Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati dah tamat pada 31/8/12 tinggal menunggu keputusan sahaja. Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini memang sangat mengejudkan sebab tak pernah pulak Bro Eyriqazz minta kebenaran apatah lagi nak bayar loyalti menggunakan nama Denaihati.
Memang terharu sangat di atas kesudian Bro Eyriqazz menggunakan keywords Denaihati untuk cabaran SEO secara tak lansung mempromosi blog Denaihati. Jadi jangan risau Bro Eyriqazz pasti tak akan terima resit tuntutan loyalti daripada aku. Aku memang tabik dengan blog Eyriqazz yang sentiasa sahaja dapat macam-macam projek baru. Semua ini hasil kreativiti Bro Eyriqazz.
Mengurus blog memang kena kreatif dan sensitif dengan pesekitaran barulah boleh melangkah jauh dan boleh bersara awal seperti Abangensem.
Ramai yang bagi komen tak ada idea nak menulis blog. Kepada yang selalu kering idea boleh baca komen-komen dalam entri “Idea untuk Blogger” banyak perkongsian yang boleh dijadikan panduan untuk menulis entri baru.
Sebenar bukan susah sangat menulis entri baru terlalu banyak idea ada di sekeliling kita. Contohnya Bro Eyriqazz menggunakan Denaihati sebagai projek cabaran SEO. Blog Rakan Blogger boleh menjadi sumber inspirasi untuk kita menulis dan menganjurkan contest yang penting kita kena rajin explore.
Aku beberapa kali menulis hasil idea dari bacaan di blog lain yang penting jangan copy paste. Kita boleh kembangkan idea mengikut rasa HATi kita sendiri. Contohnya entri “Suami Curang Ketika Mengandung” dihasilkan setelah membaca entri di blog Kujie2.com. Dan paling baru menulis entri “Bersara Awal Untuk Jadi Kaya” terhasil setelah membaca entri Abangensem. Pernah juga menulis entri “Jiran Hamilkan Isteri” setelah terbaca kisahnya di blog Zulkbo.com.
Selain daripada itu komen Rakan Blogger di entri-entri tertentu juga boleh dijadikan idea untuk menulis entri contohnya entri “Pesanan Sifu untuk jadi Blogger yang Berjaya‘ dimana aku menjawab beberapa soalan dan komen dalam bentuk entri.
Perbualan dengan kawan-kawan di dunia nyata pun boleh dijadikan idea menulis entri contohnya entri “Takut untuk Berjaya” tetapi tak perlulah kita dedahkan identiti sebenar. Ha ha ha sebab tu sekarang ramai kawan-kawan aku akan pekena aku … mereka akan kata “kisah ni mesti akan keluar kat blog Denaihati”. Aku senyum je …. Entri “Israk Mikraj siapa yang takut dengan peringatan” juga kisah dari kawan-kawan.
Boleh juga dapat idea menulis entri daripada berbagai isu di Facebook contohnya entri “Bila MARAH buat apa” yang mendapat respond baik daripada pembaca dan boleh menjadi panduan hidup.
Ni sebahagian daripada tips blogging yang boleh aku kongsikan. Yang penting kena kreatif pasti tak ketandusan idea. Cuma kekadang datang mood malas nak menulis biarkan jangan dipaksa. Fokus pada aktiviti dunia nyata yang boleh mengembalikan kesegaran minda yang sudah kepenatan mengadap laptop.
Kekadang kita tidak perlu menjadi terlalu complicated untuk menjadi seorang Blogger.
Siapa agaknya pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati?
104 Comments
kedua2 nya sama hebat..susah nak di jangkakan..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling Ideal
idea memang banyak datang dari sekitar kehidupan sendiri, cuma tak terbuat entri je. kadang2 kalau tengah serabut, memang tak leh buat entri lah. huhu..
Curahan rasa Sya Isya @ ..MUAZ FARIS DAN GOOGLE ADSENSE
nak kena tggu feel bru bleh update..kdg2 serabut mmg xbleh jgk..huhu
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling Ideal
malas jangan dipakse eh? dah banyak hari malas dah ni…hehehe
congratz in advance utk yg menang 😉
Curahan rasa Nadot @ ..Delicious, Memang Delicious!
idea dr pelbagai sumber jika digabung dan ulas menjadi lebih menarik.. bukan?
tahniah kpd pemenang peraduan SEO
Curahan rasa Sop @ ..Keputusan Tidak Rasmi Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
dah tengok keputusan tak rasmi tu,hehe
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #30
Kalau datang mood malas biarkan jangan paksa, tapi bila dah malas berlebihan jangan sampai alexa jadi naik macam blog saya. terima kasih berkongsi mudah-mudahan lepas ni blog saya akan ada peningkatan. Blog Denaihati akan dijadikan sumber inspirasi. Semoga Tuhan mempermudahkan semuanya amin.
selain kreatif kena komited 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Pantang Makan atau Pantang Tengok?
Keputusan tidak rasmi sudahpun diumumkan…. learn a lot from u bro…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Pemenang Tidak Rasmi Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
tak sabar nak tggu keputusan rasminya nie..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling Ideal
Siapakah lima pemenang itu yang akan berkongsi rahsia kejayaan contest seo.
Curahan rasa hatiputera @ ..Pembukaan rasmi Legoland Malaysia di Johor
ya..ya..kalau dah malas jgn paksa..paksa kan berterabur pulak penulisan tu..sungguh byk tips yang diperolehi dalam entri ni..terima kasih tuan denaihati…senang susah, nk susah mudah jer..
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #25 – Ukur Lilit 19 cm
akak setakat ni mmg ada jer yang nak di tulis, kadang2 plan nak tulis lain tetiba datang cerita baru yang tak undang maka keluarlah cerita lain, cuma kekadang masalah problem akak adalah terlupa nak tulis hehe selalu berlaku bila kena lipat tudung bertimbun
Curahan rasa sweetkurma @ ..pelaris dalam perniagaan
oooo… lupa eh? akak tulis dulu dalam buku 555 atau salin dalam notepad.. 😉
Curahan rasa KiD @ ..BE ke 21 dari Nuffnang
haha..betul2..kdg2 bz sampai bleh terlupa nk tulis pe kan..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling Ideal
eh eh… bukan saya ke tadi eyriqazz umumkan sebagai pemenang…. *perasantan.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..BE ke 21 dari Nuffnang
nak tahu siapa pemenang dan bagaimana mereka buat
Curahan rasa beckhr00y @ ..Gabriel Muniz Pemain Kudung Hebat Bermain Bola Sepak
tak sabar tunggu perkongsian tips daripada pemenang
Curahan rasa ariff @ ..Latihan Untuk Marathon
mungkin ada tips2 yang boleh kita ikut..harap2 di war2 kan..hehe
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling Ideal
saya awal awal dah kalah, adehhh, hehehhe
Curahan rasa Juan @ ..Masakan Tradisional Melayu – Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa
Comments are closed.