Ekonomi Digital di Malaysia semakin pesat, sudahkah anda bermula?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

sejak kebelakangan ini, ramai yang mula membincangkan mengenai topik Ekonomi Digital ini. Sebenarnya ekonomi digital bukanlah perkara yang baru, terma ekonomi digital itu sendiri telah dibincangkan sejak tahun 1995. Zaman internet baru mula berleluasa ke segenap pelusuk dunia.

Namun begitu, saban hari, ekonomi digital ini berkembang pesat dan memberikan pelbagai peluang dan potensi kepada sesiapa yang ingin mengusahakannya. Latar belakang pendidikan bukanlah isu utama, tetapi kesungguhan untuk belajar ilmu-ilmu digital ini sebagai pemangkin utama dalam perjalanan dan aktiviti yang melibatkan ekonomi digital.

perkembangan ekonomi digital

Transaksi mencecah trillion Dollar US

Jika dihitung, pendapatan yang dijana dalam dunia digital ini terlalu besar dan banyak, ada ketika, transaksi billion dolar amerika berlaku dalam tempoh 24jam atau 48jam sahaja. Ini potensi yang sangat luar biasa untuk kita hanya pandang sebelah mata.

Hari ini, kita dapat lihat bagaimana perkhidmatan internet tetap dan mudah alih semakin berkembang dengan pakej-pakej yang menguntungkan. Perkembangan ini bukan berlaku secara tidak sengaja, tetapi disebabkan perkembangan ekonomi digital di negara ini yang semakin pesat.

Jika suatu ketika dahulu, hampir mustahil untuk menggunakan data mudah alih untuk tayangan video dan sebagainya kerana kos yang tinggi untuk kita tanggung, harini ada banyak kemudahan data percuma terutama untuk aktiviti melibatkan rangkaian media sosial yang ditawarkan.

ekonomi digital dunia tanpa batasan

Ekonomi digital tanpa batasan

Suatu ketika dahulu, kita pernah dihebohkan dengan konsep dunia tanpa sepadan, harini sudah jarang-jarang orang bercerita mengenai topik ini kerana dunia tanpa sempadan ini telah menjadi rutin harian tanpa perlu dibincangkan. Setiap hari kita akan menggunakan gajet serta peranti mudah alih kita untuk berhubung dengan rakan taulan yang berada di serata dunia.

Kita juga boleh memasarkan produk, perkhidmatan dan perniagaan kita dari satu tempat, ke serata dunia disebabkan teknologi digital yang kita sedang gunakan sekarang ini. Semua ini telah berlaku, soalnya, adakah kita telah melakukan sesuatu untuk mendapatkan manfaat daripada aktiviti ini?

jana pendapatan USD dengan platform digital

Mula jana pendapatan tambahan melalui ekonomi digital

Sila ambil inisiatif untuk memulakan proses mempelajari bagaimana anda semua boleh menggunakan platform digital ini untuk menjana pendapatan tambahan, usah mudah terpedaya dengan skim atau program-program cepat kaya yang diwujudkan selari dengan perkembangan ekonomi digital ini.

Perlu lebih berhati-hati dalam hal ini.

Ramai yang mengambil kesempatan atas kesempitan hidup orang lain. Ini berlaku bukan sahaja dalam alam realiti, tetapi terlalu banyak juga berlaku dalam alam maya dan dunia digital ini. Belajarlah daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, dan sekiranya anda masih tertanya-tanya, jangan lupa untuk muat turun Ebook Ekonomi Digital yang telah kami terbitkan untuk manfaat bersama.

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

64 Comments

  1. Kita semua harus ambil manfaat dan kesempatan terhadap ekonomi digital ini untuk menambah pendapatan dan juga memasarkan produk kita. Saya sudah, anda bila lagi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!