Dua Kerja bukan pelik

Spread the love

Assalamualikum dan salam sejahtera, abah aku dulu nak hidupkan kami adik beradik buat berbagai kerja satu masa antaranya kerja buruh di kilang kelapa sawit berdekatan. Selesai kerja kilang beliau akan ke sungai melihat jaring dan joran yang dipasang semalam kemudian pasang semula untuk esok. Hasil tangkapan ikan dan udang galah akan dijual sendiri di pasar. Dalam perjalanan balik kerja kilang, menangkap ikan di sungai atau menjual ikan di pasar bila terjumpa pucuk paku, pucuk meranti atau rebung akan diambil untuk kegunaan sendiri atau kalau banyak dijual di pasar.

Emak pula awal pagi menoreh getah kemudian bertani menanam sayur untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada orang kampung. Awal pagi sempat masak mee hoon goreng, mee goreng dan buat kuih untuk anak-anak jual semasa pergi sekolah. Mungkin kami sudah biasa melihat emak & abah buat lebih daripada satu kerja jadi ianya juga sudah jadi budaya kami adik beradik. Memang tak ramai ada budaya begini sebab itu ramai yang marah-marah apabila idea buat lebih satu kerja diketengahkan.

2Kerja

Daripada survey Santapan Minda hasilnya sama dengan survey Astro Awani lebih 67% rakyat Malaysia tidak bersedia untuk bekerja lebih daripada satu dengan berbagai alasan.  Majoriti generasi Malaysia sekarang adalah generasi hasil daripada budaya subsidi jadi jangan pelik apabila survey oleh Santapan Minda kata 67% tak minat nak buat ‪dua Kerja‬. 20 tahun lagi akan lahir pulak generasi dewasa BR1M. Ketika itu apabila buat survey mungkin 80% tak nak buat dua kerja.

Inilah hasil generasi daripada apa yang telah kerajaan usahakan. Aku tahu 67% pembaca tidak akan setuju dengan apa yang aku tulis kali ini.  Memang susah menerima hakikat tapi suatu masa nanti kita akan melihat hakikat.

Malaysia tidak selamanya mewah begini.

Ada segelintir rakyat memilih untuk berubah dengan melakukan lebih daripada satu kerja tanpa mengharap bantuan Kerajaan. Kerja kedua sekarang bukan seperti dulu perlu membanting tulang tetapi dengan ilmu boleh buat bisnis online dan bisnis menggunakan sosial media. Sentiasa ingat Kerajaan adalah politik apabila berkuasa mereka tetap akan berusaha menjaga kuasa dengan apa cara jadi jangan diharapkan sangat.

Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD

Juga jangan fikir ALLAH tak akan uji kita dengan bencana besar yg bakal memusnahkan segalanya. Banyak negara sudah diuji dan memerlukan berbelas tahun untuk membangun semula. Ketika itu hanya yg sudah biasa kuat akan bertambah kuat.


Spread the love

149 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!