Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi mesti ramai yang dah merancang untuk makeover rumah seperti menukar jubin baru, menukar langsir baru, sofa baru, perabot baru, ubahsuai rumah, cat semula rumah dan sebagainya.
Sebut tentang cat rumah baru-baru ni Team Denaihati telah dijemput untuk majlis pelancaran Dewan Keluarga Harmoni di Kampung Lindungan, PJS 6 yang baru saja dicat semula menggunakan Dulux Inspire. Cat yang digunakan nampak sangat cantik dan kemas.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/produk-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/cw-goh-dulux-inspire-dewan-keluarga-harmoni.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Majlis pelancaran pada hari tu dirasmikan oleh Encik CW Goh, Pengarah Urusan Akzo Nobel Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. – dahulunya dikenali sebagai ICI Paints (Malaysia) Sdn. Bhd.
Proses Mengecat Lebih Mudah dengan Dulux Inspire
Dengan Dulux Aspire bertambah naik seri Dewan Keluarga Harmoni Kampung Lindungan dan lebih cerah serta lebih ceria setelah siap dicat semula sehingga menimbulkan rasa berminat untuk menukar cat ruang pejabat Denaihati Network yang bakal menganjurkan majlis rumah terbuka hari raya.
Nak tahu sebab apa aku begitu semangat nak menukar cat ruang pejabat kerana Dulux Inspire bukan sahaja memberi nilai terbaik malah proses mengecat adalah lebih mudah. Dulux Inspire juga turut menampilkan Teknologi Chroma Brite yang membantu mengekalkan rumah untuk terus nampak segar dan baru dengan lebih lama lagi. Bertambah ensemlah pejabat Denaihati Network selepas ini.
Ceriakan Hari Raya dengan Dulux Inspire
Seperti kebiasan apabila menjelang Hari Raya ramai pemilik kediaman akan makeover rumah dengan mengecat semula rumah mereka dengan warna-warna yang trendy dan menarik bagi menerima kunjungan tetamu dan rakan-rakan. Antara kawan-kawan yang bakal mengecat baru rumah meraka adalah Kak Yanmie, Kak Sumijelly dan Puanbee. Sambutan Hari Raya Kak Yanmie dan Puanbee tahun ini pasti jadi lebih bermakna dengan keindahan dan keceriaan rumah yang dicat semula dengan Dulux Inspire. Paling best dengan Dulux Aspire mereka yang bukan pakar mengecat mancam aku inilah pun mampu mengecat untuk mencapai kemasan licin yang lebih cerah dan lebih ceria.
Dulux Inspire juga meliputi kawasan yang lebih luas dan memberi perlindungan yang lebih lama selain memiliki ciri-ciri penting cat yang bermutu tinggi untuk menjadikan kediaman lebih cantik lagi di hari raya nanti.
Pilihan Warna Dulux Inspire
Dulux Inspire menawarkan pilihan warna yang cantik dan terang dengan kemasan yang lembut licin pada nilai yang terbaik. Pada masa yang sama menawarkan standard bermutu tinggi yang sudah menjadi sebahagian daripada komitmen jenama Dulux.
Naik pening kepala nak memilih warna yang sesuai untuk ruang pejabat kami sebab Dulux Inspire terdapat dalam pilihan 22 warna yang sedia ada dan 192 warna POST (iaitu warna adunan mesin) dalam 8 kumpulan warna bagi memberikan pelbagai pilihan warna untuk menghiasi kediaman sempena musim perayaan.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/dulux-inspire-colour-catalogue.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/warna-dulux-01.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/warna-dulux-02.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Lagi satu keistimewaan Dulux Inspire tersedia dengan 2 jenis cat untuk kegunaan dalaman dan luaran. Cat Dalaman Dulux Inspire mempunyai Sebatian Organik Meruap (VOC) yang rendah serta kurang berbau dan memberikan kemasan yang cantik dan licin selain mudah untuk disapukan. Cat Luaran Dulux Inspire pula memberikan kemasan kusam dengan kelegapan yang mencukupi untuk liputan cat yang luas serta ciri tahan alga dan kulat, tahan menggelupas dan tahan kotoran.
