Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi mesti ramai yang dah merancang untuk makeover rumah seperti menukar jubin baru, menukar langsir baru, sofa baru, perabot baru, ubahsuai rumah, cat semula rumah dan sebagainya.
Sebut tentang cat rumah baru-baru ni Team Denaihati telah dijemput untuk majlis pelancaran Dewan Keluarga Harmoni di Kampung Lindungan, PJS 6 yang baru saja dicat semula menggunakan Dulux Inspire. Cat yang digunakan nampak sangat cantik dan kemas.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/produk-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/cw-goh-dulux-inspire-dewan-keluarga-harmoni.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Majlis pelancaran pada hari tu dirasmikan oleh Encik CW Goh, Pengarah Urusan Akzo Nobel Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. – dahulunya dikenali sebagai ICI Paints (Malaysia) Sdn. Bhd.
Proses Mengecat Lebih Mudah dengan Dulux Inspire
Dengan Dulux Aspire bertambah naik seri Dewan Keluarga Harmoni Kampung Lindungan dan lebih cerah serta lebih ceria setelah siap dicat semula sehingga menimbulkan rasa berminat untuk menukar cat ruang pejabat Denaihati Network yang bakal menganjurkan majlis rumah terbuka hari raya.
Nak tahu sebab apa aku begitu semangat nak menukar cat ruang pejabat kerana Dulux Inspire bukan sahaja memberi nilai terbaik malah proses mengecat adalah lebih mudah. Dulux Inspire juga turut menampilkan Teknologi Chroma Brite yang membantu mengekalkan rumah untuk terus nampak segar dan baru dengan lebih lama lagi. Bertambah ensemlah pejabat Denaihati Network selepas ini.
Ceriakan Hari Raya dengan Dulux Inspire
Seperti kebiasan apabila menjelang Hari Raya ramai pemilik kediaman akan makeover rumah dengan mengecat semula rumah mereka dengan warna-warna yang trendy dan menarik bagi menerima kunjungan tetamu dan rakan-rakan. Antara kawan-kawan yang bakal mengecat baru rumah meraka adalah Kak Yanmie, Kak Sumijelly dan Puanbee. Sambutan Hari Raya Kak Yanmie dan Puanbee tahun ini pasti jadi lebih bermakna dengan keindahan dan keceriaan rumah yang dicat semula dengan Dulux Inspire. Paling best dengan Dulux Aspire mereka yang bukan pakar mengecat mancam aku inilah pun mampu mengecat untuk mencapai kemasan licin yang lebih cerah dan lebih ceria.
Dulux Inspire juga meliputi kawasan yang lebih luas dan memberi perlindungan yang lebih lama selain memiliki ciri-ciri penting cat yang bermutu tinggi untuk menjadikan kediaman lebih cantik lagi di hari raya nanti.
Pilihan Warna Dulux Inspire
Dulux Inspire menawarkan pilihan warna yang cantik dan terang dengan kemasan yang lembut licin pada nilai yang terbaik. Pada masa yang sama menawarkan standard bermutu tinggi yang sudah menjadi sebahagian daripada komitmen jenama Dulux.
Naik pening kepala nak memilih warna yang sesuai untuk ruang pejabat kami sebab Dulux Inspire terdapat dalam pilihan 22 warna yang sedia ada dan 192 warna POST (iaitu warna adunan mesin) dalam 8 kumpulan warna bagi memberikan pelbagai pilihan warna untuk menghiasi kediaman sempena musim perayaan.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/dulux-inspire-colour-catalogue.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/warna-dulux-01.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/warna-dulux-02.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Lagi satu keistimewaan Dulux Inspire tersedia dengan 2 jenis cat untuk kegunaan dalaman dan luaran. Cat Dalaman Dulux Inspire mempunyai Sebatian Organik Meruap (VOC) yang rendah serta kurang berbau dan memberikan kemasan yang cantik dan licin selain mudah untuk disapukan. Cat Luaran Dulux Inspire pula memberikan kemasan kusam dengan kelegapan yang mencukupi untuk liputan cat yang luas serta ciri tahan alga dan kulat, tahan menggelupas dan tahan kotoran.
