Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat pembaca setia semua. Sudah baca entri yang belum ini “Nilai Duit di mata manusia“. Kalau belum bagus juga maca kisah benar dari seorang teman. Apabila Abang kongsikan kisan ini di FB Abang (dah follow ke?) ramai kawan-kawan yang kongsikan kisah mereka. Menarik untuk dijadikan teladan dan sempadan.
Mohammad Nasoha Nasri : Saya dulu duduk di hotel, pagi itu isteri saya sakit kepala dan nak panadol. Saya turun bawah, sekali terlupa bawa wallet. Kumpul duit shiling dalam kereta. Kurang 20 sen je daripada harga panadol. Bukan tak nak naik, tapi kalau naik atas kesian pada wife nak bangun banyak kali untuk buka pintu. Ni bukan hotel yang mahal-mahal tu. Biasa je. Bayangkan tuan, nak beli panadol tak cukup 20 sen je rasa macam mencabar betul nak cari duit. Puas pikir, nak minta orang lalu lalang dekat hotel macam segan nak jual barang memang turun sehelai sepinggang je.
Last-last minta diskaun pada stesen minyak tu. Try je, kalau tak dapat saya memang naik atas hotel balik ambil wallet. Alhamdulillah dia tak kisah. Kisah yang pendek tapi pengajarannya tinggi buat saya. Bukan senang nak senang.
Noor Azman Aminudin : Nak share jugak la. Semalam nak ke masjid wife pesan beli roti. Masa balik singgah le kedai. Hujan renyai. Baru perasan dompet tak bawak. Jenuh cari dalam kereta duit syiling. Mujur cukup.
Smart Esdey : Ada banyak story yang tertinggal dompet dan terpaksa cari duit dlm keta. Saya pun pernah nak bayar parking duit kecik tak ada. So korek-korek dalam kereta, punya la seksa. Orang lalu lalang pun tak ada, so moral of the story sejak kejadian itu saya dah spare banyak duit RM1 sekeping dalam dashboard kereta jadi kalau berlaku lagi senang nak guna bila terdesak.
Ann Fardan : Saya pernah tak sempat cucuk duit di ATM, drive all the way dari JB ke Putrajaya. Nak bayar tol baru perasan duit tak cukup, geledah kereta akhirnya masih tak cukup 30 sen, apa terjadi, saya minta kawan pejabat hantarkan 30 sen kat tol kajang. Segan nak minta diskaun pada budak tol, tapi memang terasa jenuh dan payah bila tak ada duit. Nak minta orang malu dan segan sebab 30 sen je pun tapi mengajar saya erti menghargai duit. Sekarang jumpa syiling kat umah waimah 5 sen pun saya kutip.
Memang ramai kata DUIT bukan segalanya tetapi di akhir zaman ini semua memerlukan duit. Penting sangat ilmu menguruskan duit biar sedikit mana, bukan tunggu banyak. Paling penting ilmu duit buat duit supaya senang dimasa tua kita. Kalau minat nak belajar ilmu duit buat duit, Abang boleh kongsikan ilmunya.
Semuga ada pengajaran daripada semua perkongsian kisah duit ini.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati Network (like ya page kami untuk jadi top 10 Malaysia)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
71 Comments
Kalau tak cukup duit masa nak bayar tol memang sakit sikit. Jenuh menunggu nak cari duit dalam kete. Banyak pula mata yang memerhati.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap
Zaman sekarang dah tak pakai duit dah nak bayat tol tetapi untuk tambah nilai kad touch n go bolehlah.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
kalau bayar tol 10-20 sen bolehlah harap ehsan jurutol…heee, amount yg besar takde pengalaman lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik blog Denaihati 2016
Saya suka simpan duit siling dalam beg bimbit, senang untuk bagi baki kepada pelanggan jika terdesak.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Bagi peniaga seperti tuan Kamil Saleh, wang syiling sememangnya sangat diperlukan..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Duit memang perlu buat zaman sekarang, jika tidak hidup kita pasti merana.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Kerana nak cari duit, saya rela berhijrah dari Kelantan ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah….. Berkat kesabaran dan berusaha. Kini dapat meniaga Nasi Lemak Pandan Mieeza berhadapan Mid Point Shopping Complex, Pandan Ibdah, KL.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh tuan Kamil Saleh sekeluarga..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Betul kata orang.. berhijrah boleh membawa kebaikan.. berhijrah boleh membuka lebih banyak pintu rezeki..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Saya doakan semoga perniagaan nasi lemak pandan tuan Kamil Salleh semakin maju..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
amin ya rabbal alamin. tuan Kamil Salleh berjaya dan terus maju.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual dan Keputusan English FA Cup 2016/17
Terima kadi Tuan Muhamad Anuar. Ini juga berkat korang semua 6ang sentiasa bagi semangat dan doa yang sentiasa fimakbul oleh Allah Taala.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
duit.. silap percaturan kita dikuasainya..
biarlah kita ada ilmu kewangan yang baik…
Curahan rasa Mus @ ..Berapakah Nilai Sekeping Gambar?
