Assalamualaikum dan salam 1dunia, masih dalam mood Aidilfitri? semoga kita berada dalam keadaan yang terbaik dan bersedia untuk meneruskan kehidupan rutin harian seperti sebelum ini.
Ada ke yang sedang mencari wang saku tambahan untuk menampung keperluan harian? Jemput baca sehingga habis penerangan mengenai program eRezeki yang dicetuskan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC)
Program eRezeki
Kini semua boleh mendapat manfaat daripada ekonomi digital
Itu antara tema atau kata kunci program eRezeki ini, di mana semua rakyat Malaysia kini boleh mendapat manfaat ekonomi digital.
Hari ini, teknologi digital telah mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mendapat peluang atau mempunyai pengetahuan untuk memanfaatkannya, terutamanya golongan yang kurang mendapat pendedahan dengan IT.
Oleh itu, menjadi matlamat MDEC adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan teknologi digital.
Jadilah sebagai sebahagian daripada tenaga kerja atas talian dengan menyertai inisiatif eRezeki. Sebagai pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya.
Tugasan terdiri daripada tugas-tugas digital mikro ringkas yang mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan, atau tugasan yang memerlukan kemahiran atau pengalaman tertentu, dan mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.
Mendaftarlah dengan eRezeki sekarang untuk mendapat latihan dan kelayakan, seterusnya dipadankan dengan tugasan yang bersesuaian. Pendaftaran adalah percuma dan kami mengesyorkan anda untuk mendaftar melalui Pusat eRezeki yang disediakan oleh pihak MDEC.
Pengenalan program eRezeki
Jenis Pekerjaan yang ditawarkan bersama eRezeki
Tugasan Digital Mikro
Tugasan mudah yang melibatkan kemasukan data, semakan dan pemprosesan imej atau tindakan yang tidak memerlukan kemahiran yang khusus atau tahap kemahiran yang tinggi untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang diberikan. Walau bagaimanapun , pekerja mungkin perlu menerima latihan dan dilayakan sebelum dapat melaksanakan sesetengah tugasan.
Contoh Tugasan Digital Mikro adalah kemasukan data, menyemak dan mengeluarkan data yang berulang, menyemak dan menentusahkan foto / imej, tugasan muat turun dan menguji aplikasi, tugasan berkaitan Search Engine Optimization seperti carian, dan tugasan-tugasan yang berkaitan Media Sosial (contoh: memasukkan komen dan mengambil tangkapan skrin).
Kerja Digital
Kerja atau tugasan melibatkan domain kemahiran tertentu pembangunan aplikasi dan pembangunan perisian, tugasan kreatif dan grafik, kerja atau tugasan melibatkan kemahiran bahasa dan banyak lagi. Kategori ini memerlukan kemahiran khusus untuk menyiapkan tugasan.
Contoh kerja digital adalah seperti membangunkan laman web, membangunkan aplikasi telefon pintar, mencipta logo atau mereka bentuk grafik untuk produk atau syarikat tertentu, pengujian perisian, transkripsi audio / video, dan menukarkan format dokumen.
Kerja Bukan Digital
Kerja atau tugasan seperti melaksanakan kaji selidik, menjalankan tugas dan perkhidmatan domestik yang diedarkan secara atas talian tetapi bukan kerja digital dan perlu dilaksanakan secara biasa.
Contoh kerja bukan digital adalah melaksanakan bancian rumah ke rumah bagi tujuan kaji selidik, melakukan semakan harga barangan, kerja sambilan seperti krew program, menawarkan perkhidmatan seperti tukang paip, juruelektrik dan pembersih. Kategori kerja atau tugasan ini biasanya ditawarkan oleh syarikat atau individu di lokaliti tempatan. Rakan eRezeki tempatan yang memudahcara tugasan ini biasanya memerlukan maklumat tambahan bagi mendaftarkan pekerja yang berminat dan juga akan menyediakan latihan yang berkaitan.
Kerja Digital Pasif
Kerja atau tugas yang dilaksanakan di mana pendapatan hanya diperolehi apabila hasil kerja yang ditawarkan dibeli (contoh: gambar / grafik), atau komisen diperoleh daripada rujukan yang berjaya (contohnya: dropshipping)
Contoh tugasan di bawah kategori ini adalah jika anda mempunyai minat mengambil gambar atau mereka bentuk grafik (vector graphic), anda memuat-naik hasil-hasil kerja anda yang belum dijual untuk ditawarkan kepada pembeli. Sekiranya hasil kerja anda tersebut dibeli, makan anda akan memperolehi pendapatan. Contoh lain adalah anda bertindak selaku dropshipper dan untuk membantu mempromosikan produk melalui kenalan-kenalan anda.
