Durian Malaysia memang sedap

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, cerita durian ni memang sehari semalam tak habis. Aku memang peminat durian tegar kamana pun sanggup mencari. Kalau sebulan dua tak pekena durian memang tercari-cari. Pernah beberapa tahun dulu aku sanggup membayar RM60 sekilo hanya kerana sebiji durian di Jalan Alor Bukit Bintang. Kepada kekawan kalau ada isteri yang mengidam durian bukan pada musim pergi je lah ke Jalan Alor memang ada je durian sepanjang tahun. Punya gila aku pernah makan durian di Macau, boleh tahanlah rasanya sebab durian pun dari Malaysia mestilah dah agak lama.

durian musang king SS2 PJ

Aku dengan geng sekolah siap ada group wassap “Durian Party“. Kami selalu berjumpa untuk makan durian dan selalunya di Jalan SS2 Petaling Jaya. Pernah juga beberapa kali makan durian dengan geng blogger di tempat yang sama termasuklah melastik bintang, abang ensem, shakiddo, eizil, sweet kurma dan ramai lagi. Makan durian di Jalan SS2 best sebab ada kerusi meja ala buffet durian dan boleh bayar guna kad debit atau kredit. Kalau tak tahu macam mana nak pergi ke Jalan SS2 tengok je ni peta menuju ke SS2. Kalau nasib baik boleh jumpa artis dan vip yang juga hantu durian di sini.

Buffet durian di SS2 Petaling Jaya

Makan durian sorang-sorang memang tak best. Bila makan durian ramai-ramai ni tak lah kita makan banyak sangat sebab sambil makan sambil berbual. Makan durian paling best di lokasi jualan jadi kalau durian tak bagus boleh tukar terus. Kalau beli bawa balik rumah, jika rosak memang kena pasrah sahaja. Orang tua kata kalau terlebih makan durian minum air dari pangsa durian supaya badan tak panas.

durian SS2 Petaling Jaya

Durian memang ada macam-macam jenis antara musang king, udang merah, durian kampung, durian ioi, D29 dan sebagainya. Ada yang kata durian Segamat yang sedap, ada pulak kata durian Balik Pulau, aku tak kisah semua durian aku dah rasa. Durian ini kalau off musim harga memang melangit pernah sekali kawan hantar gambar mencecah RM80 sekilo. Yang aku teringin sangat nak makan durian yang rare iaitu durian merah tapi katanya hanya ada di Borneo.

Gambar Durian Udang Merah

Durian Malaysia memang sedap. Siapa kat sini geng dengan aku suka makan durian??


Spread the love

128 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!