Facebook memusnahkan rumah tangga

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sekadar nak kongsikan kisah yang tertera di Harian Metro yang mungkin boleh menjadi teladan kepada semua yang kaki Facebook tetapi untuk aktiviti yang boleh meruntuhkan keluarga. Kisah ini adalah sebahagian dari ribuan kisah sedih kehancuran rumahtangga akibat salahguna Facebook.

Samseng Facebook – Sistem Trafik Percuma FaceBook!

Berikut adalah kisahnya :

Saya sebenarnya isteri bertuah tetapi tidak tahu menghargainya. Saya berkahwin hampir tujuh tahun lalu mempunyai dua anak. Suami saya baik, penyayang dan sangat mencintai saya, baik dengan anak, tidak pernah tinggal solat, malah boleh saya katakan dia miliki ciri-ciri suami yang susah dicari pada zaman ini. Pada saat kawan lain merungut dan kecewa dengan sikap suami masing-masing yang bermata keranjang, panas baran dan pelbagai sifat negatif lain, saya hanya tersenyum dan bertuah kerana suami tidak bersikap begitu.

Segala-galanya berubah apabila saya menghubungi kenalan pada zaman sekolah yang saya panggil Z melalui facebook (FB). Pada awalnya, saya cuma ingin bertanya khabar tetapi semakin lama semakin melarat. Betul kata seorang ustaz, bila umpan syaitan sudah mengena, yang haram dianggap halal. Daripada berhubung melalui mesej di FB, hubungan kami melarat melalui telefon dan sesekali bila ada peluang, kami berjumpa di luar.

Rahsia Menambat Nafsu Suami – Ebook terbaik buat para isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi

Saya tidak segan lagi mengucapkan perkataan rindu, sayang dan ingin hidup bersamanya. Biasanya kami berhubungan pada tengah malam ketika orang lain tidur. Saya sering memberi alasan kepada suami yang saya lambat tidur untuk menyiapkan kerja pejabat.
Saya mula mengabaikan keperluan batin suami. Saya benar-benar bahagia. Dalam sehari, tujuh hingga lapan kali saya menghubungi Z kerana merinduinya. Saya juga rela menghabiskan wang untuk membayar bil telefon kerana biasanya kami bergayut lama setiap kali ada peluang.

Seks Suami Isteri

Hubungan ini akhirnya dapat dikesan isterinya. Walaupun isterinya merayu supaya tidak mengganggu suaminya, saya tetap teruskan hubungan ini.  Akhirnya perkara ini sampai juga ke pengetahuan suami saya. Ketika membasuh kereta saya, suami terjumpa sampul surat mengandungi foto Z dan surat cintanya. Suami saya hampir pengsan apabila membaca surat berkenaan.

Gandakan Trafik & Prospek 300%

Dia langsung tidak menyangka saya tergamak berbuat begitu padanya. Malah, suami tidak boleh menerima kenyataan saya sanggup memusnahkan rumah tangga orang lain.  Sejak itu, saya benar-benar insaf. Sikap suami terhadap saya mula berubah walaupun sikapnya dengan anak masih sama. Saya juga tidak lagi menghubungi Z selepas itu.

Saya juga beberapa kali menangis di depan suami untuk meminta maaf daripadanya. Walaupun mulutnya berkata maaf, saya tahu dalam hatinya dia belum memaafkan saya.  Suami semakin menjauhi saya dan sering tidur bersama-sama anak. Tolonglah saya Dang Setia, saya benar-benar bertaubat.  Saya tidak mahu kehilangan suami. Dia terlalu baik kepada saya. Kepada pembaca lain, jadikan kisah saya sebagai pengajaran. Kini saya merindui senda gurauan suami. Sehingga hari ini saya belum dapat memaafkan diri saya.

SITI
Kelantan

Aku juga pengguna Facebook tetapi untuk promosi produk dan blog serta berkomunikasi dengan keluarga dan teman-teman bila perlu. Aku telah berjaya menjual produk bernilai berpuluh ribu ringgit dengan mengiklankan di Facebook. Facebook boleh diibaratkan seperti pisau kalau diguna untuk baik maka baiklah hasilnya tetapi jika digunakan untuk buruk maka buruklah hasilnya.

Mungkin teman-teman mempunyai pengalaman baik buruk menggunakan Facebook yang mungkin ingin dikongsikan sebagai pengajaran kita bersama.


