Fanpage Facebook atau Google Friend Connect

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada blogger yang tanya untuk berblog bagus guna platform Blogspot atau Wordpress? Aku bermula dengan Blogspot dan awal tahun 2010 aku berhijrah ke dunia Wordpress. Sehingga hari ini masih lagi maintain beberapa blog yang menggunakan platform Blogspot. Setelah menggunakan kedua-dua platform pasti ada bezanya mana yang lebih baik tetapi untuk entri ini aku belum nak komen. Begitu juga ada blog yang pasang Fanpage Facebook atau Google Friend Connect dan ada juga blog yang pasang kedua-duanya sekali.

Secara peribadi aku mempunyai visi dan misi yang jauh dalam dunia blog ini jauh sekali aku meremehkannya. Blog kalau diolah dengan baik dan sabar merancang penjenamaan pasti suatu hari nanti akan menjadi platform yang mahal nilainya. Bagi mencapai misi dan visi tersebut aku menjadikan beberapa blogger profesional luar dan dalam negara sebagai idola. Bukan sekadar membaca dan mengikuti setiap entri yang mereka tulis tetapi juga memerhati cara mereka menyusun atur blog supaya kelihatan profesional dan berkarisma.

Daripada pengamatan aku hampir kesemua blog yang popular ini tidak meletakkan widget yang merapu malah widget alexa pun mereka tak letak walaupun ranking mereka ini memang tip top. Begitu juga hampir kesemua top blog ini memasang Fanpage Facebook berbanding Google Friend Connect. Apa yang top blogger ni pasang di blog mereka pasti ada tujuan yang ianya boleh membantu meningkatkan prestasi bukan sekadar kosmetik untuk mencantikan blog tetapi membebankan loading time yang akhirnya memberi kesan negatif kepada blog.

Apa pandangan teman-teman blogger?

Nota : antara fav blog yang selalu aku singgah problogger.net, johnchow.com, hongkiat.com, paultan.org, bloggersentral.com, atniz.com, kujie2.com dan banyak lagi. Banyak ilmu yang dah aku sedut dari diaorang ni.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

45 Comments

  1. Saya tengah plan nak letak fanpage tapi tak tau lagi bila. Buat masa sekarang ni letak GFC dulu. Sesetengah blogger berpendapat tak perlu letakkan kedua-dua gadjet tu di blog. Pada saya, untuk membolehkan seseorang blogger itu bangun untuk menjadi popular, gadjet ini perlu. Bila dah jadi popular, terpulang la samada nak letak atau pun tak
    Curahan rasa Sobri @ ..Balik kampung!!!!! Oooo balik kampung!!!!My Profile

  2. baru je mlm td disablekan fb fan page…hehehe
    #berblog kene banyak sabar….klau cepat sgt nk hasil mmg x dpek apo la jawabnya…:)
    pas tu nak membina jaringan sesama blogger juga memakan masa yg lama gak…
    Curahan rasa yas @ ..Anak Malaysia juga bolehMy Profile

  3. fanpage fesbuk kena aktif post kat situ baru org rajin nak dtg lepak.. kalau tak bersawang jer la..

    gfc lak aku krg minat.. aku lbh suka bloglist sbb sng org boleh terus tau update terbaru.. kalau follow gfc ni kena login dulu.. mcm leceh pulak..

    tp ade gak kelebihan gfc ni.. boleh tau bape ramai yg follow kita.. kalau ramai sng la dpt review utk maxis10.. 😀

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!