Apabila anda mendaftar diri untuk program ini, sistem eRezeki akan bertanyakan soalan-soalan bagi memprofil dan memadankan diri anda dengan kerja-kerja dan tugasan-tugasan yang bersesuaian dengan kemahiran dan kesediaan anda.
Kisah Kejayaan program eRezeki
Senarai pusat eRezeki boleh dirujuk di sini : Senarai Pusat eRezeki Malaysia
Klik pautan berikut untuk Pendaftaran Bersama Program eRezeki
20 Comments
mudah2an dengan adanya erezeki dpat membantu suri rumah seperti saya untuk mencari duit sampingan .. jom sertai saya juga buat survey online berbayar..saya sudah banyak kali cashout. harihari ada survey tak rugi ..
http://my.ipanelonline.com/register?inviter_id=2713328
Bagus program macam ni. Boleh menambahkan pendapatan kita dari rumah. Nak tambah duit boleh cuba buat benda ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Duit Raya Dari Jobdirumah
Sebagaimana Odesk(upwork), elance, freelancer.com dan macam2 lagi international outsource punya job,persaingan memang cukup sengit untuk dapatkan job…
kemunculan eRezeki diharapkan sedikit sebanyak menjurus kepada peluang2 dalam industri tempatan
Curahan rasa imnajmi @ ..Bagaimana mengenal pasti niche yang lumayan
Dapat bantu rakyat negara kita buat duit bagi menambahkan pendapatan seharian. Bagus usaha kerajaan buat macam ni. Boleh nak daftar juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Duit Raya Dari Jobdirumah
sekarang ni semua nak berniaga online sebab mudah. program mcm ni mmg patut diadakan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Buat Rate Card untuk Blogger
wah! Ini sudah bagus untuk mencipta sumber pendapatan kedua dari perniagaan era digital.
Program yang bagus. Harap dpt berjalan seperti yang dirancang dan membantu ramai orang
Yurp.. saya pun berharap macam tu juga.. semoga ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada program ini..
Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Memiliki Rumah Impian Di Seri Iskandar Perak
macam menarik program yang mereka tawarkan tersebut..peluang untuk mereka menjana pendapatan secara online
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hidupkan Rasa Syukur Setiap Hari
Semoga semakin ramai rakyat Malaysia berpeluang untuk menambah pendapatan secara online supaya dpt menampung kos sara hidup yg semakin meningkat.. In Shaa Allah..
Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Memiliki Rumah Impian Di Seri Iskandar Perak
keep it up! semoga program ni berjaya dan dapat membantu usahawan diluar sana 🙂
Curahan rasa Nurhasanah Ismail @ ..Antara sebab kenapa saya pilih pengeposan menggunakan EASY PARCEL
program yang bagus. sejajar dengan perkembangan teknologi.
semoga dapat membantu rakyat malaysia menambah sumber pendapatan.
Wahh.. menarik nih.. harus di cuba nih… bukannya susah mana pun…
Curahan rasa Supernifz @ ..MEAL SHAKE SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA?
salah satu lagi cabang untuk menambah pendapatan ni. Dengan sokongan yang padu, program ni boleh berjaya.
Curahan rasa encikarman @ ..Payment bayaran komisen kerja part time di rumah June 2016 – RM1100
Bersama membantu menambah pendapatan rakyat, nak kena rajin nih. bila rajin pasti akan membuahkan hasil
Curahan rasa Supernifz @ ..MEAL SHAKE SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA?
terbaek ni untuk menambah pendapatan..
den belum try lagi program youcanduit ni..
bunyinya macam menarik hati
sekarang nie ada macam-macam peluang untuk jana pendapatan diri dan keluarga. tinggal nak tak nak je, kan? yang penting usaha untuk cari ilmu dan belajar , bukan sekadar harapkan “skim cepat kaya” atau bisnes-duduk-goyang-kaki-pun-dapat-duit. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Tips Makan Di Hari Raya Supaya Berat Badan Tak Mencanak Naik
Singgah baca! Selamat Hari Raya
Jemput singgah blog 🙂
Latest post: Ulang cerita raya 2016 – raya tanpa lemang http://shasafiez.blogspot.my/2016/07/ulang-cerita-raya-2016.html
Banyak rupanya peluang pekerjaan yang disediakan di laman web eRezeki… Semoga dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia..
Curahan rasa Anuar @ ..GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
Ada antara tugasan yang disediakan sama macam Job Di Rumah… Tugasannya nampak tak susah… In Shaa Allah, semua orang boleh melakukannya…
Curahan rasa Anuar @ ..GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
Comments are closed.