eRezeki program #YouCanDuit oleh MDEC

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1dunia, masih dalam mood Aidilfitri? semoga kita berada dalam keadaan yang terbaik dan bersedia untuk meneruskan kehidupan rutin harian seperti sebelum ini.

Ada ke yang sedang mencari wang saku tambahan untuk menampung keperluan harian? Jemput baca sehingga habis penerangan mengenai program eRezeki yang dicetuskan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC)

program eRezeki youcanduit mdec

Program eRezeki

Kini semua boleh mendapat manfaat daripada ekonomi digital

Itu antara tema atau kata kunci program eRezeki ini, di mana semua rakyat Malaysia kini boleh mendapat manfaat ekonomi digital.

Hari ini, teknologi digital telah mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mendapat peluang atau mempunyai pengetahuan untuk memanfaatkannya, terutamanya golongan yang kurang mendapat pendedahan dengan IT.

Oleh itu, menjadi matlamat MDEC adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan teknologi digital.

Jadilah sebagai sebahagian daripada tenaga kerja atas talian dengan menyertai inisiatif eRezeki. Sebagai pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya.

Tugasan terdiri daripada tugas-tugas digital mikro ringkas yang mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan, atau tugasan yang memerlukan kemahiran atau pengalaman tertentu, dan mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.

Mendaftarlah dengan eRezeki sekarang untuk mendapat latihan dan kelayakan, seterusnya dipadankan dengan tugasan yang bersesuaian. Pendaftaran adalah percuma dan kami mengesyorkan anda untuk mendaftar melalui Pusat eRezeki yang disediakan oleh pihak MDEC.

Pengenalan program eRezeki

Jenis Pekerjaan yang ditawarkan bersama eRezeki

Tugasan Digital Mikro

Tugasan mudah yang melibatkan kemasukan data, semakan dan pemprosesan imej atau tindakan yang tidak memerlukan kemahiran yang khusus atau tahap kemahiran yang tinggi untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang diberikan. Walau bagaimanapun , pekerja mungkin perlu menerima latihan dan dilayakan sebelum dapat melaksanakan sesetengah tugasan.
bendera malaysia erezeki
Contoh Tugasan Digital Mikro adalah kemasukan data, menyemak dan mengeluarkan data yang berulang, menyemak dan menentusahkan foto / imej, tugasan muat turun dan menguji aplikasi, tugasan berkaitan Search Engine Optimization seperti carian, dan tugasan-tugasan yang berkaitan Media Sosial (contoh: memasukkan komen dan mengambil tangkapan skrin).

Kerja Digital

Kerja atau tugasan melibatkan domain kemahiran tertentu pembangunan aplikasi dan pembangunan perisian, tugasan kreatif dan grafik, kerja atau tugasan melibatkan kemahiran bahasa dan banyak lagi. Kategori ini memerlukan kemahiran khusus untuk menyiapkan tugasan.

Contoh kerja digital adalah seperti membangunkan laman web, membangunkan aplikasi telefon pintar, mencipta logo atau mereka bentuk grafik untuk produk atau syarikat tertentu, pengujian perisian, transkripsi audio / video, dan menukarkan format dokumen.

Kerja Bukan Digital

Kerja atau tugasan seperti melaksanakan kaji selidik, menjalankan tugas dan perkhidmatan domestik yang diedarkan secara atas talian tetapi bukan kerja digital dan perlu dilaksanakan secara biasa.

Contoh kerja bukan digital adalah melaksanakan bancian rumah ke rumah bagi tujuan kaji selidik, melakukan semakan harga barangan, kerja sambilan seperti krew program, menawarkan perkhidmatan seperti tukang paip, juruelektrik dan pembersih. Kategori kerja atau tugasan ini biasanya ditawarkan oleh syarikat atau individu di lokaliti tempatan. Rakan eRezeki tempatan yang memudahcara tugasan ini biasanya memerlukan maklumat tambahan bagi mendaftarkan pekerja yang berminat dan juga akan menyediakan latihan yang berkaitan.

Kerja Digital Pasif

Kerja atau tugas yang dilaksanakan di mana pendapatan hanya diperolehi apabila hasil kerja yang ditawarkan dibeli (contoh: gambar / grafik), atau komisen diperoleh daripada rujukan yang berjaya (contohnya: dropshipping)

Contoh tugasan di bawah kategori ini adalah jika anda mempunyai minat mengambil gambar atau mereka bentuk grafik (vector graphic), anda memuat-naik hasil-hasil kerja anda yang belum dijual untuk ditawarkan kepada pembeli. Sekiranya hasil kerja anda tersebut dibeli, makan anda akan memperolehi pendapatan. Contoh lain adalah anda bertindak selaku dropshipper dan untuk membantu mempromosikan produk melalui kenalan-kenalan anda.

Apabila anda mendaftar diri untuk program ini, sistem eRezeki akan bertanyakan soalan-soalan bagi memprofil dan memadankan diri anda dengan kerja-kerja dan tugasan-tugasan yang bersesuaian dengan kemahiran dan kesediaan anda.

Kisah Kejayaan program eRezeki

Senarai pusat eRezeki boleh dirujuk di sini : Senarai Pusat eRezeki Malaysia

Klik pautan berikut untuk Pendaftaran Bersama Program eRezeki


Spread the love

20 Comments

  1. terbaek ni untuk menambah pendapatan..
    den belum try lagi program youcanduit ni..
    bunyinya macam menarik hati

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!