Earth Hour 2011 : Bencana Alam Kerana perbuatan Manusia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Earth Hour bermula di Australia pada 2009 bertujuan untuk menyedar seluruh penduduk dunia tentang perubahan iklim dunia yang semakin menuju kehancuran. Adakah sambutan ini mengikut ajaran Islam? Islam sederhana dan suka perkara yang baik. Kempen Earth Hour 60 mengalakan seluruh penduduk dunia berhenti menggunakan letrik selama 60 minit bermula jam 8.30pm.

Gambar Tsunami Aceh 2004

Iklim dunia memang sudah berubah yang mengakibatkan bencana demi bencana. Sebelum 2004 tidak pernah dengar perkataan TSUNAMI tetapi pada 26 Disember 2004 ACEH di landa tsunami  yang mengakibatkan ratusan ribu terkorban ditelan ombak. Setelah itu beberapa kali Tsunami kecil telah berlaku sebelum TSUNAMI besar melanda Jepun yang menelan puluhan ribu korban. Bukankah Allah SWT telah memberi ingatan dalam firmannya :

Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidak percayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?” (17:68-69)

Gambar Tsunami Jepun 2011

Selain Tsunami beberapa Gempa Bumi besar juga telah berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini yang membunuh ratusan ribu manusia seperti di China, New Zealand, Indonesia, Jepun dan terkini Myanmar. Sebenarnya Allah SWT telah banyak memberi peringatan antaranya :

Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?” (16:45) dan “Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” (67:16)

Banjir Besar melanda seluruh dunia dalam tempoh yang lama di Australia, USA dan Pakistan yang mengakibat kemusnahan harta benda dan nyawa yang bernilai ratusan juta dollar. Kehadiran yang melimpah ruah sehingga tidak masuk akal dari mana dan kemana datang dan perginya air tersebut. Allah SWT sudah lama memberi peringatan antaranya :

Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.” (54:11-12) dan “Tetapi mereka berpaling; maka Kami mengutuskan kepada mereka Banjir Arim, dan Kami menukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.” (34:16)

Pakar Fizik berkata akan berlaku Badai Matahari pada 2012 yang akan menyebabkan bencana besar kepada semesta alam. Sebenarnya Allah SWT dan memberi peringatan kepada manusia seluruh alam .

atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit.” (34:9) dan “Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (Jawabnya) “Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar. Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahari yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan- seperti pada waktu tengah hari). Dan matahari serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya).”- (Al-Qiaamah: 6-9) serta “Apabila matahari DILINGKARI CAHAYANYA (dan hilang lenyap-terpadam). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak”- (At-Takwiir: 1)

MENGAPA BERLAKU BENCANA ALAM YANG SANGAT GANAS DARI SATU KE SATU YANG LAIN??? Tiada sebab yang lain melainkan “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” –  (al-Rum: 41)

ADAKAH KITA INSAF DAN BERTAMBAH IMAN DENGAN SEMUA KEJADIAN INI ATAU KITA MASIH SAMA SEPERTI DULU??

note : sudikan retweet n share FB sebanyak yg mungkin untuk iktibar  dan peringatan manusia seluruh alam.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

59 Comments

        1. Hanya berbuat baik sajalah yang bisa kita lakukan disisa umur. Setiap kali musibah, itu adalah cermin besar bagi kita, bahwa kita bukanlah apa-apa, dibandingkan dengna alam semesta. Lambat laun kita juga akan menghadap-Nya, tentunya kita berharap mati dl keadaan khusnul khatimah..
          Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, mengampuni dosa pemimpin-pemimpin kita, dan menjauhkan kita dari bencana. Amin…
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Panasonic Gobel Awards 2011My Profile

  1. kita jgn terlalu bergantung pada nasihat pakar barat bahawa semua ini adalah normal dan selalu terjadi akibat perubahan alam.

    hakikatnya sememangnya Allah ingin memberi petunjuk dan amaran kepada hamba2Nya agak kembali beriman termasuklah semua muslimin yang sudah semakin leka dibuai arus kemodenan barat sehingga membelakangi syariat dan perintah Allah.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Relevankah Kempen Earth HourMy Profile

  2. Kadangkala Allah hanya menurunkan malapetaka kecil. Ia adalah amaran daripada Allah supaya manusia segera menghentikan berbuat sesuatu yang boleh mengundang kemarahan-Nya. Tetapi, apabila datang bala lebih besar, ia bukan lagi ingatan dan amaran, sebaliknya bencana yang sengaja diturunkan Allah untuk memberi pembalasan di atas kerakusan manusia.

    Lebih malang, apabila berlaku bencana Allah, ramai manusia yang tidak berdosa turut menjadi korban. Di sinilah pentingnya konsep ‘berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran’
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Panasonic Gobel Awards 2011My Profile

  3. pelbagai kejadian mala petaka yang berlaku adalah disebabkan kemelut dan krisis yang sengaja diciptakan manusia. Sebahagian manusia hari ini seolah-olah hilang keyakinan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah.
    Allah berfirman bermaksud: “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada kesusahan (bencana) maka disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah as-Syura, ayat 30)
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Panasonic Gobel Awards 2011My Profile

    1. Sesungguhnya hanya dengan keyakinan, iltizam, istiqamah dan keinsafan yang mendalam, membolehkan kita mencari kekuatan bagi mengimarahkan bumi Allah dengan perbuatan yang diredai kerana kita hanyalah makhluk yang dipinjamkan sementara untuk menetap di alam fana ini.

      1. Setiap apa juga kerakusan dan keterlanjuran yang berlaku bukan disebabkan pihak tertentu saja, ia mungkin disebabkan rentetan peristiwa berpanjangan akibat daripada keegoan manusia menguasai bumi secara total dan sering menganggap orang lain seperti hamba.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Panasonic Gobel Awards 2011My Profile

    1. Ada konsepsi kuno yang menyatakan bahwa rusaknya moralitas serta perilaku manusia yang jahat dapat menimbulkan amarah penguasa alam. Alam yang murka akan menyatakannya dengan menimbulkan gempa bumi. Bencana kekeringan dan banjir serta bencana-bencana alamiah lainnya. Semua gejala alam ini merupakan suatu peringatan penguasa alam semesta terhadap manusia.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Panasonic Gobel Awards 2011My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!