Spread the love

60 Comments

  1. Face Book dah tak de Kauliti…guna bahasa pun macam dalam SMS ! Budak bawah umur pun ada guna Facebook. Kadand-kadang ayat-ayat pun susah nak faham .Jika SMS punya ayat okey lah. Ada yg cakap Facebook ni jadi ketagih .Tepuk dada..tanya minda ? Byk sangat campr aduk..cerca merba…

      1. Mat salleh created FB ni semua nya nak jahanamkan orang ? Berbeza cara hidup mereka dan social life mereka pun berbeza. Kita ni macam dah kemaruk sangat nak berfacebook..sampai anak ABU pun main FB. dah macam antar sms pulak ? Kat Cyber cafe mcm kedai kopi..main Games lebih banyak dari mencari maklumat .Ada akai pakai lah dan nak besarkan isu ni pun tak guna ? Tepuk dada tanya MINDA….!!

  2. nak share story, untuk pengajaran semua..

    kawan eyra… dah married. ada anak baru lah umur 2 or 3 bulan. cerai kerana facebook. si suami jumpa gf baru. hmm dua2 pun muda lagi so maybe nafsu muda nak enjoy tu ttp ada lagi. sian si isteri. tapi alhamdulillah lah si suami sedar and kembali kepada isteri untuk kebaikan anak diorg. now dalam proses nak rujuk semula. alhamdulillah dia tak lupa tangungjawab pada anak dia yg sorang tu. untuk lelaki mahu pun prempuan. tolonglah kuatkan hati. jangan mudah tergoda dengan duniawi ni. terutamanya yang dah married la. sayang kan masjid yang dibina runtuh sebab facebook? =)

  3. sikap pengguna tu je.. semuanya bergantung pada niat jugak… kan kan.. ade yg nk cari pasangan..dapt la.. tapi yg dah kawen tu, tapi.. nk cari lain..payah laaaa
    Curahan rasa shah @ ..Jepun akan hancurMy Profile

  4. klo kita udah berumah tangga,janganlah berbuat macam-macam,,kita harus sayang kpd suami dan anak kita,jangan sampai ngorbanin rumah tangga demi hal hal yang malah bikin ngancurin keluarga kita,,,,

  5. social media ni bukan kita boleh guna tapi… pandai2lah ingat diri sendiri status apa :)) hati dan iman yang mudah rapuh tu bahaya :))

  6. hurmm macam2 dunia skang… dah ada laki baik..pompuan lak buat hal… ada pompuan baik..laki buat hal…. semuanya nak layan tuntutan nafsu… benarlah bahawa melawan hawa nafsu lagi susah berjihad di medan perang
    Curahan rasa aimannajmy @ ..Mana salahnyaMy Profile

  7. Salam..

    ada banyak lagi sebenarnya keburukan Facebook ni..

    sebagai contoh, ada sorang kawan saya ni dia hantar komen lucah dekat sorang perempuan lain..

    yang jadi masalah, bila boyfriend perempuan tu nampak dan cari kawan saya tu..

    mungkin kalau kawan saya tu sekadar meluahkan perkataan lucah di mulut, benda tu boleh diselesaikan lagi dengan meminta maaf sebab antara kami semua memang tau dia suka cakap lucah..

    tapi tu la, Facebook ni boleh jugak jadi medan sebar aib orang.. tak pasal2 kawan saya kena belasah..

    so, pengajarannya kita kena la kontrol sikit dalam menggunakan Facebook ni..

    sekadar pandangan biasa daripada saya.. 🙂
    Curahan rasa Burungman @ ..Makan Nasi UrghhhMy Profile

    1. betul tu…perkataan yg terluah secara penulisan dan percakapan terkadang berbeza intonasinya mengikut org yg membaca. sebab tu kena baca banyak kali dan cuba bertenang. memang menakutkan juga. yg menulis pun perlu baca semula selepas menaipnya, takut kes tersalah kata. mungkin pengajaran juga buat dia agar tidak lagi guna perkatan2 yg tak manis tu.
      Curahan rasa Liza @ Adzriel AB @ ..Aku suka tengok diaorang hidup susah!My Profile

  8. Kalau dah kahwin, segalanya dah tak sama macam zaman bujang. Memang banyak yang kena jaga. Bukan sahaja facebook, apa-apa sahaja dan di mana sahaja kalau kita lalai, memang boleh menjejaskan rumah tangga kita.
    Curahan rasa ariff @ ..Kenapa Komen Tak KeluarMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!