Emak orang kat Taiping ni beli buku teks

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang terkedu tak terkata sedih sangat bila melihat video remaja perempuan Melayu sedang berbogel dengan selamba menipu emak tanpa ada perasaan bersalah. Dialog “Emak orang kat Taiping ni beli buku teks” menjadi viral dan tontonan di sosial media. Apa agaknya perasaan si ibu kalau dia menonton video penipuan anak dara dia yang sedang berbogel. Maaf tak sanggup aku nak tampal video bogel anak dara Melayu kat blog ini.

Kegagalan ibu bapa mendidik anak

Setiap daripada kita samada sudah mempunyai anak atau bakal mempunyai anak. Apa agaknya perasaan kalau anak kita menipu kia begini? Aku yakin pasti semua akan merasa kecewa tetapi siapa yang harus disalahkan anak atau ibu bapa??

video_remaja_melayu_tipu_ibu_beli_buku_teks

Kehidupan akhir zaman memang sangat mencabar. Fokus ibu bapa kepada mencari rezeki kekadang menyebabkan anak terbiar dan mengundang berbagai gejala negatif kemudian hari. Mengimbau kehidupan silam semasa kecil ibu bapa aku sibuk mencari rezeki untuk memberi sesuap nasi kepada keluarga serta menampung kos pendidikan sehingga pakaian bertahun tidak pernah bertukar. Hari ini ibu bapa sibuk mencari rezeki untuk bertukar fesyen tudung, bertukar model kereta dan gajet terbaru sehingga anak-anak terabai. Banyak kejadian di sekolah anak aku yuran pelajar berbulan tidak berbayar sedangkan ibu bapa memandu kereta boleh tahan mewah.

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Video gadis bogel tipu ibu beli buku teks ini hanya sekelumit daripada jutaan masalah anak-anak yang ada di Malaysia. Orang politik akan salah menyalah antara satu sama lain tanpa mereka menyedari bahawa mereka juga ibu bapa yang mempunyai masalah mendidik anak. Pendakwah-pendakwah tidak pernahkah terfikir bahawa sistem pendakwahan yang diamalkan sekarang mungkin kurang tepat sehingga tidak dapat membendung masalah keruntuhan akhlak masyarakat.

Buku Denaihati

Sangat sedih apabila rogol, dera, ketagihan dadah, membunuh, seks bebas, buang bayi dan bunuh diri sudah menjadi budaya orang Melayu. Setiap hari ada sahaja berita sedih yang terpapar di dada media perdana sehingga tak sanggup nak membaca. Lebih malang majoriti kes sedih ini berlaku di kalangan remaja Melayu.

Kegagalan remaja Melayu adalah refleksi kegagalan ibu bapa Melayu mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Aku yang mempunyai anak bujang dan dara memang merasa gentar untuk mendidik mereka dalam dunia teknologi tanpa batas. Sebagai ibu bapa kita mesti berusaha mencari ilmu baru kaedah mendidik anak dengan sentiasa memohon bantuan dari ALLAH.

Cara Rasulullah didik anak

Rasulullah SAW telah mengajar kita bagaimana nak mendidik anak mengikut tahap umur. Cara Rasulullah SAW mendidik adalah cara yang terbaik yang mesti kita ikuti. Orang tua kita juga sudah memberi nasihat kalau sayangkan anak rotan-rotankan. Tahap paling penting  mendidik anak adalah ketika anak-anak masih kecil kerana apabila sudah remaja seperi remaja dalam video tipu ibu beli buku teks memang dah susah. Tak kan kita nak rotan mereka yang sudah remaja, silap-silap kita dirotan semula. Melentur buluh biar dari rebung bukan dah jadi batang buluh baru nak di lentur pasti patah. Asas paling penting untuk anak-anak adalah ilmu mengenal ALLAH dan Rasul. Tapi kalau ibu bapa tak kenal ALLAH dan Rasul macam mana anak nak kenal. Jangan sesekali salahkan anak-anak sebelum kita sempat cemin diri kita sendiri kalau dah ibu bapa kencing berdiri pasti anak kencing berlari.

Kongsikan pandangan rakan-rakan bagaimana cara terbaik mendidik anak-anak sekarang.


Spread the love

100 Comments

  1. Nasihat yang baik. Aku mempunyai 3 orang anak dara. Dan ketiga mereka aku pernah rotankan. Bukan untuk menyakiti tapi untuk mendidik anak2 aku supaya tahu yg mana betul dan mana salah. Walaupun aku memukul mereka , anak-anak aku tetap rapat dengan aku, tengok aku guna jam sahaja. Mereka dah tanya ‘ Nak pegi mana ayah’….mesti nak ikut..
    Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang BagusMy Profile

  2. Sedih sebenarnya jika kita melihat budaya sosial anak muda hari ini…aku tahu ini bukan isu baru..sudah berzaman…tetapi aku tahu ada berlambak video ‘3gp’ gadis melayu kita yang disebarkan secara percuma sahaja…sampai bila maruah melayu boleh akan terus tercemar begini…aku tak nak menghukum…sebab aku pun ada anak perempuan…sebagai seorang bapa perasaan risau itu memang ada.

    Sudah lama aku terfikirkan hal ini…aku ada draf dalam entri blog aku..tapi aku tak berani publish kerana takut menyimpang…ada satu teori yang bermain dalam minda aku…

    aku pernah dengar ustaz mengajar..diakhirat kelak akan ditayangkan dosa kita satu persatu dikhalayak ramai di padang mahsyar…

    Cuba kita tengok hari ini..ada berapa banyak video yang sudah terakam…ada yang baik dan ada yang buruk…ada yang telah tersebar ke segenap pelusuk dunia…semua orang boleh melihatnya…aku cuba merenung dan mengaitkan dengan cerita ustaz tadi…bahawa tidaklah mustahil di padang mahsyar nanti akan ada tayangan semula video kita semasa hidup di dunia…

    Tuhan sudah tunjukkan sedikit demi sedikit di dunia hari ini..nauzubillah..ini hanyalah teori yang bermain dalam minda aku…jika salah harap diperbetulkan…
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti PersahabatanMy Profile

  3. Anak anak aset utama mak ayah

    Antara bekalan selepas kita tiada.. Ilmu berguna dan bermanfaat

    Anak yang soleh dan sedekah jariah

    Semua itu ada dalam anak yang soleh

    Kita wariskan ilmu.. banyak sedekah pada anak2 untuk pelajaran makanan tempat tinggal dan pakaian..

    Semoga Allah swt pelihara anak anak kita.

    Dapat kawan kawan yang soleh
    Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Tudung Labuh Muslimah Butterfly DenimMy Profile

  4. Perlu memikirkan satu cara berkesan dalam menempuh hari mendatang..Dunia makin Canggih..Tetapi Akhlak makin mundur

  5. Memang sedih.. yela mak yah mungkin dah didik sebaik mungkin tapi zaman sekarang ni dimana sangat mudah remaja akses kepada benda-benda maksiat mendorong perkara sebegini terjadi…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!