Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati dah tamat pada 31/8/12 tinggal menunggu keputusan sahaja. Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini memang sangat mengejudkan sebab tak pernah pulak Bro Eyriqazz minta kebenaran apatah lagi nak bayar loyalti menggunakan nama Denaihati.
Memang terharu sangat di atas kesudian Bro Eyriqazz menggunakan keywords Denaihati untuk cabaran SEO secara tak lansung mempromosi blog Denaihati. Jadi jangan risau Bro Eyriqazz pasti tak akan terima resit tuntutan loyalti daripada aku. Aku memang tabik dengan blog Eyriqazz yang sentiasa sahaja dapat macam-macam projek baru. Semua ini hasil kreativiti Bro Eyriqazz.
Mengurus blog memang kena kreatif dan sensitif dengan pesekitaran barulah boleh melangkah jauh dan boleh bersara awal seperti Abangensem.
Ramai yang bagi komen tak ada idea nak menulis blog. Kepada yang selalu kering idea boleh baca komen-komen dalam entri “Idea untuk Blogger” banyak perkongsian yang boleh dijadikan panduan untuk menulis entri baru.
Sebenar bukan susah sangat menulis entri baru terlalu banyak idea ada di sekeliling kita. Contohnya Bro Eyriqazz menggunakan Denaihati sebagai projek cabaran SEO. Blog Rakan Blogger boleh menjadi sumber inspirasi untuk kita menulis dan menganjurkan contest yang penting kita kena rajin explore.
Aku beberapa kali menulis hasil idea dari bacaan di blog lain yang penting jangan copy paste. Kita boleh kembangkan idea mengikut rasa HATi kita sendiri. Contohnya entri “Suami Curang Ketika Mengandung” dihasilkan setelah membaca entri di blog Kujie2.com. Dan paling baru menulis entri “Bersara Awal Untuk Jadi Kaya” terhasil setelah membaca entri Abangensem. Pernah juga menulis entri “Jiran Hamilkan Isteri” setelah terbaca kisahnya di blog Zulkbo.com.
Selain daripada itu komen Rakan Blogger di entri-entri tertentu juga boleh dijadikan idea untuk menulis entri contohnya entri “Pesanan Sifu untuk jadi Blogger yang Berjaya‘ dimana aku menjawab beberapa soalan dan komen dalam bentuk entri.
Perbualan dengan kawan-kawan di dunia nyata pun boleh dijadikan idea menulis entri contohnya entri “Takut untuk Berjaya” tetapi tak perlulah kita dedahkan identiti sebenar. Ha ha ha sebab tu sekarang ramai kawan-kawan aku akan pekena aku … mereka akan kata “kisah ni mesti akan keluar kat blog Denaihati”. Aku senyum je …. Entri “Israk Mikraj siapa yang takut dengan peringatan” juga kisah dari kawan-kawan.
Boleh juga dapat idea menulis entri daripada berbagai isu di Facebook contohnya entri “Bila MARAH buat apa” yang mendapat respond baik daripada pembaca dan boleh menjadi panduan hidup.
Ni sebahagian daripada tips blogging yang boleh aku kongsikan. Yang penting kena kreatif pasti tak ketandusan idea. Cuma kekadang datang mood malas nak menulis biarkan jangan dipaksa. Fokus pada aktiviti dunia nyata yang boleh mengembalikan kesegaran minda yang sudah kepenatan mengadap laptop.
Kekadang kita tidak perlu menjadi terlalu complicated untuk menjadi seorang Blogger.
Siapa agaknya pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati?
104 Comments
bukannya bloger baru… bloger yang tak berapa baru pun tak berapa nak ada idea… kadang2 ciput jer… jenuh juga curi idea orang lain, itupun baru dapat tajuk nak buat cerita jenuh fikir pulak..
Curahan rasa yangbaik @ ..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
Actually kekadang idea tu sentiasa ada disekeliling kita…. atau terlintas di fikiran… cuma kita jarang catit dalam bentuk nota bila masa idea tu timbul
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..WW : Susu Segar Jabatan VETERINAR
rasanya akak jarang putus idea sebab banyak sangat yang nak di ceritakan. setuju juga dgn psl copy cat..tu klu nak copy pun janganlah ciplak 100%..cuba tukar sikit ayat tu..barulah org tak kata copy terus
Curahan rasa kak ina kl @ ..Seronoknya Minum Susu Bersama Keluarga
kena banyak menuntut ilmu dengan bro ni..hehehe
Curahan rasa hafizrahim @ ..UFO Capsule
menulis memerlukan kreativiti dan olahan adalah sangat penting, namun sambil2 berikan kredit kepada artikel rakan2 seperjuangan. Tentu lebih bermakna daripada menang sendirian tapi kurang rakan.
Curahan rasa Zulfaka Ali @ ..Tip Keselamatan Perbankan Internet
memang terbaik buat contest melibatkan SEO ni. jangka masa panjang memang memberi impak positif pada blog.
Curahan rasa aslam @ ..Pelaburan yang berbaloi
Blogger perlu sentiasa kreatif dalam penulisan. Ambil inspirasi daripada isu semasa dan persekitaran 😀
Curahan rasa anif @ ..iPhone 5
tenagah menunggu pemenang, bila akan diumumkan agaknya..
Curahan rasa lewisdotmy @ ..iPhone 5 Dilancarkan 12 September 2012
Bro Eyriqazz memang kreatif.. Sekarang ni rengah tunggu keputusan rasmi Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati… Good Luck saya ucapkan kepada semua peserta.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Berhari Raya Di Dusun Durian…
hebatlah kamu semua nie…. tringin nak brjumpa dengan blogger hebat mcm denaihati
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Biar Kita Kehilangan Sesuatu Kerana Allah, Jangan Kita Kehilangan Allah Kerana Sesuatu.
Banyak jalan menuju Roma, banyak cara mendapatkan idea untuk entri rupanya…
Curahan rasa Dadan @ ..Tujuan Pertama Ngeblog
nanti dayah nak cuba buat entry jugak melalui keyword yg diberi kat atas.. 😀
Curahan rasa hidayah @ ..ANTARA Keperluan Untuk IBU Berpantang
haha. betul tu. tak perlu terlalu skema untuk jadi BLOGGER. write wht u think and wht u like as long tak menyentuh sensitiviti org lain, berpada-pada.
be creative. tapi kadangkala memang terbeku juga otak ni. hehe
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Jalan jatuh
setuju tu..pada sy setiap idea yg disampaikan mmg berharga.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Hantu Drift : Drift Kereta
yang pastinya bukan aku le..susah sangat nak menangnya..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Outing Gunung Lang Bersama Ipoh Photographer & Talent
nak tulis artikel tak susah. cuma aku sekarang takde masa aje. haha..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 95 dari TNX
teknik penulisan bro cendol ni pun salah satu idola ku… opsss pecah rahsie :p
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Jalan jatuh
Comments are closed.