Fatin Liyana Top Blogger Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa pendapat rakan blogger kalau aku kata Fatin Liyana adalah top blogger Malaysia? Satu lagi agaknya ada beza ke top blogger Malaysia dengan top blog Malaysia? Siapa nak jawab dua soalan ini.

Sepatut jadi Doktor macam Dr Fatin Liyana

Kenapa aku kata Dr. Fatin Liyana yang bakal menjadi doktor kelulusan UKM adalah top blogger Malaysia. Mengikut statistik keyword  yang masuk ke blog Denaihati, Blogger Fatin Liyana  adalah blogger yang paling banyak mendapat carian untuk tahun 2012 dan 2013. Bukan setakat itu sahaja pada tahun 2011, Fatin Liyana telah terpilih “Malaysia Faster Rising People” oleh Google Zeitgeist 2011 sebaris dengan Anwar Ibrahim, Hanis Zalikha dan Ustaz Kazim.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini

Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Selain keyword Fatin Liyana yang menjadi carian begitu juga blog beliau juga menjadi carian ramai. Blog Fatin Liyana dengan url Honeykoyuki.blogspot.com menjadi pilihan utama membaca blog Denaihati sebagai top blog Malaysia untuk tahun 2012 dan 2013. Lebih daripada 20,000 trafik blog mengalir keluar dari blog Denaihati ke blog Honeykoyuki. Pencapaian lebih hebat pada 2011 blog Fatin Liyana telah terpilih antara top 10 blog Malaysia oleh Google Zeitgeist sebaris dengan Blog Serius, Beautifulnara, Papagomo dan Jejariruncing.

[box type=”shadow”]Denaihati Top Outgoing Blog Links 2012

  1. Honeykoyuki.blogspot.com
  2. Bicaramakdara.com
  3. Paultan.org
  4. Fukkenlol.blogspot.com
  5. Rotikaya.com

Denaihati Top Outgoing Blog Links 2013

  1. Honeykoyuki.blogspot.com
  2. Bicaramakdara.com
  3. Paultan.org
  4. Fukkenlol.blogspot.com
  5. Rotikaya.com

Buat Duit Dari Rumah!
[/box]

Kalau nak dirujuk kepada Alexa Ranking blog Honeykoyuki memang ke laut sebab ketika entri ini ditulis alexa ranking berada pada 312,673 di dunia dan 2,952 di Malaysia. Kalau dirujuk pada trafik blog Fatin Liyana sudah melebihi 30 juta melawat blog tersebut jadi alexa ranking tersebut tidak mengambarkan kedudukan sebenar. Keadaan ini berlaku kerana blog Honeykoyuki tidak di set mengikut kehendak cara untuk meningkatkan Alexa Ranking.

fatin-liyana-blogger-doktor

Doktor Blogger Fatin Liyana pasti boleh dijadikan idola kepada blogger baru bagaimana seorang bakal doktor yang sibuk dengan pengajian masih sempat menulis blog, menulis advetorial, berkongsi kisah kembara serta menjadi cover berbagai majalah. Awek cun mungkin satu sebab tetapi bukan sebab utama kerana ada ramai lagi blogger yang lebih cun tetapi tidak mendapat trafik blog sehingga 30 juta. Kisah kejayaan Fatin Liyana sebagai blogger sambilan boleh dijadikan contoh kepada blogger sambilan yang lain. Rahsianya kejayaan pasti kesungguhan walaupun hanya sebagai blogger sambilan.


Spread the love

167 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!