Biar kita jadi raja kepada… kita yang mengawal duit.. jangan kita jadi hamba kepada duit…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Jangan silap percaturan untuk urus kewangan, jika tidak duit entah ke mana pergi kita tidak sedar.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Betul tu.. walaupun tak cukup 10 sen, memang jenuh lah nak korek, cari.. pernah jugak makan dekat restoran sampai tak cukup RM3.. pengalaman ini memang mengajar saya menghargai walaupun 10 sen.. kalau jumpa 10 sen tengah2 sapu kat rumah tu terus masuk tabung..
Curahan rasa Nurin Amani @ ..Keadaan Cemas!
Saya pun pernah alami pengalaman yang sama.. sejak hari tu, setiap sen yang ada terasa cukup bermakna…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Betul duit bukan segalanya, tapi segalanya sekarang duit.
No money no talk orang cakap sekarang. Tak pernah lagi la kena pengalaman macam sahabat kita kongsi diatas tu. hehe
Curahan rasa Hafiz @ ..Modifikasi & Pemasangan Aksesori Motosikal Kereta Yang Lulus JPJ
No money no talk..
Siapa yang tinggal dekat KL…
Start jer enjin kereta, confirm kena pakai duit… kena keluar duit minyak, kena bayar tol…
Itu sudah pastinya, isi minyak, bayar tol, GST dan makan di restoran pun kena GST serta nak masuk tandas pun kena pakai duit.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Bila dah pernah rasa susahnya bila duit tak cukup atau tak ada baru kita hargai. Walaupun satu sen kalau jumpa dalam rumah saya tetap kutip dan simpan dalam tabung.
Satu amalan yang harus dicontohi oleh semua orang.. hargai setiap sen yang ada dihadapan mata kita..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Walaupun nilainya cuma sen-sen.. tapi boleh jadi sangat berharga di saat kita memerlukan..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Semua orang akan alami hidup susah dan akan murah rezeki dengan duit bertimbung jika bijak ambil kesempatan dengan lubuk rezeki yang ada.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Saya pernah bawa ‘sebungkus’ duit syiling ke Pasaraya. Tapi di luar pasaraya itu ada msein duit syiling. Saya masukkan syiling dalam mesin itu dan dapatlah lebih RM200 dalam bentuk resit. Saya gunakan resit itu untuk membeli-belah. Nak malu apa, bukan mencuri pun… 🙂
Boleh saya tahu dekat pasaraya mana yang ada mesin duit syiling?
Macam best jer.. kalau tau senang nak tukar duit syiling..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Yalah…. saya belum pernah jumpa mesin tukar duit siling. Nak tahu juga dekat mana.?
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Kita seperti diperbudak oleh duit.
Duit mengusai banyak orang.
Kita seperti Hamba duit
Curahan rasa Rizal @ ..Download Game PC Nitro Racers Full Version
Semoga kita terlepas daripada menjadi hamba kepada duit.. sebab tu kita disarankan supaya mengurus duit dengan bijaksana..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit.
~ Duit rule the world.
yup..memang perlukan duit dengan hampir segala-galanya.. jgn jadi hamba duit dah..hhuhuhu
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Tarikh Bayaran BR1M 2017
Lagi satu saya nak share… jangan sesekali memandang rendah pada duit syiling… terutamanya duit syiling lama…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Ada sesetengah duit syiling ni harganya boleh jadi tak masuk akal.. terutamanya duit syiling yang terhad pengeluarannya..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Dulu saya minat jugak kumpul duit syiling… saya pernah beli satu set duit syiling 50 sen lama (semua tahun pengeluaran ada) pada harga sekitar RM150…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Beli untuk dijadikan sebagai koleksi… dan mungkin sebagai aset untuk anak, cucu cicit saya pada kemudian hari…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Manalah tahu kan.. harga wang syiling lama boleh setanding dengan harga sebuah rumah pada kemudian hari..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Nak simpan duit syiling pun tak sesusah seperti kita menyimpan duit kertas.. saya pernah simpan duit kertas lama.. tapi ada yang kena makan dengan tikus.. ada yang koyak.. huhuhu
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Bila baca perkongsian cerita kawan2 yang dikongsikan dalam artikel ini… barulah kita tahu betapa pentingnya duit syiling dalam hidup kita..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Walaupun nilainya mungkin cuma sen-sen sahaja… tapi ia sangat berharga terutamanya ketika kecemasan.
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Setuju sangat dengan tajuk artikel ni… zaman sekarang dah tak sama macam dulu… nak hidup di zaman sekarang ni memang perlukan duit..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Comments are closed.