Eyriqazz vs Denaihati idea kreatif

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati dah tamat pada 31/8/12 tinggal menunggu keputusan sahaja. Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini memang sangat mengejudkan sebab tak pernah pulak Bro Eyriqazz minta kebenaran apatah lagi nak bayar loyalti menggunakan nama Denaihati.

Memang terharu sangat di atas kesudian Bro Eyriqazz menggunakan keywords Denaihati untuk cabaran SEO secara tak lansung mempromosi blog Denaihati. Jadi jangan risau Bro Eyriqazz pasti tak akan terima resit tuntutan loyalti daripada aku. Aku memang tabik dengan blog Eyriqazz yang sentiasa sahaja dapat macam-macam projek baru. Semua ini hasil kreativiti Bro Eyriqazz.

Mengurus blog memang kena kreatif dan sensitif dengan pesekitaran barulah boleh melangkah jauh dan boleh bersara awal seperti Abangensem.

Ramai yang bagi komen tak ada idea nak menulis blog. Kepada yang selalu kering idea boleh baca komen-komen dalam entri “Idea untuk Blogger” banyak perkongsian yang boleh dijadikan panduan untuk menulis entri baru.

Sebenar bukan susah sangat menulis entri baru terlalu banyak idea ada di sekeliling kita. Contohnya Bro Eyriqazz menggunakan Denaihati sebagai projek cabaran SEO. Blog Rakan Blogger boleh menjadi sumber inspirasi untuk kita menulis dan menganjurkan contest yang penting kita kena rajin explore.

Blogger Kacak Malaysia Sumber Inspirasi

Aku beberapa kali menulis hasil idea dari bacaan di blog lain yang penting jangan copy paste. Kita boleh kembangkan idea mengikut rasa HATi kita sendiri. Contohnya entri “Suami Curang Ketika Mengandung” dihasilkan setelah membaca entri di blog Kujie2.com. Dan paling baru menulis entri “Bersara Awal Untuk Jadi Kaya” terhasil setelah membaca entri Abangensem. Pernah juga menulis entri “Jiran Hamilkan Isteri” setelah terbaca kisahnya di blog Zulkbo.com.

Selain daripada itu komen Rakan Blogger di entri-entri tertentu juga boleh dijadikan idea untuk menulis entri contohnya entri “Pesanan Sifu untuk jadi Blogger yang Berjaya‘ dimana aku menjawab beberapa soalan dan komen dalam bentuk entri.

Perbualan dengan kawan-kawan di dunia nyata pun boleh dijadikan idea menulis entri contohnya entri “Takut untuk Berjaya” tetapi tak perlulah kita dedahkan identiti sebenar. Ha ha ha sebab tu sekarang ramai kawan-kawan aku akan pekena aku … mereka akan kata “kisah ni mesti akan keluar kat blog Denaihati”. Aku senyum je …. Entri “Israk Mikraj siapa yang takut dengan peringatan” juga kisah dari kawan-kawan.

Boleh juga dapat idea menulis entri daripada berbagai isu di Facebook contohnya entri “Bila MARAH buat apa” yang mendapat respond baik daripada pembaca dan boleh menjadi panduan hidup.

Ni sebahagian daripada tips blogging yang boleh aku kongsikan. Yang penting kena kreatif pasti tak ketandusan idea. Cuma kekadang datang mood malas nak menulis biarkan jangan dipaksa. Fokus pada aktiviti dunia nyata yang boleh mengembalikan kesegaran minda yang sudah kepenatan mengadap laptop.

Kekadang kita tidak perlu menjadi terlalu complicated untuk menjadi seorang Blogger.

Siapa agaknya pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati?


Spread the love

104 Comments

  1. Dari segi format SEO sudah dipatuhi tetapi masih belum tersenarai Top 10. Saya menghormati bagi mereka yang berjaya meletakkan diri di 1st page Google.

    Adakah saya berputus asa? Tidak. Saya akan terus berusaha memperlengkapkan ilmu blogging.

    1. Ada yang tidak berani memasuki pertandingan SEO ini kerana berasa kerdil dan ilmu yang tidak seberapa.

      Kalau tidak dimula langkah pertama bagaimana hendak menolak diri untuk belajar ilmu SEO. Bila sudah terlibat sudah pasti kita akan mengkaji pesaing dan cuba memperbaiki ilmu blogging.

      Kalah dan menang adat permainan tetapi yang penting ilmu dan pengajaran dipelajari dari pertandingan SEO adalah price less.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!