Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sejak kebelakangan ini, ramai yang mula membincangkan mengenai topik Ekonomi Digital ini. Sebenarnya ekonomi digital bukanlah perkara yang baru, terma ekonomi digital itu sendiri telah dibincangkan sejak tahun 1995. Zaman internet baru mula berleluasa ke segenap pelusuk dunia.
Namun begitu, saban hari, ekonomi digital ini berkembang pesat dan memberikan pelbagai peluang dan potensi kepada sesiapa yang ingin mengusahakannya. Latar belakang pendidikan bukanlah isu utama, tetapi kesungguhan untuk belajar ilmu-ilmu digital ini sebagai pemangkin utama dalam perjalanan dan aktiviti yang melibatkan ekonomi digital.
Transaksi mencecah trillion Dollar US
Jika dihitung, pendapatan yang dijana dalam dunia digital ini terlalu besar dan banyak, ada ketika, transaksi billion dolar amerika berlaku dalam tempoh 24jam atau 48jam sahaja. Ini potensi yang sangat luar biasa untuk kita hanya pandang sebelah mata.
Hari ini, kita dapat lihat bagaimana perkhidmatan internet tetap dan mudah alih semakin berkembang dengan pakej-pakej yang menguntungkan. Perkembangan ini bukan berlaku secara tidak sengaja, tetapi disebabkan perkembangan ekonomi digital di negara ini yang semakin pesat.
Jika suatu ketika dahulu, hampir mustahil untuk menggunakan data mudah alih untuk tayangan video dan sebagainya kerana kos yang tinggi untuk kita tanggung, harini ada banyak kemudahan data percuma terutama untuk aktiviti melibatkan rangkaian media sosial yang ditawarkan.
Ekonomi digital tanpa batasan
Suatu ketika dahulu, kita pernah dihebohkan dengan konsep dunia tanpa sepadan, harini sudah jarang-jarang orang bercerita mengenai topik ini kerana dunia tanpa sempadan ini telah menjadi rutin harian tanpa perlu dibincangkan. Setiap hari kita akan menggunakan gajet serta peranti mudah alih kita untuk berhubung dengan rakan taulan yang berada di serata dunia.
Kita juga boleh memasarkan produk, perkhidmatan dan perniagaan kita dari satu tempat, ke serata dunia disebabkan teknologi digital yang kita sedang gunakan sekarang ini. Semua ini telah berlaku, soalnya, adakah kita telah melakukan sesuatu untuk mendapatkan manfaat daripada aktiviti ini?
Mula jana pendapatan tambahan melalui ekonomi digital
Sila ambil inisiatif untuk memulakan proses mempelajari bagaimana anda semua boleh menggunakan platform digital ini untuk menjana pendapatan tambahan, usah mudah terpedaya dengan skim atau program-program cepat kaya yang diwujudkan selari dengan perkembangan ekonomi digital ini.
Perlu lebih berhati-hati dalam hal ini.
Ramai yang mengambil kesempatan atas kesempitan hidup orang lain. Ini berlaku bukan sahaja dalam alam realiti, tetapi terlalu banyak juga berlaku dalam alam maya dan dunia digital ini. Belajarlah daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, dan sekiranya anda masih tertanya-tanya, jangan lupa untuk muat turun Ebook Ekonomi Digital yang telah kami terbitkan untuk manfaat bersama.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
64 Comments
Hari ini membuktikan Lazada berjaya menjana lebih USD100 juta dengan jualan hari 11 November.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Buat RM30 Ribu Dalam 5 Bulan
Kata orang mudah dapat duit dari aktivitas online, padahal mereka tidak tahu bagaimana kerja keras dan usaha yang harus dirintis. Umumnya mereka bertanya cemane nak dapat duit dari online kite sudah melihat diri kite menjadi sukses di mata mereka.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Website Resmi Telkomsel di Hack, Isinya Membuat Para Pengunjungnya Terharu
Yang penting ada senarai database seperti emel, no telefon untuk kita hantarkan info kepada prospek, baru boleh buat jualan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pujuk Pasangan Yang Berbeza Minat
Dah bermula sejak 3 tahun lepas. Dalam 2017, digital ekonomi di Malaysia hanya akan meningkat lagi banyak, seperti yang dicakap oleh Perdana Menteri.
Curahan rasa Sanz @ ..Multi-Channel Online Marketing Strategy is The Real DEAL in 2017
Benar, saingan akan jadi semakin sengit dengan platform jualan e-commerce, landing page, minisite dan squeeze page.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli Rumah Pertama
Boleh buat duit jika mahir buat duit dengan cara digital. Mudah jika belajar dari pakar.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
Tak mesti belajar dari pakar baru nak buat duit, belajar dari newbie juga boleh buat duit di internet.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Mahir dalam bidang ekonomi digital ni memang terbaik. Banyak boleh buat peluang.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
Mahir adalah satu kelebihan, harus disertai dengan praktikal agar ada pulangan keuntungan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Buat RM11 Ribu Dengan FB Ads
Kena mula dari sekarang jika nak lebih kedepan. Insyallah boleh berjaya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
Kalau nak bermula usah bertangguh lagi, orang dah buat duit banyak, kita masih lagi ditakuk yang lama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerja Sebab Nak Bayar Kereta
Jika tengok di mana-mana. Memang dunia ekonomi digital ni sedang pesat berkembang. Kena rebut juga peluang ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
Bahkan mereka yang di kampung juga sudah bijak berniaga secara online, meninggalkan orang orang di bandar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pujuk Pasangan Yang Berbeza Minat
Kena rebut peluang ni juga jika nak lebih berjaya dalam dunia bisnes online. Ada masa boleh nak belajar juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
Kena belajar sekarang juga, nak tunggu ada masa lapang memang mustahil untuk dibuat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pujuk Pasangan Yang Berbeza Minat
Kita semua harus ambil manfaat dan kesempatan terhadap ekonomi digital ini untuk menambah pendapatan dan juga memasarkan produk kita. Saya sudah, anda bila lagi.
Benar, kaedah digital ini sememangnya lebih rendah kos pemasarannya jika kita boleh optimumkan sebaik mungkin.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
Kena ambil peluang belaajr benda ni. Bagi yang nak berjaya peluang banyak. Cuma kena rajin berusaha.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Cuba dan teruskan bertindak, yang kurang dibaiki, yang bagus diteruskan, baru ada hasilnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nilai Hartanah Bakal Menyusut Lagi
Dengan kepesatan dunia digital di Malaysia. Sikit-sikit boleh manfaat untuk rakyat jana income dari internet. Usaha yang patut dipuji.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Boleh mula secara sambilan, mana tahu boleh jadi sumber pendapatan yang utama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Suka bacaperkongsian ilmu tuan DH dan team. Boleh buka minda dan peluang untuk terus maju dalam dunia online.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Saya percaya akan ada ramai lagi usahawan yang berniaga dengan platform online sebab ada kesedaran untuk tambah pendapatan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
Kena mula dari sekarang jika nak lebih berjaya. Belajar dari team denaihati bagus juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Kalau nak mula, usah tangguh lagi, nanti orang lain dah berjaya, kita pula yang gigit jari.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Buat RM11 Ribu Dengan FB Ads
Minggu ini saya tambah satu lagi blog khas untuk buat iklan berbayar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Uber
Comments are closed.