak-anak kita…
Curahan rasa aLiXaL @ ..Pemain Import Liga Perdana Malaysia 2015 – Gelombang K-Pop Merancakkan Liga Perdana?
di usia sekarang ni, tak pernah kenal mana-mana artis kpop hehee..ada apa dengan kpop sebenarnya..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Apa Itu Milk Booster. Perlu Atau Tidak?
tak sangka budaya kpop yang jauh lebih lembut daripada blackmetal, skinhead, punk dan rock keras juga ada kesan kepada remaja kita…benda ini salah apabila silap pembawakan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Mykad Smart Shopper Apps
apa yang best sangat dengan kpop ni.. lebih suka pak arab.. lebih hensem.. hidung mancung gitu
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Cipta Logo Sendiri
pondasi agama lagi harus ditanamkan lebih kuat sejak dini agar mereka punya aqidah yang kuat
Curahan rasa Abdullah @ ..Termasuk Syirik Memakai Cincin dan Benang dan Semisal Keduanya Untuk Menghilangkan dan Menolak Bala
Kesian si anak gadis…sebab minat yg keterlaluan…sebab tu pentingnya anak2 diberi pendedahan tentang mana yg halal mana yang haram..
Curahan rasa ummi @ ..Mama lesu lepas menyusu bayi
sekarang jnis menjawab… mak ayah kata tak boleh, dia bolehkan juga.. generasi baru ni lain macam skit
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Cipta Logo Sendiri
huhuuuhuuuu.. takdelah semua peminat kpop perangai macam remaja tu, kesian peminat-peminat kpop yang lain-lain 🙁
Curahan rasa Mrs. A @ ..Wordless Wednesday #26
Memang mereka salah, tapi x perlu kecam sebegitu rupa…..sekadar nasihat dan tegur dengan medium yg betol sudah memadai x perlu sampai buka aib orang laen. Jadikan perkara ini sebagai iktibar supaya yang lain tidak ikut.
Dalam tv artis peluk2, mana bebudak x ikut….
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Suku Abad Sudah…
doakan kebaikan mereka2, remaja mungkin buat silap tapi ada peluang kedua..bagi peluang, tutup aib mereka.
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Senarai Milk Booster Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu
Menjadi tantangan orang tua untuk semakin menjaga anak-anak mereka dengan kemajuan jaman yang semakin tidak karu-karuan.
Curahan rasa luthfi @ ..Perbaikan Kulit Malam Hari
budak budak tak tahu benda tu salah kadang tu sebab banyak sangat tengok dlm tv oleh artis-artis atau pemimpin negara.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Pengalaman Terperangkap Dalam Bilik
Inilah hal yang ditakutkan oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam Fitnah dunia yang akan menggelincirkan sebagian umatnya
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Syekh Saalih al-Fawzaan Posisi Kaum Muslimin terhadap Penghinaan kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam
Comments are closed.