Dunia seni Malaysia hanya di kepala lutut

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dunia seni Malaysia terkejut dengan kata-kata sinis mantan artis yang berhijrah kehidupan Bob Lokman menyatakan dunia seni tanah air hanya seperti di kepala lutut.

Aku bukan orang yang paling layak nak bagi komen seban bukan artis juga bukan tok guru. Syukur Allah bagi hidayah kepada Bob Lokman untuk berhijrah kehidupan dan beliau memilih Parti PAS sebagai platform perjuangan dakwahnya. Sebenarnya ramai lagi artis lain yang sudah berhijrah kehidupan tetapi kerana mereka tidak memilih platform parti politik jadi tak ramai yang tahu.

Aku ada juga beberapa kali berkongsi rasa dengan beberapa rakan yang menjadi penyokong kuat parti PAS mengapa harus menggunakan pendekatan keras sedang Islam suka kesederhanaan. Nabi SAW itu adalah contoh akhlak terbaik dan berjaya mengembangkan Islam dengan kesabaran yang tinggi.

Penyokong tegar PAS pasti tidak akan lari kemana tetapi yang perlu diajak dengan hikmah adalah mereka di luar parti tetapi dengan menggunakan bahasa yang keras dalam ceramah sudah pasti ianya akan hanya dapat menarik segelintir sahaja. Ini jelas terbukti apabila perjuangan berpuluh tahun masih begitu dan perubahan cara perlu dibuat.

Cara keras itu mungkin dibawa oleh Bob Lokman yang akhirnya menyentuh hati orang seni yang memangnya sensitif. Kesannya negatif dan tidak memotivasi insan lain untuk berhijrah dan itulah sebenarnya berlaku dalam dunia yang nyata. Mungkinkah suatu hari nanti Bob Lokman juga akan menjadi seperti beberapa artis yang dahulu dipuji dengan suara yang lunak ketika menyampaikan ceramah PAS tapi kini dipinggir begitu sahaja.

Begitulah rentak tari politik sehari dipuji esok mungkin dipinggir. Sehari kita berkawan rapat esok mungkin musuh ketat.

[ad#nuffnang336]

[ad#Adsense234x60]


Spread the love

68 Comments

  1. mas di kasih salam tuh sama si handoko udah lama ga ketemu katanya

  2. salam…

    saya tercari-cari dalam entry dan jugak komen petikan kata-kata bob lokman yang dikatakan menggris hati tapi tak jumpa. harap boleh quotekan kata-kata beliau kerana tak sesuai membahaskan sesuatu yang samar…

  3. Salam,
    Pada pndpat saya, sy setuju dgn pendekatan yg dilakukan oleh saudara kite Bob Luqman nih…Bgi saya, pndakatan “keras” dlm dakwah harus jgk digunakan sekali skala tpi dlm keadaan2 tertentu..Melihatkan keadaan artis2 melayu kite kelihatan tdk ubah seperti gol yahudi dan nasrani,pndakatan lembut mngkin agak sukar ntuk mmbri bekas di hati2 yg dpenuhi dgn titik hitam..kite plak jgn duk kritik2 bila seseorang tuh nk bawa kebaikan..tgk diri kite jgk..apa peranan kte dlm menangani masalh maksiat scara terang2an nih..byk yg sya tgk blogger2 malyu nih..dlm blog tulis itu ini, bgi dalil mcm2, tpi realiti sbnar dier duk bt maksiat rilek jer..couple sana sini…
    walahualam

  4. beliau masih baru… mungkin spirit tu lebih sikit… insyaAllah, lama-kelamaan terdedah dalam dunia dakwah, boleh berubah tu. Tapi setuju dengan bro, ada speaker2 PAS ni terlalu keras dalam pendekatannya lalu gagal menarik orang di luar.
    Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..Sejarah Pasti BerulangMy Profile

  5. Pada saya niat Bob Lukman itu bagus, tetapi mungkin caranya tidak tepat. Mungkin dakwah cara keras perlu, tetapi ianya tidak berapa sesuai dengan masyarakat kita sekarang.

    Takpela,apa pun kalau niat BobLukman itu ikhlas dalam berdakwah, Allah akan akan membantunya untuk terus berjuang. Kita ni pula macam mana. Adakah peranan kita dalam memertabatkan Islam?
    Curahan rasa PakarBuahPinggang @ ..Penyakit Jantung &amp Kaitannya Dengan Buah PinggangMy Profile

    1. Pasti niat Bob Lokman tu ikhlas dan kita doakan beliau tidak jadi seperti beberapa artis lain yg terpinggir dari perjuangan bila tak diperlukan.

  6. Bob Lokman ni memang bahasa kdg2 kasar. masa jadi artis pun camtu…
    tak baikle kalau dah berhijrah pun guna perkataan camtu

    1. Dakwah bukan ikut perasaan tapi iman supaya lebih ramai yg akan insyallah dgn hidayah Allah akn juga berhijrah kehidupan.

  7. Rasanya dia tak perlu cakap macam tu … dia dulu pun kira insan seni jugakah … nampaknya beliau suda lupa rezeki lamanya … jika beliau nampak cam tu adalah baiknya membetulkan yang silap daripada menyalah seni itu sendiri … semua yang baik itu datang daripada Tuhan cuma yang tak elok itu daripada kita … setiap manusia tak kira orang seni ke orang biasa ke mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.
    Curahan rasa benjy @ ..CERITA BENAR YANG RAMAI TAK TAHUMy Profile

  8. kejutan budaya kot…baru baru memang berkobar kobar…orang yang dah lama ok je…tak semua orang PAS bermentaliti mcm tu…hanya 2,3 kerat ni je..telalu bersemangat…
    Curahan rasa yusri @ ..Kenapa saya kagum dengan ustazMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!