Macam mana agaknya wajah ruang dalaman selepas menggunakan cat Dulux Inspire ini? Pasti pejabat Denaihati Network akan lebh cerah dan lebih ceria selepas ini. Nantikan entri kesinambungan yang akan dikongsikan selepas selesai kerja-kerja mengecat. Rasa sangat teruja! Terbayang muka Abang Ensem, Anarm dan Shakkido yang penuh dengan cat Dulux Aspire … heeeee.
Kalau Kak Yanmie memilih warna Horizon Blue, Kak Sumijelly pilih Glistering Sea dan Puanbee memilih Mardi Grass, Rakan Blogger tekalah apa warna cat pilihan kami? Tekaan warna paling tepat akan mendapat sehelai t-shirt Denaihati. Nak pilih warna klik Warna Dulux Aspire.
Kepada Rakan Blogger yang terfikir nak makeover rumah tu apa lagi jangan lupa pada Dulux Inspire yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai Dulux yang terpilih dalam kedua-dua rangkaian cat luaran dan dalaman dengan pek bersaiz 1 liter, 5 liter dan 18 liter.
Untuk maklumat lanjut tentang Dulux Inspire, sila layari laman web rasmi Dulux Malaysia di www.dulux.com.my (ada promosi hari raya) atau layari Facebook Dulux Malaysia di Facebook.com/DuluxMalaysia.
67 Comments
rasanya DH pilih warna margarita kot..
Dan saya akan coba teka warna cat pilihan Denaihati, yaitu Warna Tropicana
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Indonesia vs Arsenal
wah..nak teka jgk..bleh teka bape kali DH?
Banyak kali pun boleh tapi tekaan pertama sahaja yg di kira.
Waah…moment paling baik untuk mengecat rumah saat menjelang Hari Raya.
aik..tadi kenapa tak naik commentluv? baru ada ni 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Melayu Boleh
semestinya hijau
lime fizz kot..hehe
saya rasa team denaihati akan pilih warna hijau opal green (DSPIC2140) tak tau….tapi aura opal green tu ada kat blog denaihati ni..ekekeke
Curahan rasa ZakieAzid @ ..Segmen Kad Raya By Emas Putih & Pn Qaleshya !!
saya rasa Encik Denaihati akan pilih Hijau Hang Time DSSC13698(maaf kurang jelas nombornya) kerana hijau lebih sesuai kot 🙂 Sejuk mata memandang.Macam tengok flora 🙂
bagus la cat dulux ni..nanti boleh suruh mak pakai cat ni 🙂
cat terbaik maka hasilnya pun enak dipandang, cerah
Curahan rasa langsing sehat @ ..Cara Langsing Alami
haha mana tau ni saya pilih mardi grass …
ermmm saya teka hijau juga , tp susah la pula nak bubuh nama cat betul2 …
nama cat – margarita
mungkin ?
Curahan rasa puanbee @ ..Dulux Inspire Membawakan Warna Cat Terkini & Trendy Untuk Anda Sempena Hari Raya 2013
mumpung sedang libur bisa ngecat rumah seharian,,,
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen herbalife Pekanbaru
andai kata berpindah ke rumah baharu kelak, saya juga akan memilih Dulux Inspire berbanding Nippon Paint.
Pas sekali momennya kalau hendak berhari hari dan mengecat rumah dengan dulux inspire
Curahan rasa Ferry @ ..Cara Menjaga Kesehatan Anak Berpuasa
Salam,
Bestnyaaa cat pejabat, mesti lagi semangat nak buat kerja, nak teka kaler boleh? warna hijau macam kat dalam gambar tu hehee…sbb rasanya hijau sinonim dengan blog ni dan pejabat..eh yeker? hahaa
Curahan rasa yanmie @ ..Dulux Inspire Pilihan Cat Terkini Lagi Ceria
Hijau ada macam-macam hijau kena bagi nama cat paling tepat.
Curahan rasa denaihati @ ..Buat Duit Dengan Blog
Comments are closed.