Macam mana agaknya wajah ruang dalaman selepas menggunakan cat Dulux Inspire ini? Pasti pejabat Denaihati Network akan lebh cerah dan lebih ceria selepas ini. Nantikan entri kesinambungan yang akan dikongsikan selepas selesai kerja-kerja mengecat. Rasa sangat teruja! Terbayang muka Abang Ensem, Anarm dan Shakkido yang penuh dengan cat Dulux Aspire … heeeee.
Kalau Kak Yanmie memilih warna Horizon Blue, Kak Sumijelly pilih Glistering Sea dan Puanbee memilih Mardi Grass, Rakan Blogger tekalah apa warna cat pilihan kami? Tekaan warna paling tepat akan mendapat sehelai t-shirt Denaihati. Nak pilih warna klik Warna Dulux Aspire.
Kepada Rakan Blogger yang terfikir nak makeover rumah tu apa lagi jangan lupa pada Dulux Inspire yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai Dulux yang terpilih dalam kedua-dua rangkaian cat luaran dan dalaman dengan pek bersaiz 1 liter, 5 liter dan 18 liter.
Untuk maklumat lanjut tentang Dulux Inspire, sila layari laman web rasmi Dulux Malaysia di www.dulux.com.my (ada promosi hari raya) atau layari Facebook Dulux Malaysia di Facebook.com/DuluxMalaysia.
67 Comments
memang cun habis la kaler dia. huhuhu
Raya sakan dengan dulux.
Curahan rasa blog amir @ ..beli tiket Emirates dan Bon Voyage Czech!
cat rumah meletihkan , tapi bila dah tengok hasilnya tersenyum dibuatnya…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Cermin Mata Hitam
pemilihan warna pasti memberi kesan juga dalam keadaan di rumah atau pejabat.. yang penting, ia berkualiti.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Selamat Datang si Kecil di Bulan Ramadan
betul, kualiti dan reability buat tambah berbaloi walaupun mungkin harganya sikit tinggi….
Curahan rasa Denaihati @ ..Dulux Inspire Lebih Cerah Lebih Ceria
teringin nak cat bilik warna kelabu. langsir dah kaler maroon. ^_^
bikin hari lebih ceria warnanya memang bikin hati senang nak tengok terus
Curahan rasa munir ardi @ ..Alhamdulillah Puasa Hari Ketiga Dah Selesai
Dulux always be the best!
warna yang sangat lembut.. ^^
Curahan rasa Zuan @ ..“I’m A Cheap Person” – Dari Seorang Cheapo, Ke Seorang Jutawan Hartanah
menarik warnanya.. nampak lebih ceria…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Bursa Saham Negara Mesir Susut Mendadak
Dulux sememangnya antara jenama cat yang menjadi pilihan ramai… Sebabnya warna yang menarik, dan cat berkualiti…
Curahan rasa Anuar @ ..Permohonan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik Kini Di Buka
Salam. Bagus la ada artikel ni. Saya memang nak cat ruang tamu rumah saya warna pink atau oren. Tak tahu langsung pasal cat hehehe. Selamat berpuasa
Curahan rasa waiman takwa @ ..Teknik SEO Berkesan Waimantakwa: Segmen Berulang
Wah.. Cerah & menyerlah!
Alhamdulillah tak rugi datang terjah di blog Denaihati. Dapat
sedikit sebanyak info tentang cas jenama Dulux.
Ada perangcangan untuk mengecat rumah… ^_^
Ikhlas,
Amin Johar
Webmaster
Pakar Niaga
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..Rahsia Mencuri Maklumat Peribadi Blogger
Dlu jenama ni mmg jadi pilihan tp sebab harga dh tukar alternatif lain..
Curahan rasa Anna @ ..Ikan Bakar Tomyam
ICI memang yg terbaik cuma harga je yg tak tahan…
Curahan rasa matuse68 @ ..BONGKAR!!! BN Guna Wang Rakyat Untuk Program PARTI?
Cantik betullah warna2 pilihan yg ada….mmg pening tgk…hehe
Maybe warna kiwi beads?
Comments are closed.